Sambil menyuapkan makanan ke dalam mulut, Mia masih menjeling tajam ke arah Ghazi. Soalannya sehingga kini masih tiada jawapan apabila kamar yang menempatkan abangnya itu diserbu oleh kawan-kawan lelaki itu yang lain.
Manakala Qayyum pula memerhatikan gerak geri Mia yang sedang duduk mengunjur seperti abangnya, di atas katil sambil menikmati sarapan. Ganas betul gayanya suap makanan, tak puas hati ke?
Apa-apa pun, Mia tetap comel di matanya lebih-lebih lagi apabila wanita kesayangannya itu menyarungkan pakaiannya.
Lengan baju T yang sepatutnya paras atas siku tapi bila Mia yang sarungkan, boleh dikategorikan menjadi baju lengan panjang. Seluar pula entah berapa kali si Mia ni lipat pun dia tidak tahu. Yang pasti lipatan tu dah jadi tersangatlah tebal di bahagian hujung buku lali wanita itu. Ermh ermh ermh, kecik sungguh adik si Ghazi ni! Genetik siapa lah yang diwarisi oleh gadis ini ya?
"Tak sedap ke abang masak sayang?" Mia tunduk merenung mangkuk yang berisi bubur ayam itu. Kemudian pandang Qayyum. Muka tak percaya.
"Eh! Abang ke yang masak?" Qayyum angguk bersama senyuman lebar.
"Sedap!" Puji Mia comel.
"Thank sayang. Kalau sedap, nanti abang masak lagi untuk ayang abang ni k." Qayyum kenyit mata bersama senyuman menggoda. Rindunya nak bermanja dengan buah hatinya itu.
Adzim tayang riak menyampah. Geli pula dia dengar 'abang' 'sayang' di hadapannya itu.
"Ekhem, rasanya kita orang ni masih duduk kat bumi kan? Kalau nak bersweet-sweet p pindah planet lain! Bumi tak perlukan couple-couple sweet macam korang!" Perli Adzim geram. Mentang-mentanglah hubungan dia dan Tengku Aaliya masih tarik tali, sengajalah si Qayyum ni nak buat dia cemburu!
Mia cebik. "Jealous lah tu! Huh!"
Aryan hanya mampu geleng. Ada-ada je lah perangai bebudak ni. Dia kemudiannya menoleh ke arah Ghazi sebelum bersuara.
"Di?"
"Hmmm?"
"Kau tak nak citer kat kita orang ke apa yang berlaku malam tu? Masa aku ke sana beberapa hari lepas, aku terjumpa biji peluru. Aku rasa kau punya. Kau buat apa kat sana masa tu?" Siasat Aryan ingin tahu. Meskipun mereka berjaya menyelamatkan Ghazi dan Mia, Aryan yakin kes itu tidak akan terhenti disitu. Nyawa Mia masih dalam bahaya.
Sebelum keadaan seperti itu berulang kembali, lebih baik diselesaikan secepat mungkin. Lagi-lagi jika melibatkan nyawa.
Ghazi membuat suapan terakhir sebelum mangkuk kosongnya diletakkan di atas dulang. Air kosong diteguk hingga licin. Mia yang berada disebelahnya pula masih menikmati bubur ayam untuk mangkuk yang ketiga.
"Nak tahu citer sebenar patutnya kau tanya budak sebelah aku ni!"
Bubur yang baru sahaja melalui kerongkongnya ternaik semula sebelum kembali ditelan. Apa pula tanya dia? Manalah dia tahu apa-apa. Dia kan budak baik.
"Abanglah citer. Mia tengah makan ni kan." Sengaja Mia memberi alasan bijak pandai. Dia pun tak tahu sangat apa yang nak diceritakan. Yang dia tahu masa tu, nangis dan nak balik je lah.
"Heh kau ni kan! Makan je lah yang kau tahu! Gemuknya tak!" Kutuk Ghazi seraya menyiku Mia. Qayyum yang melihat perbuatan kasar Ghazi sudah bersedia untuk membalas! Abang ipar tak abang ipar belakang cerita. Suka-suka dia je layan bakal isterinya macam tu.
"Malam tu budak ni tiba-tiba call aku, menangis-nangis cakap yang brek kereta dia tak makan. Kebetulan masa tu aku baru balik dari jumpa Bernard. Bila aku cek balik last location dia, rupanya tak jauh dari situ." Mia yang berada di sebelahnya dikerling sekilas. Langsung takda perasaan semasa dia tengah bercerita. Asyik nak melahap je kejenya!
KAMU SEDANG MEMBACA
My Love, Dr.Ghamiya
Roman d'amour***3rd story*** Status: on going Tengku Qayyum Qadir X Raja Ghamiya Sophia Kalau nak lebih faham jalan cerita, author sarankan pembaca semua baca cerita first dulu iaitu My Soul Cassandra dan kedua My Dear Lily. Tapi nak baca yang ni dulu pun, okey...