Bab 21

654 47 130
                                    

Kepala Thompson yang terpisah dari badan dengan matanya yang tersembul keluar dipandang puas! Hal lain mungkin dia masih boleh terima. Tetapi jika berkaitan dengan Mia wanita kesayangannya, Qayyum rela mengotorkan tangan sendiri.

Qayyum masih bertenggek di sebelah badan kaku yang hilang kepala itu. Darah yang terpercik pada badannya dikesat perlahan.

"Maxx, take him! And burn it!" Maxx dan orang suruhan yang lain serentak tunduk akan arahan yang diterima.

Setelah semuanya selesai, Qayyum dan yang lain segera beredar dari tempat tersebut.

Tiba di apartment, Qayyum terus masuk ke bilik air dan membersihkan dirinya sebelum berendam dalam tab mandi air hangat yang dipenuhi dengan buih sabun dan wangian mandi yang menenangkan.

Badannya disandarkan pada dinding tab mandi dan direhatkan. Tangannya didepakan untuk menyelesakan diri sambil matanya terpejam rapat.

"Hye Qay?"

Mata yang tadinya terpejam rapat dibuka semula. Qayyum tersenyum melihat susuk tubuh yang hanya mengenakan bathrobe sedang berdiri tegak dihadapannya dengan gaya yang penuh menggoda.

"Hye baby..."

Wanita cantik itu tidak membalas malah hanya mengukir senyuman manis sahaja buat sang jejaka.

"Come baby..." Qayyum menggamit wanita itu supaya mendekatinya. Wanita itu tidak membantah. Tali bathrobe yang terikat dilepaskan perlahan dan kemudiannya dilempar jauh. Yang tinggal hanya pakaian dalaman wanita itu. Dengan gaya catwalk, si gadis mulai melangkah masuk ke dalam tab mandi menghampiri Qayyum.

Tidak tunggu lama, tangan wanita itu terus ditarik sehingga terduduk di atas riba Qayyum. Tangannya dilingkarkan pada pinggang ramping wanita yang sangat dirinduinya tika ini. Wajahnya dibenamkan pada leher jinjang itu menghidu haruman yang terbit dari badan si gadis.

"Abang Qay rindu Mia tak?" Qayyum angguk dengan matanya terpejam.

"Mia pun rinduuuu sangat kat abang." Qayyum buka mata dan mencari wajah Mia untukkan kepastian.

"Be-betul ke Mia rindu abang? Mia dah tak benci abang?" Mia geleng. Badannya dipusingkan menghadap Qayyum. Kedua belah tangannya naik mengusap lembut pipi sehingga rahang runcing milik Qayyum dan kemudian dililiitkan pada leher lelaki itu.

"Tak abang. Mia tak benci abang pun. Mia cuma kecik hati sebab abang cakap muka Mia buruk dan tak layak cintakan abang." Memuncung wajah Mia apabila teringat kata-kata Qayyum dulu.

Qayyum geleng. Pelukkan dieratkan. "No sayang. Swear to God, abang tak maksudkan pun semua tu. Sumpah sayang! Abang sayangkan Mia. Please forgive me sayang. Abang janji semua tu takkan berlaku lagi lepas ni. Trust me sayang, I love you. And forever, I'll only choose you, Ghamiya Sophia!"

Sebaik saja Qayyum selesai menuturkan kata-kata cinta buat Mia, kepala wanita itu ditarik dan terus disambar bibir nipis itu dengan rakus! Bibir yang sering menjadi idamannya dikucup dan dilumat penuh posesif. Mia tidak menolak dan menerima saja perbuatan Qayyum terhadapnya.

**********

"Haaaccciiuuuuu." Mia menggosok hidungnya. Jika dikira, ini kali yang kelapan dia bersin.

"Takkan selesema kot. Lusa dah nak marathon. Haduiii, janganlah kau buat hal Mia." Mia menarik tisu di atas meja untuk mengelap sekitar hidungnya.

"Oi encik flu, baik kau berundur sekarang! Aku takda masa nak layan kau. Musim-musim kemarau ni juga kau nak muncul. Lain kali kalau kau nak melawat aku pun, carilah musim yang sesuai." Gumam Mia sesi bercakap seorang. Takda angin, takda ribut asyik nak bersin je. Kalau bersin je takpa, jangan sekali termasuk dengan pakej flu dan demam sudah. Sia-sia je bayar enam puluh hengget.

My Love, Dr.Ghamiya Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang