Pandangannya mulai kabur oleh linangan air mata yang bertakung tatkala hatinya serasa dirobek dan disiat menggunakan bilah pisau yang tajam.
Mia menekup mulutnya menahan diri dari mengeluarkan sebarang bunyi.
'You masih oncall ke? I dah nak naik bilik ni. Makanan kita tadi I dah bayarkan. You jangan lama-lama tau, I tunggu you kat atas.'
Masih terngiang-ngiang suara wanita itu di halwa pendengarannya. Dengan jelas Mia melihat sendiri jari jemari runcing wanita itu diletakkan di atas bahu Qayyum sebelum lelaki itu bertindak menutup bahagian kamera depan.
Dari situ Mia yakin, pasti Qayyum menyembunyikan sesuatu darinya.
Deringan panggilan yang tidak menunjukkan tanda-tanda untuk berhenti itu diabaikan. Fikirannya mulai melayang memikirkan hal-hal yang negatif tentang lelaki itu.
'Siapa perempuan tu?'
'Apa yang awak sembunyikan dari saya Qay?'
'Betul ke awak datang sana atasan urusan kerja? Atau.... sebab nak jumpa perempuan tu?'
"Awak tipu saya Qay! Awak tipu saya lagi!" Rintih Mia sayu. Air jernih yang ditahannya sejak tadi akhirnya gugur jua.
Satu persatu kenangan bersama Qayyum terlayar di mindanya.
'Demi Tuhan, abang tak boleh kehilangan Mia. Mia cakaplah apapun abang tetap dengan pendirian abang. Sehingga nafas terakhir abang, abang akan sentiasa pilih Mia dan selamanya.'
Semakin lama air matanya mengalir semakin deras membasahi wajah dan pakaiannya.
'Berapa kali abang nak cakap yang abang nakkan Mia, nakkan Mia, nakkan Mia! Apa yang susah sangat Mia nak faham?! Banyak kali dah abang ulang benda yang sama, abang tak nak perempuan lain, abang cuma nak Mia!'
"Kenapa awak buat saya macam ni Qay?! Apa salah saya sampai awak sanggup permainkan perasaan saya macam ni hah!! Allah!" Laung Mia sekuat hati sambil menumbuk dadanya beberapa kali melepaskan segala kepedihan dan keperitan yang dirasakan.
Selama ini buaya yang disangka berubah rupanya masih sama seperti dulu.
'Demi Allah, abang betul-betul cinta dan sayangkan Mia'
"PENIPU!!!" Teriak Mia seraya menutup telinganya. Telefon bimbit yang tidak bersalah itu dibaling kuat ke dinding konkrit sehingga retak seperti hatinya.
"AKU BENCI KAU TENGKU QAYYUM! AKU BENCI KAU!!!" Hambur Mia diluar kewarasannya. Badannya perlahan-lahan melorot bersama esakkan yang setia menemaninya pada malam itu.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Qayyum & Ghamiya
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~Qayyum meraup rambut ke belakang. Gerak langkah kakinya dibawa ke hulu dan ke hilir cuba menghubungi Mia tetapi gagal. Kesabarannya semakin tipis setelah mendengar suara operator menjawab panggilan darinya.
Kepalanya mulai terasa pening apabila mengingati reaksi Mia sebelum wanita untuk mematikan talian mereka petang tadi. Banyak kali Qayyum cuba menghubungi Mia semula bahkan mungkin beratus kali tetapi langsung tidak bersambung.
Qayyum terduduk di sebelah katilnya, di atas lantai karpet. Lututnya dibawa ke dada.
"Jangan tinggalkan abang Mia! Abang mohon jangan pergi dari abang sayang!" Desis Qayyum perlahan. Tanpa sedar, cecair hangat mulai menitis satu per satu membasahi pipinya.
"Abang cintakan Mia! Abang sayangkan Mia! Abang rindukan Mia! Jangan tinggal abang Mia....Tolong jangan tinggalkan abang!" Luah Qayyum berulang kali bersama tangisannya.
KAMU SEDANG MEMBACA
My Love, Dr.Ghamiya
Romansa***3rd story*** Status: on going Tengku Qayyum Qadir X Raja Ghamiya Sophia Kalau nak lebih faham jalan cerita, author sarankan pembaca semua baca cerita first dulu iaitu My Soul Cassandra dan kedua My Dear Lily. Tapi nak baca yang ni dulu pun, okey...