Keluhan berat dilepaskan. Masih terngiang-ngiang wajah sedih Mia di benak kepalanya. Sesekali badannya dipusing ke kiri. Tidak sampai seminit, beralih semula ke kanan. Terkebil-kebil matanya memandang siling putih memerhatikan chandelier yang telah dimatikan lampunya.
Qayyum mengalah. Akhirnya dia bangkit dari terus berbaring. Rambutnya dikusutkan.
"Sehari tak jumpa pun boleh gila, inikan pula sebulan dua. Dah boleh tempah batu nisan kat Qatar dah aku ni!" Rintih Qayyum pada diri sendiri
"Aduhhhh! Menyesal pula aku terima projek ni!" Keluh Qayyum sekali lagi. Kalaulah dia dan Mia sudah sah menjadi suami isteri, pasti wanita itu akan diangkut sekali menemaninya outstation.
Wajah tampannya diraup kasar. Jam di dinding dikerling sekilas.
"Agaknya sempat lagi tak kalau aku nak salam tangan tok kadi sekarang ni? Baru pukul dua pagi. Berbaki tujuh jam sebelum aku fly nanti. Hurm... Boleh lah kut." Terangguk-angguk kepalanya meyakinkan diri. Telefonnya yang terletak di atas bedside table dicapai. Nombor Mia ditekan.
Cubaan menghubungi Mia sebanyak lima kali akhirnya bersambung.
"Emmm?"
Qayyum tersenyum mendengar desahan suara Mia yang serak-serak basah. Pasti Mia jawab call dengan mata yang masih terpejam. Comelnya pujaan hati kanda sorang ni, puji Qayyum dalam hati.
"Sayang. Abang ni." Mendengar suara Qayyum, mata Mia terus segar bugar.
"Ekhemm, abang nak apa?" Suaranya dibetulkan. Serta merta kantuknya hilang.
"Maaf abang ganggu sayang malam-malam buta macam ni. Emmm... Sayang? Sayang tengah tidur ke?" Qayyum menepuk mulutnya. Banyak-banyak soalan, soalan yang tak seberapa nak bijak ni juga yang dia tanya. Memanglah orang tengah tidur time macam ni. Pukul dua pagi kut!
Kepalanya diketuk. Lain yang hendak ditanya, lain pula yang terkeluar dari bibirnya. Ishh!
"Takpa abang. Em, tadi tengah tidur sebelum abang call. Sekarang dah bangun." Mia ketap bibir. Dah kenapa pula gaya jawab soalan ni formal sangat. Tiba-tiba rasa kekok pula.
"Sorry sayang." Qayyum berdecit. Balik-balik minta maaf dah kenapa?
"Takpa abang." Sekali lagi Mia berkata hal yang sama. Dahinya digaru. Buntu. Tak tahu nak cakap apa.
Banyak kali dah balas benda yang sama. Agaknya sampai ke siang si Mia dan Qayyum ni 'sorry', 'takpa', 'sorry', 'takpa'.
"Err, abang call Mia pagi-pagi buta macam ni, ada apa-apa ke? Abang luka?"
Qayyum tahan senyum. Banyak-banyak benda, kesitu pula ditanyanya.
"Tak sayang. Abang tak luka. Cuma...."
"Cuma?" Sambung Mia bertanya.
"Cuma hati abang yang luka." Ujar Qayyum senafas.
Mia terlopong!
"Hah! Hati abang kenapa?! Sejak bila abang ada hepatitis ni? Doktor cakap apa? A, B, C, D atau E?! Abang ada hantar pergi berubat tak?! Kenapa Mia tak tahu pun sebelum ni?"
Qayyum dihujung talian mendengus. Apalah nasib bercouple dengan doktor ni. Orang cakap tentang perasaan, boleh pula dianggapnya penyakit. Kalau dengan Mia ni, memang tak laku ayat bunga-bunga.
"Bukanlah yang! Bukan macam tu. Hati yang abang maksudkan tu perasaan abang, jiwa abang. Bukan hepatitis x, w, z ke apa. Sayang ni...Eeee!" Rasa nak gigit-gigit je adik si Hadi ni!
Terhambur gelak tawa Mia. Bukan sekali dua dia lurus bin bendul macam ni malah berkali-kali. Buat malu kumpulan je! Tak fasal-fasal Qayyum yang terkena tempias perangai biulnya.
KAMU SEDANG MEMBACA
My Love, Dr.Ghamiya
Romansa***3rd story*** Status: on going Tengku Qayyum Qadir X Raja Ghamiya Sophia Kalau nak lebih faham jalan cerita, author sarankan pembaca semua baca cerita first dulu iaitu My Soul Cassandra dan kedua My Dear Lily. Tapi nak baca yang ni dulu pun, okey...