Qayyum bermain dengan kotak cincin yang berbentuk segi empat sama di tangan kanannya. Sesekali kotak tersebut dibuka dan dikatup semula. Kemudian dibelek sambil meneliti keunikkan kotak yang diperbuat daripada kayu itu bersama ukiran huruf nama seseorang.
"Jauh termenung. Tak tidur lagi ke?" Qayyum toleh mencari pemilik suara yang menegurnya.
Qayyum geleng bersama senyuman yang terlorek di bibir.
"Tak ngantuk lagi bu." Balas Qayyum ringkas.
Tengku Ariyana kemudian melabuhkan duduk berhadapan dengan anak bujangnya yang tampak kusut itu. "Dari tadi ibu perhati Qay buka tutup kotak tu. Kenapa ni, hmm?"
"Takda apa bu. Bila ibu sampai? Mana ayah?" Qayyum mencari kelibat Sultan Qasharman di belakang.
"Baru je. Ayah dah naik atas dah, nak rehat katanya. Esok kita semua kan nak kena gerak awal untuk majlis pertunangan Qay." Jelas Tengku Ariyani lembut.
Qayyum angguk dan kembali merenung ke langit yang dihiasi bintang-bintang indah.
"Qay, ibu nak tanya sikit boleh?"
"Apa dia bu?"
"Qay yakin ke dengan keputusan Qay ni? Sophia macam mana? Dia dah tahu ke?" Dengan berat Qayyum geleng.
"Laa, kenapa Qay tak terus terang dengan Phia? Kesian Phia kalau dia dapat tahu tentang hal ni dari orang lain. Mesti dia sedih."
"Dia yang mulakan dulu bu. Bukan Qay. Lagipun ini je cara nak bagi pelajaran dekat perempuan yang ego macam Mia tu." Kutuk Qayyum tanpa rasa bersalah. Lepas je dia dapat tahu tentang keadaan Mia daripada sahabat baiknya, Qayyum tersenyum puas.
"Hish! Tak elok Qay cakap macam tu tau! Kalau boleh, ibu nak kamu selesaikan masalah korang berdua ni secepat yang mungkin, bincang elok-elok, bersemuka dengan dia. Tak baik Qay membelakangkan Phia lebih-lebih lagi hal penting macam ni." Tegur Tengku Ariyana lembut. Disebalik kelembutan, ada sedikit ketegasan yang terselit.
"Tengoklah macam mana nanti. Tambah lagi esok Qay dah nak bertunang. Takda apa lagi yang nak difikirkan. Berserah je lah." Mudah saja Qay menjawab. Dia pasrah. Apapun yang berlaku esok, dia tetap meneruskan majlis pertunangannya itu.
Tengku Ariyana melepaskan keluhan. Anak bujangnya ini benar-benar keras kepala. Jika ditanya dari siapa dia mewarisi perangai itu, siapa lagi kalau bukan bonda mertuanya, Tuanku Zaharina.
"Hmmm.. Jika kamu dah kata macam tu, ibu nak cakap apa lagi. Apa yang paling penting sekarang ni, jangan sampai tindakan Qay ni memalukan keluarga kita, faham? Mau nya bising nenda Qay tu nanti." Qayyum angguk mendengar amaran ibunya.
Kotak cincin tersebut dibuka kembali dan ditenung lama dengan harapan supaya majlis esok berjalan dengan lancar seperti yang dirancangnya.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Qayyum & Ghamiya
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~Mia duduk di birai katil sambil termenung. Badannya yang masih tersarung baju tidur dipandang lama. Kalau ikutkan hati, mahu saja dia berkurung disitu tanpa pergi kemana-mana seperti hari-hari sebelumnya.
Tok Tok tok!
"Mia?"
Mia panggung kepala perlahan ke arah pintu yang ditolak dari luar. Susuk tubuh Tengku Hanisah yang sudah berbaju kurung lengkap dipandang sayu oleh Mia.
"Laaa! Tak siap lagi ke anak mama ni! Papa dan Ghaz dah tunggu kat bawah tu!" Mia tunduk semula. Lingkaran hitam dibawah matanya sudah cukup membuktikan dia tidak cukup tidur oleh kerana terlampau banyak berfikir dan kusut kebelakangan ini.
KAMU SEDANG MEMBACA
My Love, Dr.Ghamiya
Romance***3rd story*** Status: on going Tengku Qayyum Qadir X Raja Ghamiya Sophia Kalau nak lebih faham jalan cerita, author sarankan pembaca semua baca cerita first dulu iaitu My Soul Cassandra dan kedua My Dear Lily. Tapi nak baca yang ni dulu pun, okey...