BEBERAPA saat berlalu. Sunyi melanda di antara mereka. Tidak berkelip mata Adzriel merenung ke dalam iris mata coklat cair itu. Terkelip sekali mata gadis itu bersama bulu mata yang melentik cantik. Dan saat itu, entah kenapa ritma jantung Adzriel semakin laju berdegup seakan tiada henti.
'Bidadari mana ni, Ya Allah? Aku cair! Sumpah, aku cair!' Kata-kata yang hanya mampu dipendam dalam hati. Adzriel mengetap bibir. Geram pula lihat iris coklat cair itu sedang merenungnya dalam.
Tudung bawal merah jambu cair yang melilit melitupi kepala gadis itu mengerbang dibelai angin. Dan itu menambahkan lagi kecantikan gadis di hadapannya ini. Cahaya matahari yang memancar mengena pada sisi wajah sang gadis menyerlahkan lagi kejelitaannya.
Naaila yang masih kaku itu kekal merenung anak mata milik Adzriel. Mulutnya sedikit melopong. Entah terkejut sebab salah orang, atau terkejut kerana bidadara kiriman Tuhan mana yang berada di hadapannya ini.
Bidadara? Ya! Bidadara ini seakan-akan dihantar dari syurga. Mata jejaka itu sangat redup sehingga jiwa Naaila disentuh ketenangan. Sehingga dia sendiri tidak ingin melarikan pandangan daripada mata jejaka itu.
'Dia ni memang nak peluk aku sampai subuh ke?' Adzriel menelan liur. Rambutnya yang beralun itu mengerbang ditiup angin.
'Tuhan, redupnya mata dia. Nyaman.' Kata-kata itu hanya bergema di dalam hati Naaila.
Eh, Ya Allah! Seakan-akan baru bangkit dari mimpi, Naaila baru tersedar kedua-dua tangannya masih melingkar erat di pinggang lelaki itu. Terus dia membeliakkan mata lalu tangannya ditarik melepaskan dakapan. Naaila menoleh ke sisi sambil menggigit bibir. Mata dipejam. Pipinya terasa hangat. Malu!
"Kau kenapa peluk aku ni? Kau siapa?" Nada suara Adzriel agak tinggi. Saja. Hanya ingin menutup debaran yang melanda di dada. Padahal mata tidak berkelip langsung menatap wajah gadis itu. Muka pula sengaja dikerut garang.
Soalan itu membuatkan Naaila menoleh ke hadapan. Terbulat matanya mendengar nada suara itu. Amboi, kasar nampak? Oh, orang KL! Patutlah tak pernah nampak muka dia langsung di kampung ini. Lagipun tak dengar langsung loghat Terengganu yang terbit dari bibirnya.
"Eh, dia yang terpacak depan rumah kita, dia pula yang tanya kita siapa." Naaila mengerutkan kening. Adzriel di hadapannya itu dipandang atas bawah. Hmm, kacak betul mamat ni. Siapa lah dia ni agaknya?
Mendengar jawapan Naaila, giliran Adzriel pula yang terbulat mata. Eh, nak main kasar juga? Nada suara macam memerli pun ada. Eh perempuan ni sindir aku ke? Dia yang tiba-tiba datang peluk, aku pula yang dipersalahkan?
"Tak, tak. Kau tu dah miang sangat ke sampai peluk aku so out of the blue? Atau... apa patut aku panggil kau? Raja segala kemiangan? Oh tak sesuai. Tuan puteri miang!" Ha! Ambil kau! Lagipun betul apa? Orang gila je peluk stranger tiba-tiba.
Tapi kan, hmm... Adzriel memandang gadis itu dari atas sampai bawah. Bibirnya kelihatan terherot-berot sebelum matanya kembali terangkat memandang wajah gadis itu. Cantik. Siapa dia ni ya? Apa dia buat depan rumah keluarga Aqlan?
Oh, nak berdebat dengan aku ya orang KL ni? Hei, ini Naaila Malaiqa lah! Dia sendiri pernah belajar dua tahun di Universiti Malaya dulu di Kuala Lumpur. Apa ingat dia tidak boleh faham bahasa KL ke? Eh, bahasa Thailand pun dia mampu bahas tahu?
"Hei! Suka hati je panggil orang miang. Yang kau ni, kenapa berdiri depan rumah aku? Kau nak skodeng siapa? Jangan cakap kau nak skodeng mak aku? Orang gila je taste dia mak orang. Mak aku tak ada siapa boleh sentuh ya!"
Fuh! Setepek dia bagi mat! Terkelip-kelip mata Adzriel dibuatnya. Mulut pula separa terbuka tidak percaya. Biar betul? Serius lah dia kena tuduh nak rembat mak orang?
YOU ARE READING
𝐈𝐧𝐬𝐩𝐞𝐤𝐭𝐨𝐫 𝐀𝐝𝐳𝐫𝐢𝐞𝐥 | BAKAL TERBIT
RomancePDRM SERIES 1 Antara khianat dan pertalian darah... "Kau kenapa peluk aku ni? Kau siapa?" Uish! Macam mana dia boleh tersalah peluk orang? Disangka abang, rupa-rupanya kawan abang sendiri! Habis berona merah mukanya seperti tomato. Rasa nak sumbat m...