MALAM itu, Aqlan, Adzriel dan Naaila ke pasar malam bertiga. Afina tidak mahu ikut katanya ingin jaga mak di rumah. Yelah. Takkanlah mak nak ikut dengan sakit kaki dan pinggangnya. Sejak kebelakangan ini makin kerap pula mak sakit. Maklumlah, umur semakin bertambah. Bukannya menurun.
Naaila hanya berjalan di hadapan sambil memerhati kiri dan kanannya. Pasar malam ini tidak terlalu ramai dan tidak juga terlalu lengang. Sedang-sedang. Tak adalah padat seperti bazaar Ramadan.
Suara penjual-penjual melelong juga bergema di sekelilingnya. Aqlan dan Adzriel yang berjalan di belakang turut memerhati sekeliling. Mencari ingin beli apa mungkin.
Biarlah Naaila jalan di hadapan mereka. Lagipun Naaila itu perempuan. Senang Aqlan untuk lihat adiknya itu. Risau hilang.
"Abang, tengok ni!"
Suara Naaila itu menyebabkan wajah Aqlan tertoleh ke hadapan. Kelihatan Naaila sudah berlari ke salah satu gerai. Entah gerai apa itu, Aqlan sendiri tidak tahu. Gembira benar adiknya itu. Macam kanak-kanak ribena.
Tidak tunggu lama, Aqlan dan Adzriel terus berjalan ke arah gerai tersebut. Ketinggian mereka menyebabkan kedua-duanya terpaksa menunduk sedikit ketika melepasi tubuh pada khemah gerai itu. Naaila sudah bersinar-sinar mata melihat makanan di hadapannya.
Ayam Korea pedas!
Satu-satunya makanan kegemaran Naaila! Fuh, bila sos Korea pedas itu menyentuh deria rasa, memang mantap! Walaupun ramai yang tidak gemar kerana sos Korea itu terlalu pedas hingga mendera usus, tidak bagi Naaila. Kerana Naaila sukakan kepedasan.
"Nak yang mana, tikus?" Adzriel yang entah bilanya berdiri di sebelah kiri Naaila membuka mulut. Aqlan pula berada di sebelah kanan Naaila, membuatkan gadis itu berada di antara mereka.
Soalan itu membuatkan Naaila mengherot-berotkan bibirnya. Bermacam ayam bersama sos yang berbeza di depan matanya. Ada sos Korea Barbeque, ada yang dicalitkan dengan sos pedas Samyang kegilaan ramai, ada sos pedas dicampurkan dengan cheese dan ada juga ayam yang dicalitkan dengan sos cheese sahaja.
Nak yang mana? Kalau nak semua tak boleh ke?
"Riel, aku tengok gerai sebelah jap." Aqlan menepuk lembut bahu Adzriel.
Adzriel menoleh sebelum mengangguk faham. Dibiarkan saja Aqlan berlalu menuju ke gerai di sebelah mereka. Tidak jauh pun. Betul-betul bersebelahan sahaja.
Adzriel kemudian kembali merenung Naaila yang masih mencerlung matanya terhadap ayam-ayam di hadapan mereka. Tidak tahu pilih mana barangkali. Comel je. Haha.
Terhambur tawa kecil dari bibir Adzriel. Alahai Naaila ni, nak pilih makanan pun comel.
"Kak, bungkus semua jenis ayam. Tiga set," ujar Adzriel tiba-tiba.
Huh?! Naaila menoleh kepada Adzriel sebelum membuntangkan mata. Adzriel tidak menoleh kepadanya dan hanya mempamerkan riak selamba.
Semua jenis? Tiga set?!
Tiga set tu bukan sikit, banyak tu! Satu bekas sudah berapa ketul ayam kalau nak ambil semua jenis.
"Tiga set? Are you serious? Banyak kut! Aku tak cakap mana lagi yang aku nak," ngomel Naaila. Wajah dikerut garang.
"Tak payah cakap lah. Ambil je semua. Aku bayar," balas Adzriel selamba. Tangannya menyeluk saku seluar sebelum dompetnya dikeluarkan.
"Ta.. tapi..." Naaila mula rasa bersalah. Adzriel bayarkan? Mana boleh macam tu.
YOU ARE READING
𝐈𝐧𝐬𝐩𝐞𝐤𝐭𝐨𝐫 𝐀𝐝𝐳𝐫𝐢𝐞𝐥 | BAKAL TERBIT
RomancePDRM SERIES 1 Antara khianat dan pertalian darah... "Kau kenapa peluk aku ni? Kau siapa?" Uish! Macam mana dia boleh tersalah peluk orang? Disangka abang, rupa-rupanya kawan abang sendiri! Habis berona merah mukanya seperti tomato. Rasa nak sumbat m...