HARI cuti buat Adzriel dan Aqlan pada hari ini. Giliran anggota polis yang lain pula bertugas. Mereka hanya berehat di rumah sambil membantu mak apa-apa yang patut. Aqlan pula ingin memantau keselamatan mak dan adik-adiknya. Hanya dia dan Adzriel sahaja yang tahu akan misi mereka.
Kali ini, sengaja Adzriel pelawa diri ingin tanam pokok sayur mak pula. Apa orang cakap? Nak cuba ambil hati mak mertua? Haha.
Tak perlu buat macam tu pun, Riel. Mak mertua kau pun dari awal berahi dengan kau.
Aqlan dan Afina pula meringankan kerja mak dengan mengemas rumah. Dibiarkan saja mak, Adzriel dan Naaila yang bertugas di kebun sayur mak. Afina yang tak tahu hanya biarkan saja.
Aqlan? Sudah tentu tersengih-sengih lihat Adzriel yang sedang memerhati Naaila menutup permukaan tanah dengan sudip tangan itu. Terkekek Aqlan seketika sebelum dia berpusing tubuh berlalu masuk ke dalam rumah.
"Dah. Biar aku buat." Adzriel bersuara sebelum mencangkung di sebelah Naaila. Tangan gadis itu masih ralit menekan-nekan tanah agar rata di setiap sudut dalam pasu itu.
Naaila mengangkat muka ke sebelah. Hairan melihat Adzriel yang sudah mencangkung di sebelahnya. Kambing ni tahu ke proses tanam pokok?
Mak yang memerhati dari jauh hanya tersenyum. Dia hanya duduk di tangga sambi tangan mengurut-urut lembut kakinya. Semakin hari dia semakin tua. Kaki pula memang terasa sakit yang amat.
Bukannya mak tak tahu, bahawa Adzriel itu ada hati dengan anak perempuannya itu. Dia itu seorang ibu. Seorang wanita yang pernah berkahwin juga. Sudah tentu dia dapat syak segalanya dari perbuatan Adzriel.
Apa salahnya? Adzriel itu baik budaknya. Dia terima saja kalau Adzriel jadi menantunya. Asalkan Naaila punya lelaki yang baik akhlaknya agar dapat bimbing anaknya itu ke syurga.
"Kau tahu ke macam mana nak tanam pokok ni?" Naaila memuncungkan bibir ke bawah. Tunjuk kepada pokok bayam kecil yang baru saja dikambus akarnya. Belum rata lagi.
"Tahulah. Jangan risau," jawab Adzriel lalu menghulurkan tangan. Meminta sudip tangan yang berada di tangan Naaila.
Tanpa membantah, Naaila letakkan saja sudip tangan itu di tangan Adzriel. Biarlah dia buat. Kalau salah nanti boleh dia marah. Haha.
"Aku ada sesuatu nak cakap dengan kau nanti. Kau ada masa tak lepas ni?" tanya Adzriel sambil tangannya ligat membuat kerja.
"Tak boleh cakap sekarang ke?" Naaila mengerutkan kening. Benda dah berdua je kat sini. Kenapa nak kena nanti?
Mata Naaila tidak berkelip melihat tangan Adzriel yang giat melakukan kerja itu. Dia mengangguk-angguk perlahan. Okey, Adzriel memang pandai dalam tanam pokok. Tidak dinafikan.
Pandai tanam pokok, hormat orang tua. Pakej lengkap.
Adzriel tersenyum nipis. Dia yang sedang mencangkung mengangkat wajah, mendongak kepada Naaila yang berdiri sambil bercekak pinggang melihatnya.
"Adalah. Boleh tak, tikus mondok aku?"
Eh? Terkelip-kelip mata Naaila sekejap. Tikus mondok aku?
Sesuka hati asam boi dia aje claim aku ni hak dia. Ingat aku ni apa? Barang?
"Bila masa aku jadi tikus mondok kau?" Naaila mula menjegilkan mata.
Terletus tawa kecil dari bibir Adzriel. Dah mulalah marah budak comel ni! Tak apa, aku lagi suka.
"Kau baca buku Dheo's kan? Aku pun baru habis baca buku tu semalam." Adzriel kembali menundukkan wajah, fokus kepada pokok di hadapannya. Tangannya kembali meratakan tanah dalam pasu itu.
YOU ARE READING
𝐈𝐧𝐬𝐩𝐞𝐤𝐭𝐨𝐫 𝐀𝐝𝐳𝐫𝐢𝐞𝐥 | BAKAL TERBIT
RomancePDRM SERIES 1 Antara khianat dan pertalian darah... "Kau kenapa peluk aku ni? Kau siapa?" Uish! Macam mana dia boleh tersalah peluk orang? Disangka abang, rupa-rupanya kawan abang sendiri! Habis berona merah mukanya seperti tomato. Rasa nak sumbat m...