PAGI-pagi lagi Aqlan dan Adzriel menerima berita bahawa terdapat satu lagi kes bunuh berlaku dua hari lepas. Sepatutnya hari ini mereka mesti ke balai untuk mendapatkan keterangan lanjut tentang kes-kes sebelum ini. Namun lain pula yang terjadi.
Sebaik sahaja sampai di ibu pejabat balai polis Kuala Terengganu, mereka berdua dikejutkan pula dengan satu kes baru. Tak sampai seminggu duduk di sini, sudah ada kes baru.
Pagi tadi pun baru saja jejakkan kaki ke dalam balai, mata mereka dihidangkan dengan kekalutan beberapa anggota polis yang sedang bertugas. Sekejap ke kiri, sekejap ke kanan. Keadaan kelihatan sangat kecoh. Masing-masing sedang mengemas peralatan lalu dimasukkan ke dalam kereta polis. Yang bertugas di bahagian komputer pula laju saja jari-jemari menaip pada papan kekunci. Muka masing-masing menayangkan wajah serius.
"Ada kes baru berlaku dan saksi buat laporan dua minit lalu. Dia cakap dia terjumpa mayat dekat Sungai Kemaman. Kita kena gerak ke sana sekarang."
Tuan Azwar, ketua anggota polis di ibu pejabat Terengganu. Itu salah satu arahan yang terpacul dari bibirnya. Barulah Aqlan dan Adzriel mengerti apa yang sedang berlaku.
Dan begini lah keadaannya. Aqlan sedang menyoal siasat dengan saksi di hadapannya. Saksi itu ialah seorang lelaki. Wajah saksi itu juga turut berkerut dengan serius dan menjawab segala soalan Aqlan tanpa kekok.
Adzriel pula mengeluarkan sarung tangan getah dari dalam begnya. Kedua-dua kaki melangkah ke arah tempat kejadian sambil sarung tangan itu disarungkan pada kedua-dua tangannya. Seorang anggota polis berlingkungan 20-an setia membontoti dari belakang.
Siren polis berkumandang membingitkan suasana. Adzriel membongkok tubuh, cuba melepasi pita kuning yang disita sebagai tempat larangan dan hanya untuk siasatan polis. Kemeja hitam yang tersarung pada tubuh membuatkan dia kelihatan segak. Kedua-dua lengan kemeja itu dilipat hingga ke paras siku. Wajah serius Adzriel terpampang jelas.
Adzriel mencangkung di hadapan plastik hitam yang digunakan untuk menutup seluruh tubuh mayat. Kaki kanan didirikan seperti biasa, kaki kiri pula dibenamkan ke bawah. Hanya kepala lutut yang mencium tanah. Mata kekal fokus kepada tugas. Anggota polis di belakangnya tadi mengambil tempat di sebelahnya.
Tangan Adzriel dinaikkan menyelak plastik hitam itu. Terpejam seketika mata Adzriel melihat keadaan mayat yang terpampang jelas di depan mata. Bibir bergerak beristighfar.
Mata mayat itu masih terbeliak. Mulut pula separa melopong. Terus Adzriel menutup mata mayat itu dengan tangannya dari atas sampai ke bawah.
Berkerut kejap dahinya melihat kesan robek pada bahu mayat itu. Kelihatan sangat baru. Cuma darah sudah kering. Mungkin penangan kerana terlalu lama di dalam sungai.
"Kenapa, Tuan?" soal anggota polis di sebelahnya apabila menyedari akan riak wajah Adzriel. Nampak sangat ada sesuatu yang mengganggu fikiran inspektor itu.
"Ni, cuba tengok ni," ujar Adzriel dengan jari telunjuknya dihala pada kesan robekan itu.
"Pembunuh ni tak gunakan apa-apa senjata api. Dari kes sebelum ni dan kes sekarang, memang hanya kesan robekan yang kita jumpa pada setiap tubuh mangsa. Pembunuh ni cuma guna pisau sebagai senjata dia," kata Adzriel panjang lebar. Dia kemudian menarik jarinya yang sedari tadi membelek kesan robekan itu.
"Betul juga, Tuan. Tapi berdasarkan apa yang saksi cakap tadi, dia terjumpa mayat ni terapung waktu tengah on the way pergi pekan. Mungkin dah dua hari mayat ni dekat sungai tu. Sebab tu darah tu kering," balas anggota polis itu.
YOU ARE READING
𝐈𝐧𝐬𝐩𝐞𝐤𝐭𝐨𝐫 𝐀𝐝𝐳𝐫𝐢𝐞𝐥 | BAKAL TERBIT
RomancePDRM SERIES 1 Antara khianat dan pertalian darah... "Kau kenapa peluk aku ni? Kau siapa?" Uish! Macam mana dia boleh tersalah peluk orang? Disangka abang, rupa-rupanya kawan abang sendiri! Habis berona merah mukanya seperti tomato. Rasa nak sumbat m...