A D Z R I E L | 57

8.5K 409 13
                                    

     SAMPAI sahaja di IOI City Mall, Adzriel memimpin jari-jemari Naaila erat. Bibirnya tidak lekang dengan senyuman sambil kakinya melangkah ke hadapan.

     "Abang, nak pergi mana ni?" Naaila berkerut dahi. Langkahnya cuba menyaingi langkah Adzriel. Nasib baik Adzriel pimpin tangannya. Kalau tak, rasanya dia tertinggal jauh di belakang. Mana taknya, laju betul suaminya itu berjalan. Tahulah kaki panjang. Kita yang kaki macam minion ni macam mana?

     "Jumpa kawan abang. Kan abang dah janji nak bawa Naaila jumpa dia?" balas Adzriel sambil menoleh ke sisi. Dia tersenyum manis kepada isterinya. Hidung Naaila dicuit.

     Ish! Naaila mendengus kecil. Laki aku ni suka sangat cuit hidung aku! Kang dapat bini hidung merah macam badut, tak pasal-pasal minta cerai.

     Sampai sahaja di restoran Nando's, Adzriel dan Naaila berdiri di hadapan tanpa masuk restoran tersebut. Naaila hanya mendiamkan diri. Mungkin Adzriel sudah berjanji dengan rakannya itu untuk berjumpa di hadapan Nando's.

     Naaila memerhati sekeliling. Pesat sungguh. Maklumlah, hujung minggu. Kalau weekday, pusat beli-belah ini tidak ramai orang. Cuma hari ni susah sikit nak berjalan. Kalau nak berjalan pun, terpaksa berhimpit-himpit sikit dengan lautan manusia.

     Apabila ternampak satu susuk tubuh lelaki di hadapannya, Adzriel melukis senyuman. Dia melambai ke arah jejaka itu.

     "Riel." Bersama senyuman yang terlukis di wajah kacak itu, lelaki itu bersalaman dengan Adzriel. Seorang wanita bersama bayi perempuan di dalam dukungannya hanya melemparkan senyuman buat Adzriel.

     Adzriel membalas senyuman.

     "Ad."

     Adrian Navriel. Seorang CEO kepada salah satu syarikat yang gah di dunia, ICO Group. Ya, dunia. Bukan negara atau negeri. Syarikatnya itu berjaya meraih takhta pertama sebagai syarikat terbaik di dunia.

     Dan Adzriel sebagai CEO The Eternity Resort, memang sentiasa beri kerjasama kepada ICO Group. Hanya sekali sekala dia berjumpa Adrian bagi menghulurkan tangan dalam bab hartanah dan ekonomi.

     "Hai. Naaila?" Wanita bertudung kuning cerah di sebelah Adrian melemparkan senyuman manis terhadap Naaila.

     Naaila mengangguk sambil membalas senyuman itu. Dia bersalaman dengan wanita tersebut.

     Raut wajah wanita itu diperhati lama. Dari kening, mata, hidung ke bibir. Cantik. Mesti isteri Adrian.

     "Amelia Clarissa. Call me Lia."

     "Hai, Lia. Comel anak Lia," ujar Naaila sebelum pipi bayi di dalam dukungan Amelia itu dicubit lembut. Bayi perempuan itu tersenyum suka. Membundar matanya merenung ke arah Naaila sambil menghisap ibu jari kecilnya.

     "Terima kasih sebab kau tolong aku. Kalau bukan sebab kau, mungkin mahkamah takkan terima surat rayuan aku," kata Adzriel kepada Adrian.

     Adrian membetulkan tali lehernya. Lengan kemeja putihnya dilipat hingga ke siku. Dia mengangkat kening sebelah mendengar kata-kata Adzriel.

     "Tak ada hal. Aku cuma balas budi kau atas pertolongan kau masa kes Amelia. Si Mikael tu dah melingkup dalam penjara sekarang." Adrian tersengih perlahan. Dia menyebak rambut ke belakang.

     Adzriel melepaskan tawa kecil. Betul. Berat sungguh dugaan Adrian dan Amelia harus hadap. Seingatnya dulu, kawan Adrian, Putra yang menghubungi pihak polis. Dia yang ketika itu kebetulan sedang bertugas bersama Aqlan, lantas merempuh bangunan yang menjadi lokasi isteri Adrian diculik. Dia dan Aqlan sempat mengejar kenderaan yang dinaiki oleh pihak musuh dan menjadi saksi kepada segala yang terjadi.

𝐈𝐧𝐬𝐩𝐞𝐤𝐭𝐨𝐫 𝐀𝐝𝐳𝐫𝐢𝐞𝐥 | BAKAL TERBITWhere stories live. Discover now