A D Z R I E L | 40

7.3K 400 39
                                    

     ADZRIEL hanya merenung tingkah laku Naaila yang sedang memilih buku di rak. Keadaan sekeliling sedikit sunyi dengan bilangan pengunjung yang sedikit. Selepas melawat Masjid Kristal tadi, Naaila merengek nak ke kedai buku. Haih, dah macam budak kecil.

     Nak tak nak, Adzriel hanya menurut. Sekarang, dia sedang perhati isterinya yang membelek-belek sebuah novel di tangan kanan sebelum sepasang mata itu ke kiri kanan membaca sinopsis di bahagian belakang novel itu. Tangan kirinya pula punya dua buah novel yang sudah dipilih. Hampir sejam juga mereka di sini. Dan selama hampir sejam itu juga Adzriel setia menemani Naaila memilih buku-bukunya.

     "Cinta, meh abang pegangkan buku tu," ujar Adzriel sebelum mencapai dua buah buku dari tangan Naaila.

     Naaila mengukir sengih. Kemudian buku di tangan kanannya tadi diletakkan di atas kedua buku yang dipegang Adzriel. Tambah lagi satu dalam senarai!

     Adzriel tidak memberikan sebarang reaksi. Sudah tahu dengan perangai ulat buku Naaila. Lagi-lagi isterinya sedang mengandung sekarang. Kalau tak dilayan nanti merengek pula.

     "Woah! Abang! Lama dah Naaila nak buku ni!" Naaila berlari ke hadapan, meninggalkan Adzriel di belakang. Terkulat-kulat Adzriel sebelum dia melangkah merapati Naaila yang sudah mencapai dua buah buku.

     Dasar pencinta buku! Adzriel menahan senyum. Dia tidak kisah pun. Sebab Naaila nampak comel bila beli buku dan pilih buku. Dan baca buku. Dia suka tengok semua tu.

     "Nah." Dua buah buku di tangan diletakkan lagi di atas tiga buah buku yang dipegang Adzriel tadi. Dah jadi lima buah. Adzriel setia menjadi troli shopping isterinya. Hadeh.

     "Abang..."

     "Ya, sayang?" Adzriel menoleh ke arah Naaila. Terangkat sebelah keningnya melihat isterinya yang sudah tercebik-cebik.

     "Lapar. Naaila nak takoyaki boleh? Teringin," kata Naaila sambil tersengih comel.

     Aih? Baru tadi makan tengah hari selepas lawat Masjid Kristal. Mereka makan nasi berlaukkan tom yam. Itu tak dikira lagi dengan lauk-lauk lain dan semuanya dihabiskan oleh Naaila sendiri. Terkebil-kebil Adzriel melihat perangai Naaila yang satu itu.

     "Kan tadi baru lepas makan? Lapar balik ke?" Adzriel menyoal lembut. Kedudukan buku-buku di tangan dibetulkan. Risau sungguh jatuh.

     Mendengarkan jawapan suaminya, Naaila mencebik lagi. "Tapi Naaila teringin nak takoyaki!"

     "Okey, okey. Kita beli takoyaki, okey? Jom, abang bayarkan buku-buku ni. Lepastu kita pergi hunting takoyaki. Naaila nak takoyaki apa?" Akhirnya Adzriel mengalah. Berkali-kali dia mengingatkan diri bahawa isterinya itu mengandung.

     Naaila sudah tersenyum lebar.

     "Sotong, ketam, ayam, udang!"

     Terbeliak mata Adzriel yang mendengarnya.

     "Se... semua tu?" Rahang Adzriel jatuh.

     Naaila mengangguk laju seperti burung belatuk. "Kenapa? Tak boleh ke?"

     "Eh... boleh sangat. Apa-apa je untuk isteri abang." Adzriel hanya melayan. Haih, tak apalah, Riel. Semata-mata untuk kegembiraan Naaila. Kau nak kikis duit aku pun kau kikis la sampai kosong dompet aku ni ha.

     Selesai membayar buku, kedai takoyaki yang berada di sebelah kedai yogurt Llao Llao dituju. Seperti kehendak Naaila, Adzriel pesan takoyaki sotong, ketam, ayam dan udang.

     Setelah membeli takoyaki, mereka melabuhkan punggung ke atas sebuah bangku panjang yang disediakan berhadapan kedai takoyaki. Adzriel yang sedari tadi memegang plastik berisi novel-novel Naaila meletakkan plastik itu di sisinya.

𝐈𝐧𝐬𝐩𝐞𝐤𝐭𝐨𝐫 𝐀𝐝𝐳𝐫𝐢𝐞𝐥 | BAKAL TERBITWhere stories live. Discover now