Rindu Adzriel ke tu?
PULANG sahaja dari balai, terus Aqlan mengurungkan diri di dalam bilik. Penat mungkin. Naaila kata mak keluar sekejap ke pasar. Dia sendiri cakap ingin teman mak tapi mak bersungguh-sungguh suruh Naaila duduk di rumah saja.
Katanya dah ada suami, buat cara ada suami. Huh.
Nasib baik mak kau, Naaila. Kalau kawan, mahu ditendang keluar rumah buat macam tu.
Oleh sebab itu, Naaila minta Aqlan saja yang ke pasar untuk ambil mak nanti. Ini adalah kerana mak ke pasar tadi hanya berjalan kaki. Ada ke macam tu? Mana taknya Naaila bersungguh nak teman mak. Alang-alang Aqlan baru pulang dan baru sahaja abangnya itu mahu rebahkan tubuh ke atas katil, terus jeritan harimaunya singgah ke pendengaran Aqlan.
Berdecit jugalah Aqlan. Sudahlah baru pulang. Tapi memikirkan keadaan mak, tak apalah. Dia pergi saja.
Kalau mak suruh Naaila duduk rumah kerana sudah punya suami, maka Naaila minta Aqlan saja yang pergi. Sebab Aqlan single. Haha.
Naaila merebahkan punggung di atas sofa. Jam yang tergantung di dinding dilirik sekali. Sudah pukul empat petang. Pagi tadi abang dan suaminya keluar bersama, sepatutnya balik pun bersama lah. Tetapi kenapa Aqlan sahaja yang balik? Adzriel pergi mana?
Haish, risau! Naaila gigit jari sendiri. Mana suami aku ni?
"Assalamualaikum."
Tersentak Naaila apabila mendengar suara Adzriel dari muka pintu. Laju saja kepala menoleh ke belakang. Akhirnya dia sudah boleh lepaskan nafas lega apabila melihat susuk tubuh sang suami di depan mata.
"Waalaikumussalam. Abang pergi mana? Lambat balik. Ingatkan balik dengan abang Lan," kata Naaila seraya mengatur langkah ke arah Adzriel. Dihulurkan tangan di depan suami untuk bersalam.
Adzriel menyambut tangannya sebelum Naaila tunduk mengucup belakang tapak tangan milik Adzriel. Sebaik sahaja Naaila mengangkat wajah, terus bibir Adzriel singgah di dahinya.
Naaila hanya membiarkan. Ini suami dia. Kucupan lembut di dahi sudah cukup untuk buktikan betapa pentingnya seorang Naaila Malaiqa kepada Adzriel Rafiq Syahputra.
Tangan Adzriel diangkat mengusap lembut kepala Naaila. Adzriel mengukir senyuman manis.
"Tak ada apa. Tadi abang ada kerja lebih sikit. Tu abang suruh Lan balik dulu. Mana dia?" Kepala Adzriel terteleng mencari batang hidung si sahabat.
"Naaila minta abang Lan pergi ambil mak kat pasar. Tadi Naaila memang nak teman mak, tapi mak je beria suruh Naaila duduk rumah. Katanya dah ada suami, buat cara ada suami." Naaila mencebikkan bibir.
Melihatkan itu buatkan tawa Adzriel pecah. Comelnya isteri aku ni.
"Habistu, kenapa Naaila minta abang Lan pergi?" soal Adzriel.
"Sebab dia single."
Tawa Adzriel semakin galak. Aduh, bini aku ni. Comel dan lawak pada masa yang sama buatkan dia mudah terhibur dengan Naaila.
"Macam mana kerja hari ni? Okey?" tanya Naaila lembut. Jari-jemari milik Adzriel dia capai sebelum tarik agar Adzriel ikut langkahnya.
Soalan yang ditembak dari bibir isterinya itu buatkan Adzriel terdiam. Memikirkan semula perihal petunjuk-petunjuk yang dijumpai di tempat kejadian tadi.
Huruf Z. Namanya yang terukir menggunakan darah. Perkataan MATI.
Yang paling penting, lelaki yang sama turut munculkan diri di tempat kejadian. Lelaki yang sama culik Naaila beberapa hari lepas.
YOU ARE READING
𝐈𝐧𝐬𝐩𝐞𝐤𝐭𝐨𝐫 𝐀𝐝𝐳𝐫𝐢𝐞𝐥 | BAKAL TERBIT
RomancePDRM SERIES 1 Antara khianat dan pertalian darah... "Kau kenapa peluk aku ni? Kau siapa?" Uish! Macam mana dia boleh tersalah peluk orang? Disangka abang, rupa-rupanya kawan abang sendiri! Habis berona merah mukanya seperti tomato. Rasa nak sumbat m...