A D Z R I E L | 9

10.5K 624 76
                                    

     "KAU dah kenapa tiba-tiba terpacul tanya soalan tu kat aku?" soal Naaila sambil mata terkebil-kebil merenung Adzriel yang semakin dalam merenungnya.

     Sebab kalau tenung Adzriel sekarang, serius sungguh muka lelaki ni. Kenapa serius sangat tanya soalan fasal suami?

     Adzriel menghela nafas. Tubuh dibawa ke hadapan sebelum kedua-dua tangan menongkat di atas paha. Jari-jemari dicengkam antara satu sama lain sebelum dagu ditongkat. Mata kekal memerhati Naaila yang masih tercengang memandangnya.

     "Kau. Nak. Suami. Yang. Macam. Mana?" Satu per satu Adzriel mengungkapkan soalan. Kalau Naaila tak faham juga tak tahulah aku. Kena cakap bahasa Tamil kut.

     Liur ditelan sekali. Entah kenapa Naaila rasa gugup betul bila Adzriel menanyakan soalan itu kepadanya. Dah kenapa tanya soalan macam tu?

     Beberapa saat sebelum akhirnya Naaila menarik senyuman. Okey, dia dah tahu jawapan!

     "Kalau kau tanya perempuan lain pun, dia orang mestilah nak suami yang sayangkan dia, yang pandai ambil hati isteri, yang setia. Setia tu paling ramai orang cari."

     Adzriel mengangkat kening. Kedua-dua tangan dijatuhkan. "Jadi, kau nak suami yang setia?"

     Naaila mengangguk. Apa punya soalan si Adzriel ni tanya? Memang nak hidup bahagia bersama seseorang itu, kenalah cari yang setia.

     "Ha, setia macam satu watak yang aku baca dalam buku," Naaila tersenyum lebar. Bersinar-sinar matanya teringat novel yang dia baru saja habis baca semalam.

     Apa lagi kalau bukan buku Dheo's!

     "Buku? Buku apa?" tanya Adzriel lagi. Dari pandangan mata saja dia boleh tangkap sinar cahaya daripada mata Naaila itu.

     Dia boleh simpulkan bahawa buku itu pasti sangat digemari Naaila. Masakan Naaila kelihatan sangat gembira cerita fasal buku.

     Adzriel pelik. Perempuan cerita fasal buku macam cerita fasal misteri dunia. Minat betul ya?

     Naaila membalas dengan anggukan laju. Hanya seketika sebelum wajahnya berubah. Matanya yang bersinar bak bulan purnama tadi berubah muram seperti malam yang gelap gelita.

     "Kalaulah aku ada orang yang boleh aku kongsi cerita tentang buku tu. Mesti best," Naaila menggumam sendiri.

     Namun telinga Adzriel lebih cekap menangkap setiap bait-bait ayat yang meluncur keluar dari bibir merah Naaila. Adzriel kemudian berdehem.

     "Apa tajuk buku yang kau baca tu?" Adzriel bertanya.

     Naaila mengangkat wajah. "Kau nak tahu?"

     Mata Adzriel dijulingkan. Huh! Buat apa? Tak minat dia tentang buku!

     "Tajuk novel tu Dheo's. Karya Anjell. Watak Dheo Han memang standard aku kau tahu?" Naaila menjongketkan kening berkali-kali. Hilang sudah wajah muramnya tadi.

     Adzriel membalas dengan anggukan perlahan. Dia kembali menegakkan tubuh.

     "Dah, aku nak keluar sekejap. Kau duduk dalam rumah. Jangan keluar mana-mana," ujar Adzriel sebelum bangun dari sofa. Dia membetulkan seluar jeans hitamnya yang berkedut itu. Duduk lama kan.

     Naaila melopong. Amboi, bagi arahan macam aku ni bini dia pulak! Kau ingat kau siapa?

     "Eh suka hati aku lah nak keluar ke tak nak. Kau siapa nak arah-arah aku?" Naaila membidas hebat. Tak puas hati!

     "Takde, takde. Kau mesti tahu apa jadi dekat kampung kita ni kan? Banyak kes berlaku. Kalau nak keluar, keluar berteman. Jangan pergi seorang. Lagi baik kalau kau ajak abang kau keluar sekali. Kalau apa-apa jadi dekat kau macam mana?" Adzriel melenting kembali.

𝐈𝐧𝐬𝐩𝐞𝐤𝐭𝐨𝐫 𝐀𝐝𝐳𝐫𝐢𝐞𝐥 | BAKAL TERBITWhere stories live. Discover now