NAAILA sekadar memerhati tindak-tanduk Mak Milah dan Anggerik yang sedang sibuk melayan kerenah pelanggan. Dari tempat dia duduk ini, boleh dikatakan ramai betul beratur ingin beli hasil air tangan Mak Milah. Anggerik pula tidak lekang dengan senyuman sambil membantu Mak Milah membungkus lauk-pauk ke dalam plastik sebelum diikat kemas.
Jam yang melilit di pergelangan tangan dilirik. Patutlah ramai. Dah hampir pukul satu. Waktu makan tengah hari. Sudahlah pula Mak Milah masak lauk-pauk yang enak hingga menjilat jari. Naaila mengetuk-ngetuk permukaan meja plastik itu lalu menongkat dagu.
Bosan sebenarnya. Adzriel dan Aqlan macam biasa, ke balai. Afina dan mak ke rumah ketua kampung. Katanya mahu ziarah isteri ketua kampung yang sedang sakit. Pagi tadi sempat mak masakkan bubur kacang sebagai buah tangan. Maklumlah. Mak dengan sikap pemurahnya macam dakwat dengan kertas. Atau perlu ke dibabitkan dengan bagai isi dengan kuku?
Kata mak, ziarah orang sakit ni besar pahalanya. Umpama kita mendoakan kesihatan dan kesejahteraannya. Senyuman yang dilemparkan kepada orang yang sakit juga besar pahalanya. Senyuman yang memberi pujukan bahawa setiap kesakitan pasti ada kesembuhan dengan izin Yang Maha Berkuasa.
Naaila memunggir senyuman nipis bila teringatkan nasihat mak. Dia melepaskan keluhan kecil.
"Haih, jauh termenung. Ingat suami ke?"
Tersentak Naaila dibuatnya. Anggerik mengukir senyuman sebelum mengambil tempat berhadapan Naaila. Wajah ayu kawannya itu ditatap. Haih, makin lama Naaila makin lawa sejak kahwin ni.
"Kak Naaila nampak makin berseri. Dah berisi ke?" usik Anggerik sambil menjongket kening berkali-kali.
Pipi Naaila bertukar rona. Laju dia membalas dengan gelengan. Terkebil-kebil Anggerik melihatnya. Aih, tak terkehel ke leher tu? Patut tak dia letak latar belakang lagu helicopter?
"Mana ada! Kak Naaila macam biasa aje lah. Macam yang Anggerik nampak sekarang. Eh, Anggerik balik ni cuti semester dah ke?" Laju Naaila mengalih topik perbualan. Kedua-dua pipinya rasa membahang.
Anggerik tertawa kecil. Bukannya dia tidak nampak reaksi kelam-kabut si Naaila ni. Dia kenal Naaila sejak kecil okey, bukan baru dua jam!
"Ye, Kak. Baru habis peperiksaan akhir. Cuti semester pun sebulan. Alang-alang tu Anggerik nak tolong mak kat gerai."
Naaila mengangguk faham. Dalam diri terselit juga rasa kagum dengan Anggerik. Dapat sambung belajar dalam bidang pengurusan perniagaan.
Pernah juga suatu ketika dulu Naaila ambil jurusan yang serupa seperti Anggerik. Jurusan pengurusan perniagaan atau lebih dikenali sebagai business management dalam Bahasa Inggeris punyai subjek perakaunan, ekonomi dan undang-undang perniagaan (Business Law). Argh, Naaila paling benci business law. Ikutkan hati, senang jika otak jenis yang senang menyerap isi-isi Akta Mahkamah.
Bukannya Naaila tidak berusaha. Sampai otaknya macam hendak terkeluar hafal jenis undang-undang dalam perniagaan. Apa penyebab sesebuah syarikat itu disaman. Banyak lah dalam business law. Sampai dia tidak tidur langsung sebelum peperiksaan keesokannya. Bila dapat keputusan peperiksaan, hampir terjojol biji mata.
A solid.
Hampir nak menjerit hingga terkeluar anak tekak! Usaha yang selama ini dilakukan akhirnya membuahkan hasil.
"Macam mana exam? Okey?" tanya Naaila. Limau ais di hadapan diteguk berhati-hati.
Anggerik mengangguk sekali. "Alhamdulillah. Allah permudahkan segala urusan. Ha, dah lama Anggerik tak tengok Kak Naaila bawak kereta. Sejak Anggerik balik tengok Kak Naaila jalan kaki aje nak ke mana-mana. Tak takut ke jalan seorang?"
YOU ARE READING
𝐈𝐧𝐬𝐩𝐞𝐤𝐭𝐨𝐫 𝐀𝐝𝐳𝐫𝐢𝐞𝐥 | BAKAL TERBIT
RomancePDRM SERIES 1 Antara khianat dan pertalian darah... "Kau kenapa peluk aku ni? Kau siapa?" Uish! Macam mana dia boleh tersalah peluk orang? Disangka abang, rupa-rupanya kawan abang sendiri! Habis berona merah mukanya seperti tomato. Rasa nak sumbat m...