"ASSALAMUALAIKUM." Naaila melemparkan senyuman kepada setiap anggota polis yang sedang bertugas di dalam balai. Erat dia memegang bekalan makanan dalam pegangannya agar tidak terjatuh.
Masing-masing mengangkat muka sambil menjawab salam Naaila. Tersenyum mereka menyambut kedatangan Naaila di balai. Masing-masing sudah tahu Naaila isteri Adzriel dan sudah tentu Naaila di sini untuk temani Adzriel sejak kes semalam.
Itupun Naaila ikut Aqlan ke sini. Walaupun Adzriel minta Aqlan untuk duduk di rumah untuk menjaga isterinya, tetapi Naaila yang berdegil untuk ke sini. Aqlan mengalah sajalah.
Naaila menoleh ke sisi. Terlihat Aqlan sudah mengambil tempat di mejanya. Terus dia menghampiri abangnya itu.
"Abang, Adzriel mana?" tanya Naaila setelah berdiri di sisi Aqlan.
Soalan yang terpacul daripada adiknya itu mengundang kerutan di dahi Aqlan. Aih? Sepatutnya Adzriel ada je kan? Aqlan memuntahkan pandangan ke sekeliling. Tiada langsung kelibat Adzriel.
Sekejap sahaja sebelum Aqlan membentuk mulut O. Seakan-akan baru dapat tangkap sesuatu.
"Dia mesti kat belakang. Dekat bilik latihan," balas Aqlan sambil merenung adiknya.
"Bilik latihan?" Naaila mengangkat kening. Ha? Ada bilik latihan ke dalam balai polis?
"Mhm. Balai ni ada bilik latihan. Untuk semua pegawai polis rasa nak bersenam or whatever, pergilah. Adzriel mesti kat belakang," kata Aqlan sebelum menoleh ke arah komputernya. Punat on komputer itu ditekan sebelum skrin komputer menyala. Jari-jemarinya diregangkan. Sudah masuk mode kerja.
"Okey." Naaila memutarkan tubuh.
"Adik."
Naaila menoleh kembali ke arah Aqlan. Terjongket keningnya.
"Pujuk Riel tu. Mesti dia tengah down pasal semalam," kata Aqlan sambil melemparkan pandangan serius.
Naaila terdiam. Betul juga. Selepas mereka semua dikejutkan dengan siapakah dalang di sebalik pembunuhan yang berlaku di negeri Terengganu ini, Adzriel lebih banyak berdiam sejak semalam. Semalam balik ke rumah pun, suaminya itu terus berbaring di atas katil tanpa sempat Naaila tegur.
Dia pun tidak berani hendak tegur. Biarlah Adzriel berehat dulu.
Naaila menunjukkan isyarat okey kepada Aqlan. Aqlan hanya membalas dengan senyuman sebelum dia kembali fokus kepada dokumen.
Kaki Naaila diatur mendekati sebuah pintu besi di bahagian belakang. Hanya bersebelahan pejabat Tuan Azwar rupanya. Sebelum ini dia tertanya-tanya ada apa di sebalik pintu besi ini. Bilik latihan rupanya. Terfikir juga bagaimana rupa bilik tersebut. Besar tak? Hehe.
Naaila menolak daun pintu itu. Bunyi pintu besi bergema saat daun pintu terkuak perlahan.
Buk!
Bunyi tumbukan menendang gegendang telinga Naaila. Terkaku dia melihat Adzriel yang sedang menumbuk beg tinju dengan wajah serius. Suaminya itu hanya mengenakan baju T berwarna hitam dan seluar hitam. Kedua-dua tangan Adzriel dililit dengan kain berwarna putih.
Buk! Buk!
Naaila mengatup pintu rapat. Perlahan-lahan dia melangkah merapati Adzriel yang masih tidak menyedari akan kehadirannya.
Buk! Buk! Buk!
Kali ini beg tinju itu ditendang beberapa kali. Hanya sesekali dia menumbuk. Peluhnya sedikit menitik dari rambutnya yang terjuntai di dahi. Naaila berdiri di sisi Adzriel. Hanya perhati tindakan Adzriel.
Buk! Buk! Buk!
Kelihatan peluh mengalir di sisi wajah Adzriel. Ketat sungguh wajah suaminya itu menyebabkan Naaila menelan liur sendiri. Genggaman pada bekas makanan dieratkan.
YOU ARE READING
𝐈𝐧𝐬𝐩𝐞𝐤𝐭𝐨𝐫 𝐀𝐝𝐳𝐫𝐢𝐞𝐥 | BAKAL TERBIT
RomansaPDRM SERIES 1 Antara khianat dan pertalian darah... "Kau kenapa peluk aku ni? Kau siapa?" Uish! Macam mana dia boleh tersalah peluk orang? Disangka abang, rupa-rupanya kawan abang sendiri! Habis berona merah mukanya seperti tomato. Rasa nak sumbat m...