A D Z R I E L | 1

20.6K 880 22
                                    

"SEORANG gadis berlingkungan 20-an ditemui mati di kondominiumnya pada 2:32 petang semalam. Kejadian ini berlaku di sebuah negeri Pantai Timur Semenanjung Malaysia iaitu Terengganu Darul Iman. Saksi mengatakan ketika itu dia sedang sibuk melakukan tugasnya untuk menghantar barang, malangnya dia menemui gadis tersebut dalam keadaan tidak bernyawa di hadapan pintu rumahnya."

     Naaila menggeleng perlahan dengan mata yang tidak berkelip ke arah televisyen. Tidak percaya dengan berita yang mengejutkan satu Malaysia kala ini. Yang paling teruk, ini bukanlah kali pertama kes pembunuhan ini berlaku. Termasuk kes ini, sudah kali ketiga pembunuhan berleluasa.

     "Kakak!"

     "Ya!" Naaila menyahut panggilan. Namun mata kekal melekat terhadap televisyen sambil mendengar butir bicara pembaca berita itu. Ish, tonton TV macam nak pecah TV tu! Tangan mencapai kerepek pisang di atas meja kopi di hadapannya. Kerepek pisang itu disuap ke dalam mulut sebelum rasanya menyapa lidah. Sedap!

     "Selain itu, pihak forensik menemui beberapa bukti seperti kesan torehan yang terlihat pada dada mangsa. Bukan itu sahaja, kesan torehan itu turut jelas pada bahagian paha mangsa dan lengan mangsa. Pihak polis menyimpulkan bahawa mangsa ini mati dibunuh dan ditoreh dengan kejam. Paling mengejutkan pihak polis, dada mangsa telah dirobek secara kasar sehingga menampakkan tulang rusuk. Ditemui bahawa jantung mangsa juga tiada."

     "Ish, kejam betul! Apa benda lah manusia zaman sekarang ni? Dah tak ingat Tuhan ke sampai organ manusia pun nak curi?" bebel Naaila sendiri. Walaupun berita ini menggerunkan diri kerana ia berlaku di negeri yang didudukinya sekarang, tetapi rasa geram terhadap pelakunya melebihi batas. Mana pergi sifat kemanusiaan dia? Tak rasa bersalah ke?

     "Kakak!"

     "Allah, budak ni bising kenapa?"

     Naaila bangkit dari kerusi. Dia mengatur langkah menuju ke pintu utama rumah kayu itu. Lantai kayu itu sedikit berbunyi tatkala dipijak Naaila.

     "Bakpe mung ni? Dok meroyan panggil akak," dengan loghat Terengganu, Naaila melemparkan soalan. Dahi berkerut seribu memandang si adik yang sedang menggaru kepala sendiri di luar rumah.

     "Ni, ayam Fina terlepas! Tolong Fina tangkap ayam ni!" jerit Afina dari bawah. Dia tercungap-cungap mengambil nafas. Mesti penat berlari kejar ayam kesayangan.

     Huh? Serius lah? Naaila meraup wajah. Dia melepaskan keluhan. Kau adik, panggil aku semata-mata nak suruh aku tangkap ayam? Kacau betul orang nak tengok berita. Nasib baik adik, kalau tak memang Naaila sendiri yang pijak dia jadi lempeng!

     Lepas itu mulalah masuk berita, Kakak Bengang Adik Perintah Tangkap Ayam, Si Adik Dimasak Lempeng Sempena Sarapan.

     "Mung tangkap la sendiri! Kakak pakai kain batik ni mung nak suruh kakak lari kejar ayam mung, bakpe?" Naaila meninggikan nada suaranya.

     Afina menoleh ke arah kakaknya yang sedang berdiri di muka pintu. Dia melepaskan keluhan. "Alah, kakak. Tolonglah. Adik dah penat dok bermarathon kejar ayam ni."

     Ha, Afina tidak menipu. Memang sudah hampir setengah jam dia terpusing-pusing sambil berlari satu rumah nak kejar ayamnya yang terlepas. Tadi dia keluar ingin memberi makan kepada ayam-ayamnya. Boleh pula seekor betina ni terlepas. Alamatnya, bertawaf lah dia di halaman rumah ni. Terpusing-pusing macam Merry Go Round. Menyusahkan!

     "Eh, Fina! Tu, belakang mung! Ayam tu!" Naaila laju menyarungkan selipar lalu menuruni empat anak tangga sebelum kedua-dua kakinya kini berada di atas tanah. Kain batiknya diikat ketat sebelum kedua-dua tangan didepa separa, siap sedia ingin menangkap ayam Afina. Aik, bukan dia sendiri tak nak tangkap ke tadi?

𝐈𝐧𝐬𝐩𝐞𝐤𝐭𝐨𝐫 𝐀𝐝𝐳𝐫𝐢𝐞𝐥 | BAKAL TERBITWhere stories live. Discover now