E P I L O G

12.9K 458 117
                                    

     ADZRIEL dan Naaila berjalan beriringan di gigi pantai. Mereka berdua sekarang berada di Pantai Morib. Adzriel yang memaut lembut bahunya dari tepi, Naaila mendongak merenung suaminya. Tersenyum dia sambil mata tidak berkelip ke arah Adzriel.

     Rambut Adzriel beralun lembut apabila ditampar angin. Hidung Adzriel kelihatan elok terletak apabila dipandang dari sisi. Mata Adzriel yang mengenakan kaca mata hitam itu Naaila pandang lama. Suka lihat kekacakan suaminya. Adzriel semakin lama semakin kacak.

     "Mummy! Daddy!"

     Adzriel dan Naaila menoleh ke belakang. Kedua-duanya tersenyum manis melihat dua orang kanak-kanak lelaki sedang berlari ke arah mereka. Dua orang kanak-kanak lelaki itu sedang tertawa gembira.

     "Nazief, Aeril... jangan berlari. Nanti terjatuh kang cedera," tegur Adzriel lembut.

     Nazief Muzaffar. Aeril Zakwan. Dua orang cahaya mata mereka yang menjadi saksi cinta mereka. Dan sekarang ni...

     Naaila ketawa ceria. Dia mengusap perutnya yang sedang memboyot. Kali ini, anak perempuan.

     "Daddy, I love beach! So beau-ti-pool!" ujar Nazief dengan senyuman ceria. Gusi merahnya kelihatan apabila dia tersengih riang. Tangan kecilnya mencapai tangan Adzriel.

     "Yea? You love it?" Adzriel hanya melayan kerenah anaknya. Tubuh kecil Nazief, dia dukung berhati-hati. Aeril yang berdiri di antara dia dan Naaila hanya merenung laut di hadapan mereka.

     Aeril merupakan anak sulung setelah pemergian Adeena. Dan Nazief, anak kedua. Tunggulah sehingga anak perempuan di dalam perut Naaila dilahirkan, mereka bakal punya adik.

     "Naz! Cepatlah! Cakap nak buat istana pasir!" rengek Aeril tiba-tiba. Dia menghentak-hentakkan kaki kecilnya.

     Naaila dan Adzriel tersenyum lucu melihat kerenah anak mereka. Kepala Aeril, Adzriel usap perlahan. Barulah tubuh kecil Nazief, Adzriel turunkan ke bawah.

     "Riel! Naaila! Meh makan!" Laungan Aqlan berkumandang dari belakang.

     Adzriel dan Naaila langsung menoleh. Terlihat Zareef, Zareel, Aqlan, Afina, Anggerik dan mak yang sudah duduk di atas tikar yang terbentang di atas pasir. Pelbagai jenis makanan berada di situ.

     Afina dan mak datang ke sini menaiki bas dua hari lepas. Sengaja datang ke sini. Katanya ingin melawat mereka.

     Nazief dan Aeril yang mendengar laungan Aqlan, terus berlari ke arah mereka. Perut masing-masing sudah berkeroncong meminta diisi. Naaila menggeleng kepala melihat tingkah anak-anak terunanya.

     "Nanti kita orang datang! Nak dating sekejap!" Adzriel turut membalas dengan laungan. Bahu Naaila kembali dipaut.

     Berjalan berdua di pergigian pantai menjentik rasa damai bagi pasangan berkahwin. Adzriel dan Naaila melampiaskan pandangan terhadap laut yang membiru di hadapan mereka. Bersama matahari yang memancar mencerahkan suasana. Burung-burung pula berkicauan merdu sambil berterbangan bebas, menyerlahkan lagi suasana.

     "My dream to bring my wife and my children here finally comes true," ujar Adzriel perlahan. Perlahan-lahan kakinya berjalan sambil menikmati angin pantai.

     Naaila mengibas-ngibas kain putihnya yang terkena pasir. Agak berdebu tapi tak mengapalah.

     Senyuman mekar di wajah Naaila mendengarkan kata-kata Adzriel. Ingatannya kembali berputar ketika di mana Adzriel pernah membawanya ke Pantai Blue Lagoon di Terengganu.

     Adzriel pernah ungkap dia teringin untuk bawa isteri dan anak-anaknya satu hari ke pantai. Kerana Adzriel rasa damai apabila menikmati keindahan pantai. Dan dia ingin isteri dan anak-anaknya merasakan perkara yang sama.

𝐈𝐧𝐬𝐩𝐞𝐤𝐭𝐨𝐫 𝐀𝐝𝐳𝐫𝐢𝐞𝐥 | BAKAL TERBITWhere stories live. Discover now