HANA memegang berhati-hati mangkuk tingkat di dalam pegangannya. Lauk ayam masak lemak, sambal udang, telur gulung dan nasi buat tunangnya. Kaki melangkah melepasi jalan ingin menuju ke rumah tunangnya.
Senyuman girang Hana ukir. Lama tak jumpa tunangnya. Tinggal beberapa hari saja lagi sebelum hari bahagia bakal menyambut mereka. Lagipun tunangnya itu baru saja pulang dari oversea. Rindu! Alang-alang mahu jumpa, dia masakkan sedikit lauk buat sang jejaka hati.
Rumah batu berwarna merah seolah-olah melambai di ruangan mata. Senyuman Hana semakin lebar. Sudah sampai! Tak sabar mahu jumpa si jejaka yang dicintai.
Masuk sahaja ke dalam perkarangan rumah, boleh dilihat kereta BMW hitam yang terpakir elok di hadapan rumah itu. Menandakan si empunya rumah sudah pulang.
Yeay! Tak sabar nak beri kejutan kepada tunangnya! Hana berdiri di hadapan tiga anak tangga yang tersedia di hadapan pintu rumah.
"Assalamualaikum! Abang Hariz!" Salam diberikan dengan penuh semangat. Mangkuk tingkat di dalam genggaman dibelek seketika. Harap-harap Hariz suka air tangannya.
Tiga saat berlalu. Tiada jawapan.
"Assalamualaikum, Abang Hariz! Hana ni!" Hana melaung lagi. Namun salamnya tetap dibalas dengan kebisuan.
Hana berkerut hairan. Ada orang ke tidak ni? Kereta ade je. Mana orangnya?
Hana menggaru-garu kepala yang tak gatal. Dia menoleh ke kiri dan kanan. Ingin memastikan tiada yang memerhati. Dia tahu tindakannya akan dianggap menceroboh, tetapi nak buat macam mana? Tuan rumah pun pilih untuk palau dia. Ish!
"Hana buka pintu ya! Hana bawakkan makanan sikit ni!" Dengan kata-kata itu, kaki Hana memanjat anak tangga sebelum dia sampai di hadapan pintu utama rumah Hariz. Tangannya memulas tombol pintu sebelum pintu dibuka dengan berhati-hati.
Krekkkk...
Bunyi pintu terbuka bergema. Makin pelik Hana lihat rumah itu sunyi sepi. Macam tak ada orang langsung. Kenapa ya?
Entah kenapa Hana rasa tidak sedap hati. Ada sesuatu yang menyebabkan hatinya tergerak untuk mencari Hariz. Rasa bimbang mula menghentam sanubari.
Hana membuka luas pintu rumah itu. Sebaik sahaja kedua-dua kaki berjaya melangkah masuk, Hana melangkah semakin ke dalam. Dibiarkan saja pintu terbuka. Tidak mahu orang syak yang bukan-bukan.
Mangkuk tingkat yang berada di dalam pegangan sedari tadi diletakkan di atas meja makan yang tersedia. Hana kemudian memerhati sekeliling. Sunyi betul. Hariz ke mana?
Dum!
Tersentak Hana apabila bunyi seperti sesuatu terjatuh itu menerjah halwa telinga. Hana menoleh ke kiri. Bunyi itu datang dari bilik yang bertutup rapat pintunya. Entah kenapa dadanya berdebar semacam. Apa... apa tu?
Rasa takut menjalar di dalam diri. Namun rasa ingin tahu itu lebih mendominasi. Perlahan-lahan Hana merapati bilik itu. Tangan yang menggeletar perlahan-lahan memegang tombol. Menggigil.
Hana memejam mata. Cuba buang jauh-jauh rasa takut yang memonopoli jiwa. Dengan bismillah, Hana memulas tombol pintu itu dengan berhati-hati.
Saat pintu itu terkuak, mata Hana terbeliak. Dia menjerit nyaring melihat apa yang terhidang di depan mata.
Hariz yang sudah terbaring kaku di atas katil dengan keadaan yang sudah tidak bernyawa. Sempat lagi dia lihat figura sasa berhood itu menarik keluar jantung dari dada Hariz. Terdapat pula susuk tubuh seorang gadis di sisi Hariz tanpa seurat benang! Turut dalam keadaan yang sama. Kedua-duanya mati dalam keadaan mata terbeliak dan melopong.
YOU ARE READING
𝐈𝐧𝐬𝐩𝐞𝐤𝐭𝐨𝐫 𝐀𝐝𝐳𝐫𝐢𝐞𝐥 | BAKAL TERBIT
RomancePDRM SERIES 1 Antara khianat dan pertalian darah... "Kau kenapa peluk aku ni? Kau siapa?" Uish! Macam mana dia boleh tersalah peluk orang? Disangka abang, rupa-rupanya kawan abang sendiri! Habis berona merah mukanya seperti tomato. Rasa nak sumbat m...