A D Z R I E L | 16

10.5K 583 28
                                    

     SUDAH tentu mak orang pertama yang risaukan Naaila. Afina yang dari asrama pun sanggup pulang sekejap apabila Aqlan hubunginya dan beritahu tentang apa yang terjadi. Mana tak terkejutnya Afina bila tahu kakak sendiri kena culik.

     Pulang sahaja ke rumah, terus Naaila duduk di atas sofa kayu di ruang tamu. Itupun terpaksa dipapah Aqlan. Nasib baik Aqlan terserempak dengan Adzriel yang sedang mencempung Naaila ke kereta. Sempat juga dia ikut Adzriel pulang ke rumah.

     Petang tadi, Adzriel sendiri telefon dia dan dengan nada cemasnya mengatakan Naaila hilang. Aqlan apa lagi, naik risau lantas lari je pergi ke taman. Lambo Adzriel dah tentu Adzriel bawa ketika ajak Naaila jalan-jalan. Nasib baik taman itu dekat saja dengan rumah.

     "Kakak okey?" Mak menyoal sambil mengurut lembut betis Naaila. Minyak urut juga terletak di sisi. Sakit-sakit mak pun, lagi dia risau tentang anaknya. Kasih sayang seorang mak tiada tandingnya.

     Naaila berkerut menahan sakit. Urutan mak memang menjadi. Sakitnya rasa berkurang. Adzriel yang berdiri di sisi hanya memerhati. Risau.

     "Naaila okey je, mak. Mak takboh risau. Naaila ada depan mak je ni." Naaila menggaris senyuman, cuba memujuk hati mak.

     "Adzriel minta maaf sebab tak jaga Naaila, mak cik. Semua salah Adzriel," kata Adzriel yang sedari tadi sekadar mendiamkan diri. Rasa bersalah semakin berganda apabila melihat mak susah-payah mengurut kaki Naaila. Sudahlah dengan keadaan mak yang sakit.

      Mak hanya tersenyum sebelum menoleh ke arah Adzriel. "Dah lah, Adzriel. Bukan salah mu. Benda dah jadi, nak buat guane? Yang penting, Naaila selamat. Adzriel dengan Aqlan pun selamat kan? Terima kasih jugok Adzriel, sebab tolong Naaila. Dok tahu la apa jadi kalau mu tak ada."

     "Ni, Riel dengan Lan dah makan ke?" soal mak lagi. Sempat memikirkan jika Adzriel dan Aqlan lapar. Aduhai, mak. Sayangnya dengan anak dengan kawan si anak. Eh, bakal menantu!

     Aqlan tersenyum seraya menggeleng. "Takboh risau pasal Lan dengan Riel. Kami okey je, mak. Mak ni, mak masuk bilik, rehat. Biar Fina yang urutkan."

     Kata-kata Aqlan itu dibalas dengan anggukan seperti burung belatuk oleh Afina yang sedari tadi sekadar menjadi pemerhati. Risau juga tengok si kakak. Dari tadi dia setia duduk di sisi Naaila.

     "Tak apa, mak. Meh Fina yang urutkan kakak," kata Afina seraya terus merapati mak. Disuakan tangan supaya mak hulurkan kaki si kakak kepadanya. Macam tu eh? Kau ingat kaki orang ni barang?

     Mak hanya mengangguk faham. "Yelah. Mak masuk bilik dulu. Naaila, nanti mu makan ubat. Jangan lupa sapu minyak tu sebelum tidur."

     "Ye, mak. Mak takboh risaukan Naaila. Mak tu sakit. Risaukan diri mak je," balas Naaila sambil melukis senyuman kecil. Sesekali terasa betisnya diurut lembut oleh Afina.

      Alahai, si adik ni! Sanggup balik sebab risaukan dia.

     Selepas sahaja susuk tubuh mak menghilang dari situ, Aqlan berlalu ke dapur. Bawakan makanan untuk mak mungkin.

     "Mu okey dok, Fina? Bakpe peluh ni?" Berkerut seribu dahi Naaila meneliti setiap inci wajah Afina. Bermandi peluh macam baru lepas merentas desa. Dah kenapa?

     Afina menjeling tajam ke arah kakaknya. Apa punya soalan? Tak tahu ke dia berlari dari kolej ke rumah sebab risaukan kakak dia? Memanglah berpeluh! Tangan tekun mengurut-urut kaki Naaila.

     "Tak apa, Fina. Dah. Kakak dah rasa molek sikit. Dah boleh jalan sikit la kut," kata Naaila seraya melemparkan senyuman. Comel je Afina ni haih.

𝐈𝐧𝐬𝐩𝐞𝐤𝐭𝐨𝐫 𝐀𝐝𝐳𝐫𝐢𝐞𝐥 | BAKAL TERBITWhere stories live. Discover now