A D Z R I E L | 37

7.1K 420 23
                                    

     GURUH yang bersabung bersama kilat menguasai langit malam itu. Tiada rezeki untuk Naaila keluar ke pasar malam nak beli ayam Korea kegemarannya. Ugh, dia teringin nak ayam Korea sekarang! Teringin mahu lidahnya disapa dengan rasa pedas dan manis.

     Naaila sekadar merenung ke luar jendela dari duduknya. Bunyi hujan menemani kesunyian. Dia melepaskan keluhan kecil. Adzriel dan Aqlan tidak boleh pulang pula dek hujan ini. Akhirnya mereka berdua terpaksa tunggu di balai sehinggalah hujan reda. Tak reda pun tak apa, setakat renyai-renyai mereka akan pulang. Kalau mahu pandu dalam keadaan hujan lebat begini, jalan sedang licin. Bahaya.

     Mak dan Afina pula ke rumah Mak Milah sekejap. Afina tu memang nak ikut la. Sudah lama tak jumpa Anggerik katanya. Al maklumlah, budak tu baru je cuti semester. Bolehlah luangkan masa lebih lama dengan Anggerik. Tetapi dengan hujan lebat begini, Naaila pasti mereka berdua turut terkandas di sana sementara tunggu hujan berhenti.

     Naaila menunduk, matanya ralit membaca setiap butir patah perkataan dalam novel yang sedari tadi dibuka. Buku yang baru dibeli semalam ketika Adzriel bawanya ke kedai buku.

     Hakikatnya Naaila sekadar memilih dua buah buku untuk dibeli dahulu walaupun ada banyak buku yang ingin dibeli. Tidak terfikir dek akal, Adzriel pergi beli satu rak panjang di kedai itu. Bahagian fiksyen dan novel melayu. Terlopong pula Naaila melihat tindakan suaminya.

     Berkali-kali Naaila memujuk Adzriel bahawa dia hanya ingin beli dua buah buku sahaja. Memanglah banyak buku yang dia nak beli, tapi buat masa sekarang, dia beli sikit sahaja dulu. Membazir.

     Tetapi Adzriel berkeras juga beritahu pekerja Popular itu untuk beli satu rak terus. Masalahnya rak itu bukan pendek, tapi tinggi! Sudahlah panjang, memang diletakkan satu bahagian saja untuk novel fiksyen Melayu. Memang satu rak itu saja. Kesian Naaila tengok pekerja itu membulatkan mata apabila mendengar permintaan Adzriel.

     Dan pagi ini seperti yang dijanjikan, lori sampai di hadapan rumah mereka dengan berpuluh kotak yang hanya berisi novel sahaja! Apa lagi? Afina, mak dan Aqlan hampir tersembul biji mata tengok. Rahang masing-masing jatuh. Naaila hanya mampu tepuk dahi sendiri lihat Adzriel yang mengalu-alukan dua orang pekerja yang bantu angkut kotak-kotak itu ke dalam rumah. Macam sambut tetamu datang beraya pun ada.

     Naaila tersenyum kecil. Alahai, suami aku. Langsung dia menoleh ke belakang.

     Sekarang ni, buku-buku yang tersusun macam Gunung Kinabalu ni nak susun kat mana? Aish! Naaila menggaru kepala yang tidak gatal. Dari penjuru kanan bilik mereka itu sampai ke penjuru kiri bilik. Penuh dengan buku yang baru sampai tadi.

     "Kedai buku. Nak shopping novel tak?"

     Terngiang kembali kata-kata Adzriel semalam. Naaila menolak pipinya menggunakan lidah. Suruh shopping novel ke sewa kedai buku sebenarnya ni?

     Adeh, tulang belakangnya rasa sakit. Mungkin duduk sudah dua jam menghadap buku je. Naaila menutup buku. Tubuh ditegakkan sekejap lalu pinggang dipusingkan ke kiri dan ke kanan. Walaweiii leganya!

     Ting!

     Bunyi notifikasi dari telefon pintarnya menarik perhatian Naaila. Tangan terus mencapai telefon miliknya yang terletak di sisi buku. Aplikasi WhatsApp terus dibuka.

     My Inspektor Kambing :
     Cinta, abang balik lambat sikit okey? Jangan pergi mana-mana. Hujan lebat ni. Jangan lupa kunci pintu rumah dan tutup tingkap. Kalau dah pun, check lagi sekali. Takut tak kunci. Nanti abang balik. I love you, sayang.

     Naaila tersengih seperti kerang busuk selepas baca mesej daripada sang suami. Butang kamera di ruang chat WhatsApp itu dibuka. Telefon dijauhkan dari wajah lalu Naaila membuat peace.

𝐈𝐧𝐬𝐩𝐞𝐤𝐭𝐨𝐫 𝐀𝐝𝐳𝐫𝐢𝐞𝐥 | BAKAL TERBITWhere stories live. Discover now