BAB 1

462 19 0
                                    

LAUK pauk yang terhidang membuatkan semua yang berada di meja makan itu terliur. Rafqi pula menjadi tukang ambil lauk. Ini pun sebab terpaksa aje. Kalau tidak memang tak akan dia turun di dapur. Bukannya dia pandai masak pun.

Syahriz pula? Dialah yang terpaling rajin sekali. Haura sudah sarat mengandung jadi wanita itu tidak mampu membuat sebarang kerja rumah lagi. Dia sayang isteri kan? Lagipun tak akan lah dia mahu suruh wanita tercinta itu masak lagi. Kan suami derhaka tu.

"Haih, untung siapa yang dapat awak nanti Raf."puji Haura sambil tersenyum. Rafqi sudah tersimpu malu. Drastik tangan naik menekup wajah. Alah, benda kecil je. Malu kite!

"Tak ada lah puan, saya tak rasa ada yang nak jadikan saya suami. Kalau ada pun saya orang paling bahagia dekat dunia ni"kata Rafqi sambil tersenyum. Bukan mahu bermimpi tapi itulah hakikatnya. Dia tidak layak jadi suami pada perempuan lain.

"Kenapa pula Raf? Kalau nak bandingkan aku dengan kau, kau lelaki yang boleh jaga isteri dengan baik. Lagipun aku ni baru saja katam Al-Quran. Belum katam bini lagi. Ah aduh!"jerit Syahriz. Mana tidaknya, cubitan ketam Haura hinggap di pahanya. Sakit ow!

"Katam bini eh? Awak nak tidur luar ke?"ugut Haura. Dia tiada masalah kalau lelaki itu tidur di luar. Boleh lah dia tidur sendirian. Nanti boleh pusing satu katil.

Syahriz mencebik. Bergurau pun tak boleh. Nak marah je. Ini Haura ke harimau?

Bila Syahriz mula bising, Shah merengus kasar. Bergegar meja ini daddy buat. Nasib baik dia tidak tersedak.

"Daddy, boleh diam tak? Shah nak makan ni. Nanti suruh mummy kawin lain baru tahu"celah Shah. Dia baru saja mahu makan ayahnya pula yang bising. Menganggu betul.

Tak semena-mena Syahriz membulatkan mata. Eh, Haura dia punya. Kenapa wanita tercinta itu mahu kawin lain pula? Sudahlah, ada jugak dia gulaikan budak nanti. Macamlah dia tak berani.

"Hah Raf, bila Rifqi balik? "tanya Syahriz. Topik perbualan ditukar.Kalau dia bantah cakap anaknya mulalah cari ibunya nanti. Kalau budak itu tahu perangai dia dulu, mesti lelaki itu tak akan mengaku dia ayah.

"Lagi sebulan."balas Rafqi singkat.Berselera pula dia makan dengan masakan Syahriz harini. Selalunya kalau berkaitan dengan masak, pasti berkali-kali Syahriz akan gagal. Tapi harini, seperti ada keajaiban berlaku. Ayam masak merah Syahriz sedap pula. Ini pasti ada guna mana-mana mentera.

Tapi kalau begini selalu, bukan pesakit obesiti saja yang hinggap penyakit itu malah dia pun sama akan jadi seperti itu juga nanti.

"Baguslah kalau macam tu. Bila dia balik saja nanti, aku orang pertama yang ketuk kepala dia. Biar dia rasa..ah sakitlah love!"jerit Syahriz.

Aduh, dulu main campak-campak sekarang main cubit-cubit pula. Susah betullah dapat isteri macam ni. Tapi kalau gadis itu minta cerai nanti dia pula yang meraung. Bukan apa sayang isteri kan.

"Benda dah lama tak payah nak ungkit. Lagipun benda tu dah lepas. Anak kita pun dah selamat lahir kan dulu?"pesan Haura. Tangannya mengosok lembut paha suaminya. Kesian pula dia tengok lelaki itu. Rasa kelakar pun ada.

"Baiklah isteriku. Suamimu janji tak akan ungkit lagi kejadian dulu."kata Syahriz sambil tersenyum.

Tidak semena-mena, aku menjuih bibir. Tuan dia ini, memang nak makan penumbuk ke apa? Suka hati aje nak kotorkan kesucian mata dia. Macamlah di dunia ini hanya Syahriz saja ada isteri. Heh, menyampah!

"Haih, tuan. Macam tuan aje yang ada isteri sekarang."perlahan suara aku berkata. Tidak sedar, Haura pantas menangkap bait ayat itu. Terus bibir itu tersenyum senget.

"Kalau macam tu, kawinlah cepat. Saya dah lama tak makan nasi minyak. Masa saya kawin, Syahriz bukannya sediakan nasi minyak pun."sindir Haura.

"Uhuk!"Secara tidak langsung,Rafqi tersedak. Berair mata dia dibuatnya.Pedih kut! Tidak sangka, soalan itu pula yang akan keluar. Selalunya jarang Haura buka topik ini.

MR.RAF [COMPLETE]Where stories live. Discover now