BAB 57

90 6 2
                                    

BARANGAN bayi yang berada di dalam butik bernama Baby and Mummy itu sangat menarik minat Puan Zainon. Gembiranya tidak usah dikata. Kalau boleh nak saja dia borong semua baju bayi di dalam kedai ini. Semuanya comel belaka!

"Darina, ummi nak belikan baby baju ni lah.."kata Puan Zainon. Seraya, tangannya mencapai baju bayi berwarna biru cerah itu. Darina mengerutkan kening.

"Tapi ummi, jantina pun kita tak tahu lagi.."balas Darina. Baju itu dibelek. Fabrik lembut, comel pun ya juga. Tapi dia tidak mahu membazir.

"Alah, baju warna ini lelaki perempuan boleh pakai. Lagipun baby kan kecil lagi masa tu. Sesuai dia pakai."balas Puan Zainon. Tidak mahu kalah. Apa yang dia tahu, dia nak beli baju ini juga untuk cucu dia.

Darina mengeleng perlahan. Aduhai ummi.. suka buat persediaan awal. Padahal anak di dalam perut dia baru 8 bulan.

"Ummi beli sehelai aje kan? Cukuplah untuk buat koleksi. Kalau dah masuk 8 bulan, baru kita cari baju lagi ya?"cuba memujuk. Dia kenal sangat ummi ini macam mana. Kalau dapat beli sehelai, pasti akan ada sehelai lagi. Haih, biasalah ummi kan..

Puan Zainon mencebik. "Darina, baju ni boleh guna banyak kali. Lagipun, bukannya kamu boleh mengandung sekali aje. Banyak kali pun boleh kan?"

Darina terkedu. Aduh, kenapa jujur sangat ummi ni? "Alah ummi, memang lah tapi-"

"Assalammualaikum.."suara seseorang menegur. Pandangan Darina terus dialih ke arah suara. Keningnya berkerut. Daniel?

Kening Puan Zainon terangkat. Secara tidak langsung bibir tersenyum lebar. Ya Allah, dia jumpa lagi dengan lelaki itu.

"Eh Daniel. Buat apa dekat sini? Tak akan lah beli baju baby kut?"Puan Zainon dengan ramah menegur gerangan tersebut. Daniel tersengih.

"Masa mula masuk tak ada niat nak beli tapi bila nampak Sofiah, niat tiba-tiba ada pula. Lagi-lagi nampak perut tu dah makin besar.."balas Daniel sambil memuncungkan bibirnya ke arah perut Darina.

Darina menjegilkan mata. Tudung labuhnya diselak sehingga menutupi perutnya. Tak selesa dengan pandangan lelaki itu. Kalau ikutkan hati nak saja dia cungkil mata itu.

Puan Zainon ketawa. Lengan Daniel ditepuk." Suka merepek kamu ni kan.."

Daniel tersengih. Lengan yang ditepuk itu diusap lembut. Aduh, sakitnya ummi tepuk.

"Amril bukannya nak belikan barang bayi untuk isteri dia pun,jadi tak salah kalau Daniel yang belikan. Betul tak Sofiah?"

Darina terus tersentak. Keningnya berkerut. Apa maksud Daniel ni? Barangan bayi bukannya penting buat masa sekarang. Lagipun, sebelum ini Rafqi ada hadiahkan baju bayi pada dia sebelum ini.

Puan Zainon tergamam. "Daniel ta-"

" Saya minta maaf sangat tapi saya cuma nak cakap yang awak dah melampau. Suami saya dah banyak berkorban untuk saya jadi awak langsung tak ada hak nak cakap apa-apa pasal suami saya!"Tegas nada suara Darina berkata. Bibir diketap rapat. Sempat dia memberikan jelingan maut sebelum melangkah keluar dari butik itu.

Puan Zainon melepaskan nafas perlahan. Sejak perut Darina membesar, makin sensitif sungguh perasaan wanita muda itu.

"Maaflah Daniel. Darina memang senang marah sekarang. Ummi pergi dulu lah ye. Risau kalau ada apa-apa jadi nanti."pinta Puan Zainon. Daniel hanya mengangguk. Matanya hanya melihat pemergian wanita tua itu.

Tidak lama bibirnya tersenyum sinis. Telefon pintar yang berada di dalam poket seluar dicapai. Nombor seseorang didail. Beberapa minit kemudian, kedengaran suara seseorang berkata.

"Buat kerja kau."arah Daniel. Berkerut terus keningnya apabila terdengar suara rengusan seseorang.

"Kau nak ingkar arahan aku ke sekarang?"tanya Daniel dengan nada sedikit marah. Bukannya dia suruh buat kerja yang sia-sia pun. Dia bayar lah!

"Aku nak kau bayar lebih untuk kerja ni.."gerangan tersebut membalas. Daniel senyum sinis. Rambutnya diselak kasar.

"Aku bagi dua kali ganda daripada orang tua itu bayar kau. Sekarang ni, aku nak kau gugurkan budak dalam perut dia! Kalau kau gagal, aku cari kau sampai lubang cacing!"rengus Daniel dengan kasar. Panggilan telefon diputuskan. Nafas dilepas perlahan. Wajah diraup.

Aduhai...

"Apasal susah sangat kau nak ikut kata aku?"omelnya sendiri. Patung bayi disebelahnya dilihat. Kening berkerut.

"Apa pandang-pandang? Tak puas hati ke?"































































PINTU dibuka perlahan. Langkah diatur ke arah meja dihadapan. Bungkusan plastik hitam itu dicampak ke arah Leo. Nafas dilepas.

"Mee goreng telur kau.."dengan nada malas Rafqi berkata. Leo tersenyum. Bungkusan itu ditarik ke arahnya.

"Ini telur mata kerbau bukan telur aku bodoh."balas Leo. Rafqi mencebik. Sama lah tu. Telur juga kan?

"Sama aje lah. Eh, ni kau dah hantar ke Naim balik ke rumah dia?"Rafqi bertanya. Tengok di dalam ni tak ada pula bayang si kapten itu. Tak akan cabut lari kut?

Leo mengangguk. Sudu dan garfu plastik dicapai. "Aku dah hilangkan ingatan dia. Jadi kau tak payah risau lah. Ini Leo ma. Semua kasi settle."

Rafqi melepaskan nafas lega. Nasib baiklah. Laptop di atas meja itu dibuka. Bila keluar gamza kecil. Perlahan-lahan jarinya menari-nari di skrin itu. Haih, rindunya.

Sedar dari tadi Rafqi hanya menatap skrin laptop itu, Leo mengeluh. Lengan kawannya dicuit.

"Rindu isteri?"Leo menegur. Rafqi berdecis. Bibirnya tersenyum senget.

"Jangan tanya soalan bodoh lah."soalan dibalas. Bukannya dia tidak rindu tapi dalam waktu sekarang dia perlu tumpaskan Fortino dulu. Mungkin agak sukar tapi dalam waktu sekarang rasanya dia boleh buat.

Leo mencebik.

"Aku bukannya nak seksa kau tapi sampai bila kau nak hidup macam ni? Kau sendiri cakap anak kau akan lahir lagi dua bulan, jadi kau tak nak selesaikan benda ni cepat?"

Rafqi menarik nafas perlahan. "Sebab aku sayang isteri aku, aku bunuh orang semalam."

Siapa sangka, sewaktu dia membuat pemberontakkan secara terbuka sebelum ini, dia dapat kesan sesuatu. Fortino ada arahkan seseorang untuk bunuh Darina. Jadi, dia sudah melangkah satu tapak kehadapan.

Iaitu serang hendap. Dengan secara ringkas, dia bunuh pembunuh upahan itu pada waktu malam.

"Jadi, apa kata kita bantai ajelah Fortino itu malam ni. Kalau tidak.."

"Relax. Kita dah buat plan A kan semalam? Dah lupa?"

Untuk sekarang dia sudah mulakan plan A. Iaitu hapuskan pertahanan Fortino. Kedengaran agak sukar tetapi sebenarnya itu mudah. Semua pertahanan Fortino sudah tiada. Itupun berkat pertolongan Leo juga.

Leo berdecis. Suapan keempat disuap ke dalam mulut. Sambil mengunyah, matanya memandang ke arah Rafqi. Aduhai, apa lagi rancangan seterusnya?

" Lepas bunuh kuli diorang, kau nak buat apa lagi?"

Rafqi tersenyum. Topeng berbentuk harimau itu dipandang. Harimau lambang DD dulu. Dia masih ingat dengan topeng ini. Topeng inilah yang buat dia jadi kejam.

"Kalau dia kejut harimau tengah tidur, baru kita serang balas."

MR.RAF [COMPLETE]Where stories live. Discover now