BAB 32

182 11 0
                                    

DOKUMEN yang berada di atas meja itu dipandang sebelum mengalihkan perhatian pada lelaki yang berdiri tegak di hadapannya. Senyuman sinis diukir.

"Bagus, kau tepati masa"balasnya. Fahmi hanya tersenyum kekok. Lambat-lambat dia membuka mulut.

"Terima kasih bos. Maaf, saya terlambat 1 minit"balasnya. Lelaki itu hanya berdecis. Wajah Fahmi dipandang.

"Small matter. Aku suka cara kau bekerja."puji lelaki itu. Fahmi hanya sekadar tersenyum sumbing. Langsung, dokumen itu dibuka. Kertas A4 yang dicetak itu dihulur pada lelaki itu.

"Itu identiti suami Darina.."balasnya. Lelaki itu langsung, mengangguk. Huluran kertas itu dibaca.

Nama: Ravian Fortino
Umur: 25 tahun            
Lahir:  Milan, Itali        
Gelaran: Consigliere/Mr.Raf

"Seriusly? Dia Mr.Raf?"balasnya teruja. Siapa sangka? Manusia yang dia cari selama ini sudah berkahwin dengan gadis pujaan dia? Wow! Nampaknya nasib menyebelahi dia.

Fahmi mengangguk tanda benar. Dia pun terkejut juga bila baca dokumen itu dengan teliti. Sungguh dia tidak sangka, Darina berkahwin dengan manusia yang bertopeng syaitan.

Lelaki itu tersenyum senget. Rahang diketap kuat. Dokumen dan wajah Fahmi dipandang bergilir ganti.

"So.."

Dia bangun dari duduk. Perlahan-lahan dia menapak ke arah Fahmi yang jelas sudah pucat. Bahu lelaki itu dipegang.

"Aku dah tak perlukan kau. Kau boleh ambil duit kau nanti."balasnya. Secara tidak langsung, Fahmi terus menoleh ke arah lelaki itu.

"Terima kasih bos. Kalau ada apa-apa bos boleh minta pada saya lagi. Terima kasih!"balas Fahmi. Di bibirnya masih mengukir senyuman lebar. Akhirnya, dia bebas juga!

Lelaki itu hanya tersenyum. Kolar baju Fahmi dibetulkan.

"Get out"arahnya. Fahmi mengangguk faham. Langsung dia terus menapak keluar. Tidak sabar mahu mulakan hidup baru.

Satu tapak..

Dua tapak..

BANG!

Langsung Fahmi berhenti. Jantungnya secara tiba-tiba terasa berhenti berdegup. Tangannya drastik naik memegang dada. 

Apabila dia menunduk melihat ke arah tangan, matanya membulat. Terdapat cecair merah yang mengalir di tangannya.  Lambat-lambat dia menoleh ke arah lelaki itu.

"K-kenapa?"tanya perlahan. Wajah dia sudah pucat, kepalanya mula berpinar. Dan akhirnya..

BUK!

Tubuh dia langsung jatuh. Matanya semakin kabur. Sukar untuk dia bangun melarikan diri. Tubuhnya terasa semakin memberat.

Lelaki itu ketawa seperti mengejeknya. Langsung, tangannya laju menarik rambut Fahmi sehingga terdongak.

"Sorry to say. Aku tak akan biarkan kau hidup setelah apa yang dah jadi. Aku akan ambil jari kau sebagai tanda aku menang"katanya perlahan. Langsung, pisau yang berada di tangannya dihala ke tangan lelaki itu. Kemudian, jari itu dipotong tanpa rasa belas kasihan.

"Argh! Sial kau Daniel!"jerit Fahmi dalam kesakitan. Tanpa memperdulikan raungan lelaki itu, Daniel terus mencabut jari tengah yang sudah dipotong tadi.

MR.RAF [COMPLETE]Where stories live. Discover now