BAB 13

185 15 1
                                    

DARINA mengetap bibirnya. Pemandangan di luar tingkap pada waktu malam memang indah tetapi jika dia seorang saja di rumah terus menjadi menakutkan. Figura seseorang dicari walaupun dia tahu baba dan yang lain masih tak akan pulang lagi pada waktu sekarang.

"Haih, lambat lagi ke diorang nak balik? Aku takut pula nak tingal sorang-sorang dalam rumah ni"omelnya. Menyesal pula bila buat keputusan untuk tinggal sendiri di rumah. Memang salah dia juga sebab berkeras mahu tinggal di rumah.

Tapi..

kalau dia pergi sekalipun tetap saja dia tidak boleh jejakkan kaki ke dalam masjid.

Jam dinding dilihat. Haih, kenapalah waktu terasa lama sangat harini? Sebelum ini cepat aje. Jam ni sengaja mahu kenakan dia. Telefon pintar yang berada di atas meja diambil. Beberapa mesej yang ditinggalkan tetapi dia lebih tertarik pada satu mesej daripada nombor tidak dikenali. Pantas dia membaca mesej tersebut.

-Alone babe? Nak aku teman?

Darina terus terkaku. Tangannya secara tidak langsung naik menekup mulut. Janagn cakap ini dari orang yang sama. Astagfirullah, macam mana orang itu tahu? Bahaya ni.

Tanpa membuang masa, lantas dia menghubungi Haji Hasif. Lagipun, dia yakin sekarang adalah waktu tazkirah. Jadi bolehlah dia kacau. Baru saja dia mahu mendail nombor Haji Hasif, bunyi notification berbunyi menandakan ada mesej masuk. Kening dia terus berkerut. Lantas mesej tersebut dibaca.

-Buka pintu ni baby. Aku dah sampai

Berderau terus darahnya. Secara tidak langsung, dia menoleh ke arah pintu keluar. Jantungnya mula berdegup kencang. Ya Allah, tolonglah hambamu ni. Dia takut!

"Astagfirullah al-Azim.. nasib baik pintu tu berkunci"gumamnya. Pandangannya melilau mencari peralatan untuk dijadikan sebagai pelindung diri. Lagipun, dia tidak tahu sama ada apa yang orang misteri ini berkata benar ataupun tidak.

TOK! TOK!

Pintu diketuk. Bahu Darina terus terhinjut. Lantas dia mencapai tudung sarung dan pasu kecil sebagai pelindung. Takut juga dia kalau itu orang misteri.

"S-siapa tu?"tanya Darina gagap. Perlahan-lahan dia menapak ke hadapan. Pasu kecil itu digengam kuat.

"Your future husband maybe? "Jawab gerangan itu. Garau suaranya. Tapi cukup untuk membuatkan dia tahu itu orang lain. Jelas dia dengan lelaki itu ketawa seperti mengejeknya.

Darina mengetap bibir. Ya Allah, tak akan lah baba tak sampai lagi!

Telefon pintarnya dilihat sekilas sebelum menoleh kembali ke arah pintu. Tanpa membuang masa, dia terus menekan butang hijau di telefonnya.

"Helo?" Suara tidak asing mula kedengaran di corong telefon. Tapi keningnya terus berkerut. Bila lihat kembali di skrin telefon, terus Darina terkedu. Alahai, dia salah dail nombor pula.

"I-ini Doktor Raf kan?"tergagap-gagap. Ada kalanya mata melihat ke arah pintu. Takut-takut kalau orang diluar cuba masuk di dalam.

"Eh Darina, kenapa ni?"suara garau itu bertanya. Mungkin risau.

Darina melepaskan nafas lega. Nasib baiklah, tidak salah orang. Tanpa berlengah, langsung dia terus bertanya.

"Rafqi, awak balik sekarang boleh? Sebab dekat depa- argh!"terjerit Darina apabila pintu itu diketuk kuat. Jantung dia mula berdegup kencang. Di hatinya sudah berightifar berkali-kali.

"Darina, kenapa tu? Da-."

Panggilan telefon terus terputus. Darina terkedu. Kenapa tiba-tiba terputus? Kenapa!

MR.RAF [COMPLETE]Where stories live. Discover now