BAB 8

200 16 3
                                    

"DOKTOR Raf.. did you hear me? "Suara itu tidak kedengaran jelas di telinga. Alis kening tebal itu berkerut saat mahu membuka mata. Bila mata dia terbuka, wajah seorang doktor lelaki jelas kelihatan di depan mata. Makin berkerut kening Rafqi dibuatnya.

"Hi bro. Kau okay?" Sapa Doktor itu. Mesra. Siap tersenyum lebar lagi.

Terus Rafqi tersentak. Matanya membulat. Akibat terkejut, laju penumbuk Rafqi hinggap di wajah doktor itu. Bukan apa, tak sengaja.

"Woi, kau apahal!"tengking Doktor Adam. Tangan naik memegang muka. Sudah kenapa dengan Rafqi ni? Gila ke apa? Sudahlah menyusahkan orang. Bila dah tolong, dapat penumbuk pula.

Rafqi tersentak kecil. Mata melilau melihat sekeliling. Tidak lama, keningnya berkerut. Eh, bukan ke tadi dia dating dengan Darina? Kenapa boleh ada di sini pula?

"Mana bakal isteri aku?" Tidak menghiraukan kesakitan Adam, kelibat Darina dicari. Mana pergi gadis itu? Tak akan lah dia bermimpi aje tadi?

Adam mencebik. Terus kepala Rafqi ditunjal.

"Teruk sangat dah kau ni. Bangun-bangun aje mengingau cari anak dara orang. Tah apa-apa."Adam membebel. Kepalanya digeleng-gelengkan. Haih, sudahlah tidak reti berterima kasih, minta maaf pun tidak mahu.

Apalah nasib dapat kawan macam ini? Kalau diikutkan hati, nak aje dia biarkan lelaki itu meraung kesakitan. Baru puas hati dia.

"Suka hati aku lah. Yang kau sibuk apahal?"rengus Rafqi. Abdomennya dilihat sekilas. Nampaknya memang parah betul luka dia kali ini. Nak bergerak pun susah.

"Kalau kau dah nak mati nanti, jangan cari aku. Menyusahkan betul"Adam merengus kasar. Geram bila melihat sikap lelaki itu. Kalau boleh, nak aje dia koyakkan perut lelaki itu sampai terkeluar usus. Biar padan muka si Rafqi tu! Heh!

"Uncle!"entah dari mana Sumaiyah datang,tiba-tiba aje dia menjerit. Tubuh kecil itu laju bergerak ke arah Rafqi. Sampai saja di katil ward itu, tubuh Rafqi dipeluk.

"Eh mayah?"tersentak Rafqi apabila tubuh itu menangis di dalam pangkuannya. Tidak semena-mena dia tersenyum kecil. Kepala si kecil itu digosok. Alahai, nak bermanja pula Sumaiyah ni.

"Uncle jahat!"Sumaiyah masih lagi menangis. Terhinjut-hinjut bahunya. Takut punya pasal. Uncle Rifqi buat dia makin nak nangis.

Rafqi ketawa kecil. Terhibur dengan kerenah si Sumaiyah ini.

"Mana ada uncle jahat sayang."

"Ada! Uncle Rif cakap you nak tinggalkan I .."rengeknya. Kepala disebamkan di perut Rafqi. Dia tak nak uncle pergi. Dia nak uncle main dengan dia. Nanti dia sunyi.

Makin tersenyum Rafqi dibuatnya. Alahai, takut sangat dia pergi.

"Mana ada sayang, uncle tak akan tinggalkan anak buah kesayangan uncle ni."Rafqi membalas. Nada suara seakan memujuk si kecil itu. Lagipun, Sumaiyah ini memang rapat dengan dia daripada anak-anak Syahriz yang lain. Dia pun sudah anggap Sumaiyah ini macam anak sendiri.

"Ishh, uncle Rifqi tipu I lah ni!"rengus Sumaiyah tak puas hati. Nanti siaplah Uncle Rifqi dia kerjakan.

Bila mendengar nama Rifqi terus kening Rafqi ternaik. Rifqi? Kembar dia dah balik ke?

"Uncle Rif ada dengan you ke?"teruja. Tak sangka secepat ini Rifqi sudah balik dari honeymoon. Maklumlah sudah kawin kan. Tapi yang peliknya, bagaimana Rifqi boleh kawin tanpa pengetahuan Fortino? Bukan ke ayah selalu awasi dia dan Rifqi? Hmm, pelik.

Sumaiyah mengangguk perlahan. Wajah diangkat memandang wajah Rafqi sebelum tangan tembamnya dihala ke arah pintu. Bibir masih dimuncungkan. Tanda merajuk dengan Rifqi.

MR.RAF [COMPLETE]Where stories live. Discover now