BAB 61

120 8 0
                                    

BUM!

Pintu dibuka kasar. Fortino tersentak kecil. Lihat saja wajah cemas pekerjanya, dia merengus kasar. Ganggu dia pula dah kenapa?

"Kau nak apa!"rengusnya. Pekerja lelaki itu tersentak. Laju tubuhnya melutut di hadapan Fortino. Memberi tanda hormat pada tuannya.

"S-saya minta maaf tuan."balasnya sambil tercungap-cungap. Dia terpaksa rempuh pintu itu. Tiada masa untuk ketuk. Ini memang betul-betul kecemasan.

Fortino mengeluh. Penipisnya dipicit. Persatu-satu masalah muncul. Mula-mula segi kewangan dia semakin jatuh, kini dia tidak tahu bala apa lagi mahu datang.

"Kau kenapa?"soalan dilontar. Lelaki itu menarik nafas perlahan. Cuba mengatur nafas kembali.

"Kita diserang tuan. Saya baru dapat berita tadi. Semu-"

PAK!

Buku yang berada di tangan dibaling. Pekerja itu tidak sempat mengelak, buku itu terkena di dahinya.

"Argh!"dia meringis kesakitan. Tangan langsung melekap di dahi. Habislah lebam muka dia nanti.

"Macam mana kita boleh diserang!"jerkah Fortino. Geram. Kenapa semua pekerja dia boleh jadi lalai begini? Sepatutnya mereka perlu bertindak tanpa disuruh!

Lelaki itu mengetap bibir. Cuba memikirkan alasan lain yang munasabah.

"S-saya minta maaf tuan. Musuh serang hendap jadi kami tak perasan. Ramai orang-orang kita cuba halang dia. Tuan jangan risau. Musuh yang menyerang itu cuma seorang."

Kening Fortino terangkat. Cuma seorang? Kenapa manusia itu berani sangat cari pasal dengan dia?

"Kau dapat cam muka dia?"

Lelaki itu mengeleng. "Tak tuan. Dia pakai hel-"

BANG!

Tersentak mereka apabila bunyi tembakan itu kedengaran seperti berhampiran dengan bilik ini. Seketika suasana menjadi sepi. Beberapa saat kemudian, kedengaran bunyi tapak kasut mula melangkah.

Bunyi tapak kasut itu semakin menghampiri. Pekerja lelaki itu meneguk air liur. Ah sudah, sampai pula manusia gila tuuuu.

Selang beberapa minit, ada satu kepala jatuh bergolek dihadapan mereka. Pekerja lelaki itu membulatkan mata. Terketar-ketar lututnya.

"Louise Fortino!"suara garau seseorang memanggil namanya dengan lantang. Tidak lama kemudian, suara garau itu mula ketawa besar. Seperti berada di dalam keseronokkan.

Fortino mengepal penumbuk. Kalau yang lain tewas, terpaksalah dia bertindak.

"Cakk!"figura Rafqi muncul disebalik pintu kayu yang terukir dihadapan. Dengan selamba, dia berjalan mendekati Fortino dan pekerja lelaki itu. Pedang katana di tangan digengam kemas.

"K-kau.."dia tidak boleh berkata lagi. Sudah jelas apa yang Ravian mahukan darinya. Tapi, kenapa tiba-tiba?

Rafqi tersengih. Pedang katana yang berlumuran darah itu dipandang. Hmm, memang pekat darah di pedang itu tapi bukan darah ini yang dia mahu.

"Kenapa? Kau tak percaya aku datang pada kau?"sinis nadanya berkata. Memang dia nak jumpa ayah dia sendiri. Dengan niat yang lain. Kalau sebelum ini dia melutut dihadapan Fortino, kali ini..

Dia akan pastikan Fortino yang akan melutut dihadapan dia.

"Apa yang kau nak dari aku Ravian! Aku dah bagi apa yang kau nak sebelum ini. Tak akan itu pun tak cukup!"jerkah Fortino walaupun nada suaranya agak Terketar-ketar sedikit. Rafqi berdecis. Apa yang dia dapat selama bekerja di sini? Tiada apa!

MR.RAF [COMPLETE]Where stories live. Discover now