BAB 21

206 14 1
                                    

DARINA mengetap bibirnya. Sisi wajah suaminya dilihat sekilas sebelum mengalihkan pandangannya ke arah lain. Takut pula dia mahu tegur bila lihat wajah lelaki itu seperti marah pula. Menyesal betul dia tadi. Sumpah dia menyesal. Rasanya dia tidak patut bertanya pasal kunci motor itu tadi.

"Darina.."suara maskulin suaminya memanggil. Darina hanya mengumam. Pandang wajah lelaki itu pun dia tidak berani. Takut!

Rafqi mengerutkan kening. Herm, tak nak borak dengan dia ke? Lagipun, bosan betul. Sunyi aje kereta dia ni.

"Sayang.."Panggilan sayang pula Rafqi guna. Harap-haraplah berkesan. Tidak lama, Darina mengumam. Namun gadis itu masih tidak menumpukan pandangan pada dia. Tapi tak apa lah, asalkan dapat sahutan.

"Sayang lapar?"Rafqi bertanya. Takut-takut jika Darina lapar pula nanti. Lagipun,perjalanan jauh. Risau juga kalau Darina sakit perut nanti.

Darina mengeleng sebagai jawapan. Bibirnya menguntum senyuman. Lambat-lambat Rafqi mengangguk. Baiklah, kalau begitu senanglah kerja dia. 

"Kalau sayang lapar, bagitahu aje abang."balas Rafqi. Mata dia hanya fokus pada pemanduan. Langsung tidak menoleh ke arah Darina.

Lagipun, hati dia tengah panas. Risau pun ada juga. Sudahlah, itu motor kesayangan dia. Kalau berlaku apa-apa, memang dia saman si Adam ni. Geram betul!

Darina mengetap bibirnya. Tangannya mencubit sesama sendiri. Nak tanya tapi dia takut. Daripada tadi dia lihat rahang suaminya bergerak-gerak. Walaupun suara lelaki itu kedengaran lembut, tetapi masih terselit tegas.

"A-awak.."akhirnya dia membuat keputusan untuk menyeru suaminya.

Rafqi mengumam. Pandangan masih tidak tertoleh ke arahnya. Dia tak nak menyahut kalau Darina tak panggil dia abang. Dia tak suka!

Lagipun, dia bukannya boleh tahan geram sangat. Takut si Darina tu nanti jadi mangsa. Habis dia kena bantai dengan Haji Hasif nanti.

"Awak.. saya panggil ni."sama. Rafqi hanya mengumam saja. Tidak sedikit pun reaksi daripada suami dia. Bibir Darina terus memuncung di sebalik purdah.

"Abang.."suara lembut itu memanggilnya sekali lagi. Kini panggilan yang Rafqi nanti-nantikan disebut. Tidak semena-mena Rafqi tersenyum. Laju dia menoleh ke arah gadis itu.

"Ya sayang. Kenapa?"

"Abang masih marahkan saya ke?"dia bertanya. Serta merta kening Rafqi berkerut. Ah sudah, isteri dah terasa. Bodoh lah kau ni Rafqi. Dapat dosa kau harini!

"Mana ada sayang, abang tak nak marah sayang pun. Sayang terasa dengan abang ke?"Rafqi bertanya. Tangannya digengam erat. Sesekali tangan itu dicium lembut. Takut Darina marah dia pula.

Darina mengeleng. Dia tersenyum nipis. Perlahan-lahan tangan dia mengusap tangan kekar itu. Walaupun terasa janggal tapi tak apa. Dia perlu biasakan.

"Saya minta maaf pasal motor abang. Saya silap tanya abang depan abang Adam tadi. Kalau jadi apa-apa pada motor tu, saya akan bayar balik ganti rugi ya?"Darina cuba memujuk.

Rafqi tersenyum. Alahai, baik sungguh isteri dia ni. Lagipun, bukannya salah Darina.  Dia yang benarkan mereka pinjam motor tu.

Bila mengenangkan permintaan Haji Hasif tadi, dia terus menghalalkan apa yang akan terjadi pada motor tu. Dia kan banyak duit. Kalau tidak cukup, dia pinjam duit Rifqi. Apa susah?

"Tak apa sayang, abang tak peduli pun pasal motor tu. Lagipun, abang ada banyak lagi motor macam tu dekat rumah."balas Rafqi sambil tersenyum. Setakat motor kawasaki berwarna hijau tua itu apalah sangat. Di rumah dia ada lima biji motor lagi. Semuanya masih baru.

MR.RAF [COMPLETE]Where stories live. Discover now