BAB 51

178 6 1
                                    

RAFQI melepaskan nafas perlahan. Senjata dihadapan langsung tidak menarik perhatiaanya. Apa yang dia fikir cuma Darina. Patutkah dia teruskan perkahwinan ini? Lambat laun, Fortino pasti akan tahu juga.

Cerai?

Tak. Dia tak akan lafaz talak pada Darina. Darina sedang mengandung. Dia tidak tergamak lagi mahu meninggalkan gadis itu dalam keadaan begitu. Hanya tinggal lagi 6 bulan saja.

Dalam tempoh masa itu, dia perlu selesaikan apa yang Fortino sedang mula. Pasal Darina dia tidak perlu risaukan. Adam sudah sedia menjaga. Dia cuma perlu berusaha untuk kembali seperti dulu.

"Ravian Fortino.."Leo memanggil namanya. Rafqi mengeluh perlahan. Sampai pun Leo ini. Dia ingat Leo tak akan datang.

"Kau dari mana?"hairan juga. Selalunya Leo sudah sampai lebih awal darinya. Tapi lihatlah, Leo lambat pula.

"Aku dari rumah Mei mei. Kau kenal kan siapa?"balas Leo. Tempat kosong disebelah menjadi tempat melabuhkan punggung. Pistol dihadapan dilihat. Hmm, ada barang baru.

Kening Rafqi terangkat. Mei mei? Leo masih ada hubungan dengan wanita itu ke?

"Kau masih.."

Tidak sempat Rafqi menghabiskan ayat, Leo terus melepaskan nafas perlahan. Badannya disandarkan dikerusi malas itu. Aduhai, cakap pasal mei mei banyak benda betul dia perlu urus. Dengan kerja begini, dia boleh ke berkahwin? Rasanya lambat lagi.

"Kalau diberi pilihan, kau akan kekal dalam ni atau keluar?"hanya sekadar mahu mendengar pendapat. Walaupun dia dan Ravian saling membenci antara satu sama lain tetapi nasihat yang Ravian berikan boleh diguna pakai.

"Kenapa kau tanya?"

Leo berdecis. Pistol di atas meja itu dicapai. "Orang yang masih ada hati perut dekat sini cuma kau. Aku tahu jawapan kau kalau kau balas pun. Kau mesti pilih untuk kembali dekat sana kan?"

Rafqi mendiamkan diri. Wajah Leo dipandang. Kenapa pula Leo membangkitkan soal ini? Ada sesuatu yang lelaki itu mahu buat?

"Memang aku akan pilih untuk hidup dekat luar. Dengan tuan aku, abang aku.."dan yang paling penting, dengan Darina dan bayi kecil dia. Itu tujuan dia masih bertahan sampai sekarang.

Leo hanya mendengar.Anak matanya memerhati sekeliling sebelum bertanya soal ini. Yang penting, tiada siapa pun yang boleh dengar.

"Kau memang nak teruskan niat kau?"Leo bertanya. Mana lah tahu, Ravian ada rancang sesuatu?

"Itu kalau aku ikut hati. Tapi, aku tahu. Kalau aku lari, orang tua itu mesti akan cari aku sampai dapat. Jadi, aku tangguhkan dulu"

Selagi nyawa Fortino masih ada, selagi itu dia akan cuba sedaya upaya untuk mencabut nyawa itu. Dia tahu, dengan cara ini pasti orang bawahan Fortino tidak akan menganggunya.

Leo tersenyum nipis "Kau nak bunuh Fortino?"

"Dah tak ada cara lain lagi. Nak atau tidak, aku terpaksa buat."terdesak. Selagi dia masih tinggal di sini, selagi itu dia akan menambahkan lagi dosanya. Ini pun semua angkara lelaki yang bergelar ayah.

"Aku rasa kau ada cara lain lagi.."tidak setuju dengan ayat itu. Setidaknya Ravian ada cara lain untuk meneruskan niat itu.

Rafqi mengerutkan kening. Cara lain? Cara apa saja yang dia ada selain daripada melakukan semuanya sendiri?

"Cara apa lagi yang aku boleh guna? Aku–"

"Gunakan aku.."tidak sempat Rafqi menghabiskan ayat, Leo pantas mencantas. Lagipun, dia sudah fikir lama. Dia perlu juga pergi daripada tempat ini. Kalau dia teruskan kerjanya, Mei mei pasti akan menerima nasib yang teruk.

MR.RAF [COMPLETE]Where stories live. Discover now