BAB 37

98 6 0
                                    

"TERIMA ka-"

BUM!

Pintu dihempas kuat dari dalam. Tidak sempat Naim mahu menghabiskan ayatnya tadi. Tidak lama, Naim hanya tersenyum nipis. Nafas dihela pendek. Aduhai, silap.

Haura memang baran betul sekarang. Lagi-lagi dengan dia. Tapi apa yang berlaku dulu pun salah dia juga. Libatkan Syahriz dalam hal dia pun satu kesalahan. Tapi tak apa lah, dia boleh selesaikan masalah ini sendiri.

"Ermm, aku dah jangka benda ni akan jadi"rengus Airil. Walaupun perlahan tapi Naim masih dapat  mendengar ayat itu dengan jelas.

"Apa yang kita boleh buat? Haura tu memang tak suka tengok muka kita"balas Naim. Pasrah.

Airil melepaskan nafas perlahan. Tanpa menunggu Naim, dia terus mengorak langkah menuju ke arah kereta. Apa yang dia tahu, dia nak balik sekarang. Buang masa betul pujuk Haura.

"Oi kau nak pergi mana?"

"Kenapa? Kau nak pujuk minah tu lagi? Sudahlah buang masa. Lebih baik kita pergi tempat lain. Sekurang-kurangnya kau boleh dapat info"Airil membalas. Tidak mahu membuang masa lagi. Hati perempuan singa tu entah bila nak elok. Asyik bengis aje.

Naim menunduk wajah. Sekali lagi keluhan dilepaskan. Betul juga. Hati Haura memang tak akan baik.

"Kalau macam tu, kita singgah balai."balas Naim sambil kaki bergerak mendekati kereta miliknya. Tujuan dia memang balai polis selepas ini. Info yang dia cari memang ada di balai polis cuma dia lupa.

Airil tersenyum. Bagus juga cadangan. Dapat dia curi tulang nanti.

"Kenapa lah kau tak cakap awal-awal? Kan bagus kalau kita terus pergi balai saja tadi"nak marah pun ada juga. Kenapa perlu hadap singa betina sedangkan boleh hadap benda lain? Ini memang cari nahas namanya.

"Saja. Mana lah tahu ada Sally pula. Kau kan rindu dia"sengaja mengusik. Kalau ada Sally tadi pasti seronok. Yalah, airil memang sudah trauma dengan Sally.

Terus mata Airil terbutang. Rindu jantan tu? Uih, lambat lagi.

"Memang tak lah aku rindu. Dia tu tak padan dengan lelaki nak pakai baju ketat."geli-geliman dia bila dengar nama Sally. Sesekali dia mengeliat kegelian. Tak boleh dia dengar nama Sally nanti pasti naik buku roma dia. Uih,merisaukan.

Naim ketawa kecil dengan gelagat kawan baiknya. Kepala digeleng perlahan. Dengar nama Sally aje pasti Airil akan jadi begini. Entah apa-apa. Tak faham pula dia.

"Alah, macam lah kau tak biasa jumpa lelaki spesies dia"tanpa berlengah, enjin kereta dihidupkan. Tidak lama kemudian, kereta itu bergerak keluar dari perkarangan rumah agam itu.

Airil menjuih bibir. Memanglah tapi Sally ni lain macam sedikit. Ada aura tersendiri. Yang pastinya aura itu mampu membuatkan badan dia meremang.

"Suka hati lah. Tapi apasal kau tanya pasal Ravian pula pada Syahriz. Syahriz bukannya tahu siapa Ravian tu."dari riak wajah Syahriz, dia dapat tahu yang Syahriz memang tidak tahu apa-apa pasal Ravian jadi tak mungkin Ravian ada kaitan dengan lelaki itu.

Naim terdiam. Teringat akan kata-kata Rafqi semalam. Yalah, dia tanya pasal Ravian pada Syahriz pun bersebab. Mana lah tahu Syahriz pernah berkawan dengan lelaki itu.

"Tak ada lah. Aku cuma syak yang Ravian ada dengan mereka."

Airil menjuih bibir. Bahu kawannya ditepuk perlahan"Kau jangan merepek lah. Kan dalam data Ravian tu dah mati. Mana ada orang dah mati hidup balik"

Kelakar. Kalau Ravian itu masih hidup sekalipun apa kena mengena Ravian dengan Syahriz? Ravian itu orang Itali manakala Syahriz pula Cina. Jauh sungguh beza.

MR.RAF [COMPLETE]Where stories live. Discover now