BAB 68

91 6 0
                                    

"MACAM mana?"suara garau itu bertanya. Mengharapkan sesuatu yang luar biasa. Mana lah tahu Rafqi sudah tewas ditangan orang suruhannya.

Lelaki itu mengeluh. Kepala ditunduk ke bawah. "Maaf tuan, kami gagal."

Daniel mengangguk. Bibir tersenyum sinis. Gagal lagi? Tak ada jawapan lain ke selain daripada jawapan ini?

"Tak sangka kau boleh gagal."sinisnya. Lelaki itu masih menundukkan wajah. Rahang diketap. Terasa seperti direndah-rendahkan.

"Ada orang yang bantu dia. Kalau dia seorang diri, kami pasti kami dapat bunuh dia tuan.."balasnya. Yakin.

Kening Daniel terangkat. Dia ketawa dengan penuh sinisnya. Tangan mula mengepal penumbuk.

"Don't say you can afford it if there is no result! "Meja ditepuk kuat. Gigi dikancing kuat. Mengigil-gigil tangannya mengepal penumbuk. Geram sangat agaknya.

Lelaki itu tersentak. Nafas dilepas perlahan. "Saya minta maaf.."

Daniel tersenyum sinis. Lambat-lambat dia pandangan mata helangnya menoleh ke arah wajah orang bawahannya. Dia berdecis.

"Selepas ini, kau tak perlu lah ganggu dia. Biarlah mereka hidup bersama.."balasnya. Cawan kaca yang berisi air mineral itu diteguk. Kening pekerjanya berkerut. Biarkan? Habis, sia-sia ajelah usaha dia.

"Kenapa tuan nak biarkan? Tuan putus asa ke?"

Daniel tersenyum. Pandangan dihala ke arah lain. Putus asa? Jarang dia mahu buat keputusan begitu.

"Aku tak cakap aku nak biarkan diorang kekal macam tu. Sampai aku mampus pun, diorang tak akan dapat kekal"balasnya. Biarlah salah seorang daripada mereka harus mati sekalipun. Janji hati dia puas.

"Tuan nak buat diorang cerai?"rasa ingin tahu, dia bertanya. Mana lah tahu, Daniel ada rancangan lain. Daniel ketawa kecil.

"Kenapa kau nak tahu sangat ni?"sinisnya. Satu demi satu kakinya menapak ke arah lelaki itu. Walaupun dia tersenyum, namun pandangan mata masih kekal tajam.

"Ada orang upah kau?"

Lelaki itu tersentak kecil. Laju dia mengeleng. Seram pula bila lelaki itu terus mendekat.

Daniel ketawa. Rahang lelaki itu dicengkam. "Hermm, kau berminat dengan Darina?"bertalu-talu soalan dituju kembali. Pelik. Tak pernah-pernah ada pekerja yang berani bertanya macam-macam soalan pada dia. Selalunya semua pengecut.

Lelaki itu terus mengeleng perlahan. Wajah tuannya dipandang sekilas sebelum menundukkan kembali wajah.

"S-saya tak pernah minat dia tuan. Dia milik tuan bukan saya.."balasnya perlahan. Daniel mengangguk faham. Langsung dia melepaskan cengkaman itu. Tangannya dilabuhkan pada kedua belah bahu lelaki itu.

"She will never be mine..."balasnya. Senyuman kecil diberi sebelum badannya bergerak menuju ke arah sofa berdekatan. Tubuh dijatuhkan di atas sofa itu. Kepala diregangkan.

Pekerja itu terkebil-kebil. Bukan milik tuan dia? Aih, tak faham pula aku lah! Lihat saja wajah orang bawahan itu keliru, Daniel berdecis. Kaki disilangkan.

"Dia tak akan jadi milik sesiapa. Aku tak akan benarkan dia hidup. Lagipun, tak ada guna aku kejar dia lagi. Tak ada nilai."sinisnya. Tangan mula mengelal penumbuk. Bila dia ambil tahu pasal wanita itu, dia terus bengang. Kenapalah tak ada sesiapa bagitahu dia pasal itu? Buang masa saja.

"Maksud tuan?"

"Dia mandul selepas bersalin. Rahim dia kena buang. So then, buat apa aku nak kejar dia?"balasnya sambil ketawa. Kelakar betul. Apabila rancangan dia sudah hampir berjaya, ada perkara lain yang buat dia mengalah.

MR.RAF [COMPLETE]Where stories live. Discover now