BAB 59

88 5 0
                                    

SEJAMBAK bunga mawar merah ditatap dengan penuh tajam. Sesekali tangan kekar itu mengusap lembut kelopak bunga di hadapannya.

BAK!

Entah dari mana, pintu dihadapannya dibuka kasar. Tidak semena-mena pandangan tajam itu beralih ke arah pekerjanya. Kening sebelah terangkat.

"Kau nak nyawa kau melayang dulu ke baru kau nak ketuk!"jerkah Fortino. Daripada petang tadi dia asyik memarahi orang. Sesiapa saja yang membuat kesalahan, dia akan marah tanpa rasa bersalah.

Fahim menundukkan wajah kebawah. Takut-takut mahu menatap wajah bengis itu.

"M-maaf tuan. Saya datang nak laporkan berita."balasnya sambil memberi tanda hormat.

"Apa dia!"tidak mahu berteka teki lagi. Malas pula dia nak melayan kerenah manusia lagi.

Fahim tersentak. Tidak lama riak wajah itu ditukar kembali. Takut.

"Perempuan yang tuan suruh saya ikut itu sudah berada di hospital. Keadaan dia tenat sekarang. S-saya-"

PRANG!

Cawan kaca dibaling ke arah pekerjanya. Tapi Fahim berhasib baik. Cawan itu tidak terkena padanya. Nasib baik kepala dia selamat.

"Orang yang aku upah itu sudah mati jadi siapa yang buat kerja itu?!"suara Fortino naik seoktaf. Tidak faham. Dia tidak ada arahkan apa-apa pun untuk bunuh perempuan itu selepas pembunuh umpahan dia mati.

Fahim sudah cuak. Terketar-ketar lutut bila lihat wajah itu mula merah akibat marah.

"S-saya tak tahu tuan.."

Fortino ketawa. Tergeleng-geleng kepalanya. Dari duduk, dia terus bangun dan melangkah ke arah lelaki dihadapan.

"Kau apa?"soalan dilontar. Kolar baju lelaki dihadapan itu dipegang. Habuk diatas kolar itu ditempis.

Air liur dipaksa telan. Terkulat-kulat Fahim mahu menjawab. Aduhai, habislah dia.....

"S-saya.."

Fortino kancing gigi. Daripada tangannya berada di kolar, mula naik menyentuh rahang lelaki itu.

"Kau bodoh ke? Aku tanya siapa buat?!"jerkah Fortino. Rahang itu dicengkam kuat. Kuat sehingga kukunya tengelam di kulit sawo matang itu.

Fahim meringis kesakitan. Tangan lelaki itu ditepuk-tepuk tanda sakit.

"Argh! S-sakit tuan!"

Fortino ketawa. Lidahnya menolak dinding pipi. Ahh dia tidak boleh sabar lagi.

"Kau tahu sakit rupanya. Aku fikir kau tak tahu erti sakit. Kau tak tahu apa akan jadi kalau Ravian tahu aku cuba bunuh perempuan tu?!"jerkahnya lagi. Gigi mengancing kuat. Sumpah dia nak bunuh lelaki ini kalau boleh.

"M-maafkan saya tuan.."

Fortino berdecis"Sebelum Ravian nak bunuh aku, aku nak kau bawa kepala anak tak guna itu ke sini dulu. Kalau kau gagal.."

Kolar baju lelaki itu ditarik kuat. Bibirnya didekatkan di cuping telinga lelaki itu.

"Keluarga kau tangung akibatnya."bisik Fortino. Walaupun halus suaranya tetapi amaran itu cukup membuatkan jiwa lelaki itu gentar.

Fahim terkejut. Tidak berkelip matanya memandang ke arah wajah Fortino. Tak akan sebab itu keluarga dia akan jadi mangsa? Apa salah dia?

"Tuan saya tak.."

"Keluar atau kepala kau ada di bawah tapak kaki aku."cantas Fortino laju. Dia merengus kasar sebelum kakinya diatur mendekati sofa dihadapan.

Fahim melepaskan nafas perlahan. Perlahan-lahan dia menunduk memberi tanda hormat sebelum keluar.

MR.RAF [COMPLETE]Where stories live. Discover now