BAB 54

130 7 0
                                    

"ARGH aduh! Jangan lah kuat sangat!"jerkah Rafqi kuat. Berkerut-kerut keningnya menahan sakit. Adam ni kurang ajar. Memang nak dia mati ke apa? Dia punyalah sakit macam ini Adam boleh pula buat perangai.

Adam mencebik. Gunting dan alatan lain diletakkan di tepinya. Tangan yang masih berlumuran darah dilap pada kain bersih.

"Kau yang lukakan diri sendiri, lepastu nak marah aku pula . Memang tak sayang nyawa!"rengus Adam. Dia sudah tidak boleh bertimbang rasa. Rafqi sudah melampau kali ini.

Kali ini dia memang sudah marah. Rafqi hampir saja pengsan akibat kekurangan darah. Tapi nasib baiklah, dia sudah datang tepat waktu. Kalau tidak janda lah Darina.

Rafqi melepaskan nafas lega. Perlahan-lahan dia cuba bangun dari baringan.

"Aku bukannya tak sayang nyawa tapi.."

"Tapi apa Raf?! Kau masih nak teruskan rancangan bodoh kau ni?"bukannya mahu menghalang tetapi kalau sudah awal dari perancangan sudah begini, memang dia tidak boleh biarkan Rafqi ambil risiko lagi. Rancangan ini bahaya.

"Raf.. aku bukannya nak marah kau tapi kau tak fikir pasal Darina ke? Kalau ditakdirkan kau mati nanti, apa aku nak jawab pada isteri kau? Pada bakal anak kau nanti?"

Rafqi mendiamkan diri. Kepala ditunduk kebawah. Tahu apa maksud Adam tapi nak atau tidak dia terpaksa terkorban. Fortino perlu dikalahkan.

Lihat daripada tadi Rafqi mendiamkan diri membuatkan Adam sedikit bengang. Rahang diketap perlahan.

"Raf, kau pekak ke? Aku tengah cakap dengan kau ni kan?!" Suara mula meninggi. Dia perlukan jawapan.

Rafqi menarik nafas. Lambat-lambat dia mengangkat wajah. Memandang wajah bengis si abang ipar.

"Habistu. Kau nak aku berhenti sebab alasan ni?"balas Rafqi dengan sinis. Dia bukannya ego tetapi apa yang dia buat ini semua untuk masa depan keluarga dia. Dia tidak kisah dia akan bahayakan diri dia tapi bukan nyawa Darina. Darina perlu hidup tenang tanpa sebarang gangguan.

Adam mengepal penumbuk. Habistu? Rafqi memang nak cari nahas ke apa?

"Tak, yang kau tak faham-faham lagi dah kenapa? Aku marah kau sebab aku takut kau-"

"Eh Adam!"jerkah Rafqi. Apa yang jadi selepas ini ketentuan Allah tapi kenapa? Kenapa Adam berfikir negatif pula.

Bila Adam terdiam, Rafqi melepaskan nafas perlahan. Dia tidak patut tinggi suara. Takut Darina fikir lain pula.

"Suami mana sanggup biarkan isteri dia dalam bahaya Dam. Kalau lelaki lain diorang mungkin akan bawa isteri dia lari tapi bukan aku.."

"Aku bukan pengecut Dam. Aku tak nak Darina terlibat dengan masalah aku. Aku suruh kau bawa dia lari sebab aku tak nak dia jadi mangsa ayah aku sendiri. Kau mungkin tahu aku ada ayah tapi Darina Dam.."

"Dia tak tahu.."

Rasa bersalah pula terbit dalam hati dia. Kalau boleh, dia tidak mahu keluarganya tahu dia sudah ada isteri. Cukuplah dulu dia sudah bahayakan seseorang yang penting untuk dia.

Adam mengeluh. Dia tahu semua itu tapi sampai bila Rafqi mahu bahayakan diri sendiri. Sampai bila?

"Tapi kadang-kadang kau kena pentingkan diri Raf. Rancangan kau ni bahaya. Kalau Fortino dapat kesan nanti boleh jadi lagi bahaya.."

Ada kalanya benar juga apa yang dia kata. Rancangan Rafqi memang bahaya. Mahu tangkap Fortino dan konco-konco yang lain bukannya mudah. Ianya sukar.

"Sudahlah Dam, kau tak akan faham. Ini tempat aku. Tanggungjawab aku. Aku tahu apa yang baik apa yang buruk. Kau fokus lah pada masa depan kau. Aku tak akan kacau kau lagi.."balas Rafqi. Adam bukan ada di tempat dia. Adam tak akan faham apa yang dia rasa.

MR.RAF [COMPLETE]Where stories live. Discover now