BAB 17

203 16 0
                                    

RAFQI berdehem. Kertas yang berada di tangan dilihat. Mulut terkumat kamit membacakan isi kandungan kertas tersebut. Sekali-sekala, mata dia ditutup apabila dia mahu menghafal isi kandungan kertas tersebut. Setelah beberapa minit, dia terus menghembuskan nafas perlahan. Baiklah, aku cuba!

"Kau dah hafal?"tanya Adam. Rafqi mengangguk yakin. Tangan Adam dia gengam erat. Adam terus menganggukkan kepalanya.

"Baiklah, aku mula."Adam berkata. Dia berdehem sedikit sebelum bercakap.

"Muhammad Amril Rafqi Haris Bin Ahmad."nama panjangnya disebut. Rafqi mula mengangguk

"Ya saya"

"Aku nikahkan atau aku kawinkan dikau dengan Nurul Zainab binti Abdul Asyif dengan mas kawinnya empat ribu ringgit tunai."

Rafqi mula mengerutkan kening. Apasal keluar nama Zainab pula ni? Bukan ke nama isteri dia Darina?

"Sejak bila pula aku nak kawin dengan Zainab ni? "Rafqi merengus tidak puas hati. Tangan naik mengaru kepala. Serabut!

Adam mengeluh. Penat lah macam ni. Ini sudah kali yang ke-44 si Rafqi itu gagal. Buat serabut kepala saja semua ni.

"Aku ikut skrip lah setan. Yang kau nak marah aku dah kenapa?"rengus Adam. Kertas yang berwarna putih itu diserahkan pada Rafqi. Malas lah dia mahu tolong lelaki itu. Lagipun, akad nikah bukannya susah sangat. Senang aje pun.

Rafqi terus meneliti isi kandungan kertas tersebut. Setelah beberapa saat, kening dia berkerut. Aik, apasal macam pelik saja ayat ni.

"Mana kau kutip ayat ni hah? Aku tak pernah jumpa pun"Rafqi bertanya. Kertas yang diambil tadi dicampak. Adam mengeluh. Kepala kawannya dipukul.

"Google lah bengap. Kau ingat aku ni tahu ke nak akad nikah? Lagipun, kau aje yang study benda ni. Aku tengok orang lain tak ada pula study bagai. Kalau kau tak nak aku tolong, jangan jadi adik ipar aku!"herdik Adam. Dia terus bangun lalu menapak ke arah katil. Badannya terus dihempaskan ke atas katil.

Rafqi mencebik. Mata hijau tua itu dijegilkan ke atas. Tanpa izin lelaki itu dia boleh dapatkan Darina lah. Sebab dia tak tahu lah dia ulang kaji. Lagipun, dia tak mahu malukan keluarga dia nanti. Lagi 29 hari kut. Dia perlulah bersiap sedia.

"Ceh, sepatutnya kau patut sokong aku ni. Tak lama lagi kan aku akan masuk dalam keluarga kau."Rafqi membalas. Perlahan-lahan dia bangun dari duduk bersila di atas lantai. Tubuh Adam dia lihat sambil tangannya naik berpeluk tubuh.

Adam mencebik.

"Baba terima kau pun sebab baba suka perangai kau. Kalau aku jadi dia, aku tak akan benarkan anak aku kawin dengan orang terencat akal macam kau"gumam Adam perlahan. Rafqi menjegilkan mata.

"Kau cemburu kan sebab aku kawin dulu sebelum kau"sinis Rafqi Lantas dia mengambil tempat di sebelah lelaki itu. Sisi wajah Adam dia pandang sekilas.

Adam menjuih bibir.

"Jodoh aku mungkin kat luar negara sebab itulah aku masih tak kawin lagi. Kau apa tahu? Heh!"balas Adam kasar. Kepala lelaki itu pula ditekup dengan bantal. Merajuk agaknya.

Dapat Rafqi dengar Adam merengus kasar. Mungkin, sakit hati dengan dia?Tapi, dia kisah apa? Itu memang perangai dia kan?

"Yalah Adam.."







































SEBULAN KEMUDIAN.

"AKU terima nikahnya Nur Darina Sofiah Binti Hasif dengan mas kawinnya empat puluh ribu ringgit tunai. " Sekali nafas Rafqi melafazkan akad. Walaupun dia berasa sedikit gementar namun dia kuatkan juga demi menghalalkan seorang wanita yang dia puja selama ini.

MR.RAF [COMPLETE]Where stories live. Discover now