BAB 64

94 6 0
                                    

MOTOR kawasaki miliknya dimatikan. Helmet yang menutupi wajah dibuka perlahan. Dihadapan dia sekarang, rumah Haji Hasif. Dia tahu dia gila tapi dia mesti bertanggungjawab.

Tanpa berlengah, langsung dia menapak mendekati rumah itu. Walaupun agak terketar-ketar tapi dia kuatkan juga kaki melangkah. Tiba saja dihadapan pintu, dia melepaskan nafas perlahan.

Tak apa Raf, kau boleh!

"A-assalamualaikum.."Rafqi memanggil salam. Dengar saja suara ummi menyahut salam, jantung tidak senang duduk.

Dup dap dup dap!

KLICK!

Bunyi pintu dibuka oleh seseorang dari dalam. Langsung pandangan Rafqi teralih ke hadapan. Menunggu wajah seseorang keluar dari pintu itu.

"Cari si–"terjeda. Pandangan mata redup itu kelihatan terkejut melihat gerangan dihadapan. Tak sangka.. menantu dia.

Rafqi tersenyum nipis. Tangan ummi tidak disalam namun badannya turut melutut dihadapan. Kepalanya ditunduk kebawah.

"Ummi, Amril..."

"Amril pergi mana nak? Dah lama Amril tak jumpa ummi. Amril sihat?"puan Zainon memulakan perbualan. Kepala menantunya diusap. Ya Allah,rindunya dengan menantu dia ni.

Rafqi kemam bibir. Selama dia jadi menantu keluarga ini, mereka melayannya baik sangat. Dia saja yang tidak mengenang jasa.

"Saya minta ampun ummi. Saya minta ampun sebab tinggalkan anak ummi. S-saya..."tidak mampu meneruskan. Dia tahu kata-kata dia tak ada gunanya lagi. Dia berhak menerima herdikan dan makian daripada mulut keluarga ini.

"Ummi tak pernah salahkan Amril.."balasnya sayu. Cukuplah hidup anak menantunya ditimpa ujian. Dia pula siapa yang mahu menghukum?

"Siapa yang datang tu? Suruhlah dia masuk.."suara Haji Hasif pula kedengaran. Bunyi tongkat itu semakin dekat. Rafqi menunduk pasrah. Haji Hasif sudah sampai..

"Eh Amril.."Haji Hasif menyeru nama menantunya. Rafqi angkat kepala. Air mata yang mengalir dibiarkan. Terus kening Haji Hasif berkerut.

"Sudah-sudahlah buat drama depan pintu. Masuklah, pergi makan. Adam ada kata kamu nak datang sini tadi. Mari masuk.."ajak Haji Hasif. Rafqi kerutkan kening. Fulamak, dia buat drama depan pintu? Biar betul ayah mentua dia.

"Tapi.."

"Kami dah tahu semuanya Amril. Jomlah masuk. Takut makanan sejuk. Nanti tak sedap pula"balas Puan Zainon pula. Tak perlu rasanya Rafqi melutut meminta ampun. Semua yang terjadi bukannya salah menantunya. Melainkan itu semua kesalahan orang lain.

Rafqi tersenyum nipis. Perlahan-lahan dia mengangguk tanda setuju. Kasut ditanggalkan sebelum dia melangkah masuk ke dalam. Tangan Haji Hasif disalam terlebih dahulu sebelum duduk  di kerusi.

"Makin tegap badan kamu Amril. Jaga badan ke?"Haji Hasif berkata sambil menepuk-nepuk belakangnya. Terkial-kial Rafqi dibuatnya. Kekok sedikit. Lagipun, sudah lama dia tidak berjumpa dengan mereka.

Dia tersengih. Belakang kepalanya digaru perlahan." Mana ada baba.."

Adam mencebik melihat kelakuan si Rafqi. Lihat dari gaya seperti baru saja berjumpa dengan keluarga mentua. Menyampah lihat kesopanan si sahabat.

"Kau tak payah lah sopan sangat. Meluat aku tengok"Adam menegur. Mula-mula buat drama depan pintu selepas itu jadi menantu malaikat pula. Aduhai, dah kenapa dengan Rafqi ni?

Tajam mata helang itu menikam ke arah si abang ipar. Wah, wah.. kata dia bukan main.

"Kau pun sama lah! Aku bagi ni kang"siku diacah-acah. Mulut tak ada insurance! Kalau tak ada Haji Hasif didepan mata, memang dia pukul si Adam ini.

MR.RAF [COMPLETE]Where stories live. Discover now