BAB 14

197 13 1
                                    

MASING-MASING mendiamkan diri. Langsung tidak bersuara. Hanya bunyi kipas dan televisyen saja yang kedengaran.

Rafqi mengeluh. Pintu bilik Darina dia lihat. Berharap Darina akan baik-baik saja. Perkara yang terjadi ini bukannya sesuatu yang boleh dibuat main. Tapi jujur dia katakan, memang dia geram bila lihat orang yang dia suka diperlakukan seperti itu. Dia pun tak pernah sentuh Darina seperti itu. Lelaki itu melebih pula dah kenapa? Geram betul!

"Amril.."panggil Puan Zainon. Pandangan terus teralih ke arah Puan Zainon yang sudah mengambil tempat disebelahnya. Rafqi hanya tersenyum kelat.

"Darina macam mana ummi? Dia tak apa-apa kan?"tanya Rafqi risau. Gila tak risau bila lihat Darina menangis teresak-esak tadi? Nasib baiklah dia pandai pujuk orang kalau tidak pasti baba akan ingat dia pula yang rogol Darina tu.

Puan Zainon tersenyum.

"Nanti dia keluar. Sekarang ni ummi nak rawat luka tu. Macam sakit aje.Kuat sangat kamu belasah dia"kata Puan Zainon.

Rafqi mengerutkan kening. Secara tidak langsung, dia menundukkan kepala memandang ke arah buku limanya. Mata terus terbeliak besar. Eh, tak perasan pula dia ada luka.

"Sikit aje ni. Setakat luka macam ni saya dah banyak kali kena. Tak ada lah sakit mana pun. Ummi jangan risau ya?"balas Rafqi lembut. Tipulah kalau dia kata luka ini tidak pedih. Sangat pedih tapi salah dia juga.

Siapa suruh belasah muka mamat tu sampai pecah? Tapi akhirnya lihatlah? Mamat tu sudah lari. Tak sempat pula dia mahu kejar. Puan Zainon melepaskan nafas perlahan.

"Kalau macam tu tak apa lah. Kamu rawat aje luka tu sendiri. Ummi bukan apa cuma geram dengan perogol tu. Kalau ummi dapat dia mati ummi kerjakan. Tak pun ummi siat-siat kulit dia sampai lumat! Berani betul perogol tu nak rogol Darina. "rengus puan Zainon tidak puas hati. Tangannya digengam sekuat-kuatnya.

Rafqi pula hanya tersenyum kekok. Aduhai, garang betul ummi ni. Takut pula dia bila dengar. Macam perangai ibu dia dulu.

"Garang betul ummi ni. Patutlah abang Zakuan takut nak pinang Kak Dahlia dulu."Rafqi mengusik Puan Zainon.Puan Zainon mencebik.

"Zakuan tu takut pada baba bukannya ummi. Lagipun, kalau Amril nak masuk meminang Darina nanti jangan cakap pada baba. Takut nanti Amril pula yang lari"balas Puan Zainon. Rafqi mula ketawa kekok. Tapi dalam hati sudah mula berdebar. Takut!

"Kalau saya cakap pasal ni ummi jangan marah Amril ya?"pinta Rafqi secara tiba-tiba. Tangan terus mencubit sesama sendiri. Puan Zainon mengerutkan kening. Macam serius aje bunyinya ni? Ada apa-apa ke?

"Pasal apa ni Amril?"

Rafqi melepaskan keluhan panjang. Baiklah, nak atau tidak dia perlu juga berterus terang. Lagipun, sampai bila dia mahu mendiamkan diri?

Orang kata perkara yang baik jangan dilengah-lengahkan. Tak elok. Sebelum ada perkara buruk terjadi pada Darina lagi, lebih baik dia cop Darina itu cepat.

"Sebenarnya Amril..."

"Ummi.." Darina terlebih dahulu mencantas ayat Rafqi sebentar tadi.

Secara tidak langsung, semua teralih ke arah gadis itu. Darina yang sudah siap berpurdah memandang ke arah Rafqi dengan pandangan tajam. Walaupun berpurdah, dia masih boleh katakan yang gadis itu sedang serius sekarang.

"Ya sayang.. ada apa-apa tak kena pada kamu ke?"Puan Zainon mula bertanya. Darina mengeleng perlahan. Wajah ibunya dilihat.

"Darina cuma nak cakap sesuatu. Kalau ada baba rasanya lagi bagus"balasnya. Puan Zainon mengerutkan kening. Ah sudah, macam perkara penting aje. Tapi dia tidak sempat lagi mahu mendengar apa yang Rafqi mahu cakap tadi. Pasti sesuatu yang mustahak.

MR.RAF [COMPLETE]Where stories live. Discover now