BAB 27

208 9 1
                                    

KERETA Lamborghini putih berhenti di hadapan rumah banglo. Rafqi menjenguk sedikit melihat suasana rumah tersebut. Kad jemputan yang berada di tangan dilihat.

Mengikut alamat di kad jemputan ni, memang betul lah ini rumah Aiman. Nafas ditarik sebelum dia menoleh ke arah Darina yang daripada tadi membetulkan tudung bawalnya. Dia tersenyum kecil.

"Tak payah betulkan tudung tu sayang. Awak dah cantik"Rafqi menegur.

Tidak semena-mena Darina menoleh ke arah Rafqi laju. Daripada pandangan mata, Rafqi dapat lihat yang Darina seperti kusut sekarang. Tidak semena-mena kening Rafqi berkerut.

"Kenapa ni? Sayang nak nangis ke"gelisah apabila melihat matanya mengendur begitu. Tangan lembut itu dia pegang. Ah sudah, tadi bukan main garang dengan dia tapi tengok lah sekarang. Nak menangis pula. Ini ke kerenah orang tengah datang bulan?

Darina mengeleng.

"Tudung saya senget. Abang boleh tunggu sekejap tak? Saya janji tak akan lama"dia memujuk. Rafqi terus ketawa kecil. Kelakar. Rupa-rupanya tudung senget aje. Ingat kan apa lah tadi. Darina suka buat dia risau.

"Untuk sayang, sampai rambut abang beruban pun abang boleh tunggu"Rafqi membalas. Sempat lagi dia mengenyitkan sebelah mata.

Terus Darina menguntum senyuman. Alahai, ingat romantik sangat ke?

"Terima kasih abang. Untung saya dapat suami macam abang"balas Darina. Sempat dia menghadiahkan satu senyuman pada suaminya.

Kini, tumpuannya pada tudung. Selagi masih senget tudung ni, selagi tu dia akan duduk di dalam kereta ni.

"Astagfirullah, degilnya tudung ni"gumam Darina perlahan. Tidak semena-mena Rafqi mengalihkan perhatian kepada Darina. Lah, isteri dia ni dah kenapa marah tudung pula? Tak akan lah dengan tudung pun nak bergaduh?

"Sayang..."

"Hmm.."Darina menyahut. Jarum peniti itu diselitkan di bajunya. Kalau hilang nanti dah jadi satu masalah pula dia mahu mencari nanti.

"Tudung tu masih degil lagi ke?"Rafqi bertanya. Baru 7 minit, dia dah bertanya. Kata nak tunggu sampai beruban. Haih, Rafqi..

Darina terus mengangguk. Sudah 7 minit dia betulkan tapi itulah masih tidak mahu bekerjsama. Apabila melihat Darina mengangguk Rafqi terus melepaskan nafas perlahan.

"Nak abang tolong?"sekali lagi Rafqi bertanya. Kalau mahu biarkan Darina betulkan tudung itu, memang rambut dia akan beruban nanti. Lagipun kesian dia tengok Darina. Daripada tadi, berkerut-kerut kening.

Darina melepaskan keluhan. Wajah suaminya dipandang. "Abang boleh tolong?"Darina melontarkan soalan kembali. Macam tidak percaya. Rafqi nak tolong dia?

"Abang tak akan tanya kalau abang tak boleh buat sayang.."Rafqi mengumam perlahan tetapi cukup untuk hanya dia dan Darina saja yang dengar.

Tanpa menunggu balasan dari dia, lantas dia menarik dagu licin itu sehingga mendekati wajahnya. Awning tudung yang sedikit berkedut itu, dia betulkan sehingga terbentuk kemas.

Darina hanya mendiamkan diri. Matanya memandang ke bawah. Sesekali matanya mencuri-curi memandang wajah suami dia.

"Cantiknya isteri abang harini.."Rafqi berbisik perlahan. Cukup untuk dia mendengarnya.Darina ketawa kecil. Haish, pandai pula suami dia ni bergurau.

"Mana adalah abang ni"balas Darina perlahan. Malu pula. Lagipun dia mana lah mengenakan sebarang alat solek.

Rafqi ketawa kecil. Suka bila menyakat Darina. Tapi, dia puji ikhlas. Darina memang cantik. Lagi-lagi bila tidak mengenakan purdah. Lagilah menguji iman.

MR.RAF [COMPLETE]Where stories live. Discover now