BAB 42

133 13 1
                                    

ENJIN Rafqi hanya mampu melepaskan nafas perlahan. Dokumen ditangannya dicampak ke bahagian penumpang belakang. Macam mana semua ini boleh terjadi?

"Raf, macam mana?"

Rafqi melepaskan nafas kasar. Bibir dimuncung kedepan. Tidak tahu lagi cara apa yang patut. Dia sudah hilang arah.

"Dah semua reject kita balik ajelah. Aku cuba cari kerja guna cara lain"pasrah. Dari pagi sehingga sekarang masih tiada lagi kerja yang dia dapat. Semuanya beri alasan sama. Iaitu sudah penuh.

"Kau tak nak cari tempat lain? Mana lah tahu ada rezeki lain?" balas Adam. Tidak mahu Rafqi berputus asa. Hospital di Malaysia ini bukannya sikit tapi banyak.

Rafqi mengeluh. Rasanya dia cuba cari kerja lain. Lagipun dia sudah tidak mahu bekerja sebagai doktor lagi.

"Tak apa lah. Kalau aku tak ada kerja lagi, aku terpaksa lah kerja dengan Syahriz."senang. Itu pun kalau dia terdesak. Tapi nanti terpaksalah dia jadi macam dulu. Ke mana saja Syahriz pergi, dia perlu ikut. Haih, itu lagi penat.

Adam mengangguk. Kalau macam itu tak apa lah. Dia tidak boleh paksa Rafqi lagi. Sudahlah hari sudah petang. Dia sudah mula penat. Ada baiknya berhenti dahulu.

Baru saja dia mahu memegang stereng, bunyi pintu kereta diketuk oleh seseorang. Kening Adam dan Rafqi berkerut. Langsung pandangan teralih ke arah cermin kereta disebelah kanan mereka.

"Kau kenal ke?"bisik Adam. Wajah ketat Rafqi dipandang. Kalau Rafqi kenal tak apa lah juga. Ini, dia kenal pun tak.

"Entah, aku tak pernah nampak. Kau buka tingkap, biar aku yang tanya"Rafqi mengarah. Penyembur serangga di belakang penumpang belakang dicapai lalu disorokkan.

Takut-takut kalau orang yang memakai serba hitam itu ada niat jahat. Maklumlah, zaman sekarang lelaki dengan lelaki pun bukannya selamat.

Adam hanya menurut arahan. Tingkap kereta dibuka. Lelaki yang memakai serba hitam itu dipandang dengan pandangan pelik. Selepas itu, pandangannya teralih ke arah Rafqi.

"Ya encik, nak apa?"Rafqi bertanya. Rasanya dia tiada musuh pun. Tak akan lah ini musuh Syahriz pula.

"portali fuori "lelaki memakai serba hitam itu tidak menjawab soalan, malah lelaki itu memberikan arahan kepada seseorang. Yang jelas arahan itu bukan untuk dia.

Kening Rafqi berkerut. Bahasa Itali? Tak mungkin diorang ini ada kena mengena dengan dia.

"Oi, kau cakap dengan-"

BUSH!

Tingkap kereta disebelah Rafqi dipecahkan. Selepas itu, pintu kereta dibuka kasar. Tanpa Rafqi sempat melawan, tubuhnya ditarik keluar dari kereta. Secara tidak langsung, botol penyembur serangga itu terlepas dari tangan.

"Oi kau dah gila ke!"jerkah Rafqi. Baru saja dia mahu membuka langkah untuk menyerang, kedua belah tangannya dipegang oleh seseorang. Dia tahu, itu orang yang diarahkan tadi.

"Kau memang nak tengok kawan kau mati?"soal lelaki itu. Tubuh Adam yang sudah tumbang disebelahnya dipijak. Terus Rafqi terdiam. Rahangnya diketap kuat.

"Kau yang akan mati dulu!"jerkah Rafqi kuat. Lelaki yang menahannya dibelakang di tendang kuat. Tanpa teragak-agak, terus kakinya melangkah laju menuju ke arah lelaki dihadapannya.

Tidak sempat mahu menyerang lelaki itu, seorang lelaki berbadan lebih besar darinya menarik kasar tubuh dia. Kedua belah tangannya dipegang erat. Rafqi meronta kasar.

"Kau memang penakut sial!"

Lelaki itu ketawa kecil sebelum melangkah mendekati Rafqi. Rahang Rafqi dicengkam.

MR.RAF [COMPLETE]Where stories live. Discover now