BAB 18

216 14 1
                                    

PINTU bilik dibuka. Sebelum menapak masuk, Rafqi meninjau dahulu. Takut-takut Darina sedang mandi pula. Naya dia nanti. Lagipun, ini kali pertama dia melangkah masuk ke dalam bilik perempuan. Agak janggal sedikit.

Apabila memastikan tiada siapa di dalam bilik, Rafqi terus menapak masuk ke dalam. Jam tangan Rolex diletakkan di atas meja. Tanpa ragu-ragu, butang baju melayu dia dibuka satu per satu.

Setelah semua butang dibuka, lantas dia menanggalkan baju melayu itu dari tubuh. Bahu yang sedikit lenguh dia pegang. Ini salah Sumaiyah lah ni. Nak naik atas bahu pula tadi, habis lenguh bahu dia. Nasib baiklah, dia ini masih kuat.

KLICK!

Rafqi terpaku. Perlahan-lahan dia menoleh ke arah pintu. Membulat mata dia melihat Darina yang terkedu memandangnya. Tapi kali ini gadis itu tidak mengenakan purdah di wajah. Jadi, dengan jelas dia dapat lihat wajah gadis itu buat kali yang kedua.

"A-awak ada.."matanya teralih ke arah tattoo yang berada di dada lelaki itu. Serta merta, dia tergamam. Bagaimana lelaki itu boleh ada tattoo di badan?

"Ada apa?"

Rafqi mengerutkan kening. Apa yang membuatkan gadis itu terkejut? Setelah lama dia berfikir, dia terus menundukkan pandangan ke arah dadanya yang bertattoo berlambang DD. Serta merta dia mengangguk faham.

"Oh, s-saya dah lama ada tattoo ni. Tapi awak jangan fikir bukan-bukan, saya dah cuba tanya baba. Baba kata tak apa kalau tak buang tattoo kalau memudaratkan diri"balas Rafqi. Takut-takut dia memandang ke arah Darina. Yalah mampus dia kalau Darina tiba-tiba aje minta cerai. Kan melepas malam pertama tu.

Darina masih terdiam. Kepalanya ditundukkan kebawah. Jujur, dalam otaknya kini mula berfikiran buruk terhadap lelaki itu.

Namun, bila difikirkan kembali, dia perlukan penjelasan daripada lelaki itu dulu sebelum dia berfikir. Lagipun,lelaki itu suami dia.

"Saya faham awak. Lagipun, tak apa kalau awak masih tak ada lagi keberanian nak buang tattoo tu. Tak apa, saya faham" Darina membalas. Senyuman diberi.

Rafqi tersenyum. Perlahan-lahan dia menapak ke arah Darina. Tapi hairan, Darina tidak berganjak malah masih berdiri tegak di sana. Darina tak takut ke kalau dia cuba buat perkara yang tak elok nanti? Setelah beberapa langkah, dia berhenti di hadapannya.

"Boleh saya sentuh muka awak?"Rafqi meminta izin. Kalau tak boleh tak apa. Itu bukan rezeki dia lah malam ni.

Perlahan-lahan Darina mengangguk membenarkan Rafqi menyentuhnya. Walaupun dia sedikit Teragak-agak. Tak pernah lagi lelaki sentuh wajah dia sebelum ini.

Bila dapat kebenaran, perlahan-lahan tangannya naik menyentuh pipi gadis itu. Bibir terus tersenyum kecil. Seperti tidak percaya saja, dia sudah ada isteri sekarang. Ahaks! Dia dapat sentuh Darina.

"Awak okay bila saya sentuh awak macam ni?"risau takut Darina tidak selesa. Sebelum ini, dia tak pernah ada isteri. Jadi lain sungguh rasa sejak dah berkahwin.

Darina hanya mampu menguntumkan senyuman manis. Sungguh, dia terkedu sekarang. Tidak tahu mahu membalas apa. Sentuhan lelaki itu buat dia rasa selesa sangat.

"Maaf sebab saya balik lambat. Ada hal tadi"balas Rafqi. Perlahan-lahan tangan dia turun dari memegang wajahnya. Kalau sentuh lama-lama nanti takut lain pula jadinya. Bahaya!

Darina tersenyum kecil. Tangan suaminya digengam.

"Tak apa, saya faham. Sudahlah, awak pergilah mandi. Saya siapkan baju awak ya?"balasnya.

Rafqi mengangguk perlahan. Lantas dia menapak ke arah almari untuk mengambil tuala bersih. Selepas itu, terus dia menapak ke dalam bilik mandi.

"Err, a-awak?"Darina memanggil. Serta merta Rafqi menghentikan langkah. Dia terus menoleh ke arah Darina. Kening dia terangkat.

MR.RAF [COMPLETE]Where stories live. Discover now