BAB 15

183 15 0
                                    

DARINA mengetap bibirnya. Ayahnya yang sedang berbual dengan keluarga Rafqi ditinjau. Macam serius aje riak wajah masing-masing. Tapi entah kenapa dia pula yang terasa gugup sekarang.

Sudahlah mood ayahnya tidak baik harini. Tapi apa yang boleh dibuat? Memang ayahnya begitu orangnya. Kalau bab mahu mendapat menantu, pasti ayahnya akan serius sehinggalah malam sebelum nikah.

"Bukan main kacak eh bakal suami kau"sergah Dahlia. Wajah adiknya dipandang sebelum mengalihkan pandangannya ke arah Rafqi yang kekok berbual dengan Haji Hasif.

Tersenyum dia memandang wajah bakal adik iparnya. Comel betul. Nasib baiklah dia sudah kawin kalau tidak sudah lama dia kebas si Rafqi tu dari Darina!

Serta merta Darina melepaskan keluhan panjang. Terkejut dia. Nasib baik tak terkeluar jantung ni.

"Dah tak pandai bagi salam dulu ke Puan Dahlia? Nak Rina ajar balik?"sindir Darina. Kepalanya digeleng beberapa kali sebelum mengalihkan pandangannya ke arah Rafqi kembali. Nak juga dia tahu apa yang terjadi di sana.

Dahlia mencebik. Ceh, ustazah ni ada saja nak ceramah dia. Lagipun setakat bagi salam tu budak sekolah rendah pun pandai buat.

"Alah,kau ni dah kenapa? Daripada tadi mood tak menentu. Kau kena kawin paksa ke ni?"tanya Dahlia.

Serta merta Darina melepaskan nafas perlahan. Bukan kena kawin paksa. Dia nak berkahwin dengan Rafqi tapi dalam masa yang sama dia terasa Rafqi ini bukan untuk dia. Bagi dia, lelaki itu terlalu berperangai seperti kebudak-budakkan. Terasa lain pula nanti.

"Rina memang setuju nak kawin dengan dia tapi..."ayat dia tergantung. Serta merta dia menoleh ke arah Dahlia yang masih menunggu jawapan.

"Tapi apa?"

Darina melepaskan keluhan.

"Akak tak rasa ke perangai dia tak matang? Bukan Rina nak judge dia tapi.."

"Matang atau tidak itu hak dia Darina. Lagipun, kita tak tahu perangai Rafqi tu macam mana? Walaupun nampak aje dia tu lembut orangnya tapi kita tak tahu hati dia keras ke tidak?"Dahlia pantas mencantas. Lengan adiknya digosok.

Secara tidak langsung Darina terdiam. Memori yang terjadi semalam mula bermain di fikirannya. Benar, semalam Rafqi seorang yang menakutkan bila dia lihat wajah bengis lelaki itu. Garang dan sedikit menyeramkan.

"Akak rasa..baba akan terima dia?"Darina memberikan soalan. Dahlia tersenyum. Sudah tentu lah baba akan terima si Rafqi tu. Lagipun, ayahnya pernah beritahu pada dia yang ayah dia suka sangat perwatakan lelaki itu. Jadi secara tidak langsung, pasti mudah untuk Rafqi nanti.

"Baba kan suka dia. Aku yakin sangat baba setuju"balas Dahlia yakin. Mestilah dia yakin sebab dia tidak pernah salah. Darina senyum sumbing. Wajah takut Rafqi dilihat.

"Harap-harap macam tu lah.."

Terus memorinya teringat tentang apa yang dikatakan oleh Haji Hasif pagi tadi. Waktu itu, dia membancuh air teh kegemaran ibunya. Sedang leka membancuh, Haji hasif terus menyapanya.

"Darina.."

Serta merta dia mengalihkan pandangannya ke arah Haji Hasif. Dia menghadiahkan senyuman kecil disebalik purdah.

"Ya baba. Air yang Rina bancuh tak sedap ke? Atau baba nak air lain?"Darina bertanya. Risau juga jika air yang dia bancuh tadi tidak kena dengan tekak ayahnya.

Haji Hasif terus mengeleng. Wajah anaknya dilihat. Dia melepaskan keluhan panjang sebelum menanyakan soalan.

"Kalau anak baba tak nak kawin dengan dia, bagi tahu aje. Baba tak nak Darina terpaksa..."soalan dikeluarkan. Darina terus memberikan senyuman nipis.

MR.RAF [COMPLETE]Where stories live. Discover now