BAB 66

98 6 0
                                    

"SEBULAN? Kau fikir benda ni boleh tangguhkan ke?!"Jerkah Rafqi. Kesabaran dia hampir meletus. Tolonglah. Alasan apa ni! Tak akan lah mahu tunggu kes lain selesai dahulu baru nak selesaikan kes dia?

Lelaki dihadapan mengeluh. "Cari orang bukan senang encik. Sekurang-kurangnya beri kami masa dahulu."

Rafqi merengus kasar. Dia cari orang senang aje masa kerja haram dulu. Tak akan lah tak ada pengodam yang mahir?

"Hei tolonglah! Aku dah bagi bukti pada kau! Tak akan itu pun tak boleh!"jerkahnya. Lelaki itu mengetap rahang. Ini dah melampau.

"Encik, kalau encik tak boleh jaga nada suara encik boleh keluar. Saya tak nak berkasar dengan encik."cuba bersabar. Dia fikir dia seorang saja ke ada masalah? Orang lain lagi besar masalah.

"Aku dah cakap baik-baiklah si– erm!"belum sempat dia mahu mencarut, Syahriz terlebih dahulu menekup mulut Rafqi. Haih, inilah kalau mengamuk. Tak serupa orang dah.

"Saya minta maaf bagi pihak dia tuan. Dia memang baran sikit. Maaf ye. Rif, jom.."balas Syahriz. Dia memberikan tanda hormat sebelum mengheret Rafqi keluar. Nanti tak pasal-pasal pula Rafqi tidur lokap. Apa dia nak jawab pada Darina?

Sampai saja di parking kereta, tubuh tegap Rafqi dilepaskan. Bibir mengeluh. Aduhai, dah jadi bapak orang pun perangai masih budak-budak.

"Kau dah ready nak tidur balai ke?"sinis Syahriz. Badan disandarkan dikereta mazdanya.

"Kau tak nampak ke diorang suruh kita buat apa? Bersabar?! Kau fikir aku dapat bersabar ke kalau orang gila itu nak apa-apakan isteri aku lagi!"jerkah Rafqi. Batu dihadapan ditendang. Geram! Boleh polis itu kata ini kes biasa.

Rifqi yang masih mengendong Syahira itu hanya menjuih bibir.

"Sejak bila kau jadi baran ni? Kau tak nampak ke orang lain tengok kau?"geram juga kadang-kadang. Rafqi main ikut suka hati aje nak marah polis macam itu. Risau kadang-kadang.

Rafqi ketap rahang. Sindiran itu tidak diperdulikan. Panas betul jiwa raga dia bila dengar prosedur tak masuk akal itu.

"Aku tak akan jadi macam ini kalau diorang tak buat aku marah! Sial lah!"rengus Rafqi. Langsung, Syahira merengek akibat suara jerkahan itu. Rafqi tersentak kecil. Laju dia menoleh ke arah si kecil itu.

"Raf, suara."Syahriz menegur. Rafqi memandang wajah empat kanak-kanak yang berada di dalam kereta mazda itu. Nampak dari wajah mereka, dia sudah tahu anak Syahriz dan anak Rifqi takut pada dia.

Perlahan-lahan dia melepaskan nafas perlahan. Sabar Raf. Jangan tunjuk baran depan budak-budak.

Syahriz mengeluh. Si kecil yang berada dalam dokongan Rifqi diambil. Sekarang dah pukul berapa lah pula. Nanti makin mengamuk pula Haura.

"Jomlah balik. Kasihan wife's kita dekat rumah Haji Hasif itu. Nanti diorang tuduh kita kawin lagi pula"balas Syahriz. Tidak mahu membangkitkan lagi baran Rafqi. Dia tahu Rafqi kalau baran boleh meletup balai polis ini sekali lagi.

Rifqi mengangguk tanda setuju. Wajah tegang adiknya dipandang. Terus tangan naik menyentuh belakang badan lelaki itu.

"Kita fikir cara lain. Aku tak rasa dia akan apa-apakan isteri kau."Rifqi cuba memujuk. Tak akan lah sampai esok dia nak berdiri di balai polis ni?

Rafqi mengeluh. Lambat-lambat dia mengangguk. Betul juga itu. Kasihan pula Darina dirumah tanpa dia. Kalau Ammar degil nanti tak pasal-pasal Darina pening kepala.

"Yalah, aku nak duduk belakang."balasnya.  Tanpa membuang masa, dia terus masuk ke dalam perut kereta itu. Empat sekawan kecil yang memandang ke arahnya dihiraukan. Dia tak nak marah orang lagi.

MR.RAF [COMPLETE]Where stories live. Discover now