BAB 10

191 17 0
                                    

DUA HARI KEMUDIAN..

RAFQI mengeluh panjang. Tiga makhluk kecil di hadapannya,dipandang sekilas sebelum tangan naik meraup wajah. Masing-masing mendepakan tangan supaya dapat menghalang dia daripada keluar.

Ya Allah, kenapalah susah sangat anak Syahriz ni nak lepaskan dia pergi? Haritu, dia perlu pujuk Syahriz tapi tak akan lah dia perlu pujuk anak Syahriz pula? Susah betul lah macam ni!

"Uncle dah lambat lah twins, bagilah uncle lalu. Kesian uncle Adam kena tunggu uncle dekat luar tu. Sudahlah harini panas terik"pujuk Rafqi. Berharap sangat tiga makhluk kecil ini boleh bertolak ansur.

Shah mencebik. Bibirnya dimuncungkan.

"Kenapa uncle tak nak bawa kitorang sekali? Kitorang pun nak tolong uncle juga!"rengek Shah. Tangannya masih setia mendepakan tangan walaupun air mata sudah mengalir.

Rafqi  mengaru kepala. Aduh, menangis pula anak orang ni. Susah betul lah macam ni.

"Shah, nanti uncle bawa lah hadiah untuk korang. Uncle pergi sekejap aje. Boleh kan?"Rafqi mula menyusun ayat. Lagipun, anak-anak Syahriz ni semuanya bijak belaka. Tapi tak setanding kebijaksanaan dia.

"Tak boleh!"bantah Sumaiyah pula. Tapi kali ini Sumaiyah berpeluk tubuh. Sekali lagi Rafqi mengeluh. Wajah ketiga-tiga adik beradik itu dipandang sayu. Aduhai, kenapalah susah sangat pujuk mereka kalini?

"Kenapa tak boleh pula Sumaiyah? Uncle nak pergi kampung tu sekejap aje. Bukannya lama pun"Rafqi bertanya. Perlahan-lahan tubuh dia melutut dihadapan adik beradik itu.

"You tak bagitahu lagi kenapa you kena pergi sana. You mesti cakap pada I dulu"balas Sumaiyah.

Rafqi terus terdiam. Lama otak dia memproses untuk berikan jawapan. Tak akan lah dia nak bagitahu tujuan dia ke sana? Pasti mereka akan bahan dia nanti.Tapi, sampai bila dia perlu duduk di sini? Kasihan pula Adam terpaksa tunggu dia lama-lama.

Setelah lama berfikir, Rafqi terus melepaskan keluhan panjang. Nak atau tidak dia terpaksa berikan jawapan.

"Uncle.." Rafqi mengetap bibir. Aduh, malu pula kalau mahu berterus-terang. Tapi dia terpaksa cakap juga. Yalah, sampai bila dia perlu berada di bilik ini? Nanti lambat pula dia sampai sana.

"Uncle apa?"sambung mereka. Tidak semena-mena Rafqi tersengih. Yalah, dia bagitahu sajalah.

"Uncle pergi sana sebab uncle nak.."sengaja Rafqi mengantungkan ayat. Biar berdebar-debar sedikit. Kan seronok. Melihat wajah cemberut adik-beradik itu, Rafqi mula tersenyum kecil.

"Ish, cepatlah cakap! Nanti Syahmi tumbuk muka uncle, baru tau!"rengus Syahmi tidak puas hati. Tangan kecilnya diacah-acah untuk menumbuk wajah lelaki itu.

Ceh, dengan tangan kecil itu, budak itu nak tumbuk muka dia? Silap hari bulan tangan dia yang hinggap wajah budak itu nanti.

"Wah, mulut cantik sikit eh. Kalau kau bukan anak Syahriz, dah lama aku gulaikan kau tahu?"Rafqi mula mengugut. Syahmi tidak gentar sedikit pun. Sempat lagi dia menjelirkan lidah pada Rafqi.

Rafqi mencebik. Ceh, dia  gunting juga lidah budak itu nanti. Macamlah dia tak pernah buat sebelum ni.

"Ish, uncle... you tak payahlah layan Syahmi tu. Cepatlah bagitahu kenapa you pergi sana!"cantas Sumaiyah laju. Tangan kecilnya naik mencekak pingang. Sudah berkurun dia tunggu tapi uncle ni boleh pula ajak bergurau. Sakit betul hati!

Rafqi tersengih. Wajah Sumaiyah dipandang.

"Yalah, uncle pergi sana sebab uncle nak mengorat kakak kesayangan you tu lah"balas Rafqi tanpa berdalih. Tidak semena-mena mata adik beradik itu terbutang. Tangan mereka secara drastik naik menekup mulut. Biar betul?

MR.RAF [COMPLETE]Where stories live. Discover now