BAB 31

168 10 0
                                    

"JANGAN kasar sangat. Kau nak koyakkan kulit dia ke!"selorong suara Rafqi menengking. Wajah perempuan yang bernama Rania itu ditatap geram.

Sudah setengah jam luka itu masih tidak dicuci dengan baik. Sudahlah lagi 20 minit dia perlu ambil Darina di sekolah. Kata Darina, mahu melawat Haura. Perempuan ni pula melambatkan masa lagi dah kenapa?

Rania mencebik. Mulutnya dimuncung ke depan. Rasa nak menangis pun ada juga. Kenapa doktor Rafqi ni garang? Sedangkan perempuan lain doktor itu peramah aje.

"Sorry! I tak sengaja You jangan lah marah I.. "balasnya. Kapas itu ditekan-tekan pada luka di tangan seseorang pesakit perempuan. Riak wajahnya pun Rafqi sudah tahu yang perempuan itu geli. Oh Allah, kenapa hari ni dia nak marah aje?

"Biar aku yang buat lah kalau macam ni gaya kau. Tepi!"rengus Rafqi. Kapas yang berada di tangannya dia tempis kasar. Kalau dibiarkan, memang sudahnya lama dia di sini.

Rania mencebik. Tangannya diusap. Apa salah dia sampai doktor itu marah? Lagipun, baru harini dia dapat berjumpa kembali dengan lelaki itu. Tak akan dah benci kut? Dulu okay aje.

"You.."panggilnya meleret. Rafqi hanya mengendahkan. Tumpuannya hanya pada pesakit saja.

"Sayang. .. you kenapa macam ni ek? Selalunya you okay aje dengan I masa kat Universiti dulu?"tanya Rania tidak puas hati. Tangan langsung berpeluk tubuh.

"Aku okay aje. Kenapa kau tanya"balas Rafqi dingin. Setelah tangan pesakit itu siap dibalut, dia terus mengarahkan jururawat untuk membuat pemeriksaan selanjutnya.

Rania mengeluh. Wajah kacak lelaki itu dipandang. Kenapa lah susah sangat nak bercakap dengan doktor Raf ni sekarang? Makin garang betul.

"You kan selalu manja dengan I. Mana-mana kita pergi, you mesti nak I melekat dengan you.."katanya dengan nada ceria. Lengan Rafqi siap dipeluk lagi.

Perlahan-lahan Rafqi menghela nafas. Rimas betul dia dibuatnya.

"Jadi? Kau nak aku buat apa?"

Rania menguntum senyuman. Langsung, tangannya laju menekup pipi lelaki itu.

"Jom kita jadi macam dulu? You know what?! I dah bersedia nak kawin dengan you tau.."balasnya. Siap tersenyum lagi. Terus Rafqi berdecis. Kedua belah tangannya dia tempis kasar.

"Kau? Nak kita jadi macam dulu?"dengan sinis Rafqi bertanya. Wajahnya dipandang sekilas sebelum dia mengalihkan pandangan ke bawah.

"Yes! Why not? "

Rafqi mengetap rahang kuat. Ya Allah, stresnya dia! Macam mana lah perempuan dihadapan dia ini boleh jadi doktor? Siapa yang daftarkan perempuan ni? Kalau begini lama-lama boleh gila dia dibuatnya.

"No! Aku tak nak. Kau pergilah ber'sayang' dengan lelaki lain. Aku sibuk sekarang"Rafqi menghalau. Laju kaki dia menapak pergi meninggalkan perempuan itu yang masih terkebil-kebil.

Rania berdecis. Langsung dia mengejar jejak langkah lelaki itu.

"Sayang! Listen! You kan selalu panggil i baby dulu? Tak akan lah sekarang you dah benci I?"rengeknya. Dada bidang Rafqi sengaja diusap.

Rafqi merengus geram. Sekali lagi dia menempis tangannya.

"Jangan merepek lah. Kau pergi sambung kerja kau sekarang"arah Rafqi dingin. Langkah dilajukan. Malas mahu melayan kerenah perempuan itu. Tahu nak merepek aje.

Rania mengetap bibir. Wajah lelaki itu dipandang geram. Langsung, dia mengejar kembali langkah lelaki itu.

"Ish you! I tengah cakap ni kan?"keluhnya. Tangan Rafqi ditarik kasar. Serta merta Rafqi menghela nafas perlahan. Laju dia menempis lagi tangannya.

MR.RAF [COMPLETE]Where stories live. Discover now