BAB 12

193 16 0
                                    

LANGIT yang indah bersama dengan burung berkicauan menambahkan lagi suasana ketenangan bagi sesiapa saja yang mahu merawat hati yang tidak tenteram.

Rafqi melepaskan keluhan panjang. Tenangnya suasana. Tak pernah-pernah lagi dia berasa setenang ini. Mungkin keadaan di bandar sangat lain daripada di sini. Yalah, banyak benda perlu fikir. Kalau di sini, dia hanya perlu fikir pasal Darina aje. Nak mengorat pun dia perlu fikir dua tiga kali lagi. Haih, apalah nasib..

Sedang sibuk mengamati suasana, susuk tubuh Darina mencari tumpuan dia. Tidak semena-mena Rafqi tersenyum. Panjang umur gadis itu. Dia baru aje nak jumpa dengan gadis itu nanti. Tapi bila dari jauh, cantik juga suasana ini.

Tanpa membuang masa, Rafqi  mengeluarkan telefon pintar untuk mengambil beberapa gambar sebagai kenangan. Kalau tak dapat tuan badan, dapat gambar pun jadilah.

"Hah! Mengintip."sergah seseorang. Secara tidak langsung, Rafqi menoleh ke arah Adam. Keluhan kecil dilepaskan.

"Kau ni apasal? Buat sakit jantung aje" keluh Rafqi. Tangan naik mengusap dada. Naisb baiklah, tiada sakit jantung. Kalau tidak? Menyingle sampai ke mati.

Adam mencebik. "Eleh, sikit aje pun. Hah, kau tu tengah buat apa? Kenapa ada dekat sini? Healing? "

"Tengah tengok bakal bini"balas Rafqi sambil tersenyum. Selamba. Gambar yang diambil tadi dilihat. Senyuman terus mekar. Cantik. Macam tuan badannya.

Adam tersenyum sinis. Bakal bini lah konon. Lantas dia mengerli ke arah gambar yang diambil. Terus kening dia berkerut.

"Mana kau dapat gambar tu?"tanya Adam. Hairan pula. Tak pernah-pernah pula si Rafqi ini simpan gambar perempuan. Kalau ada pun gambar Sumaiyah.

Rafqi terus tersengih. Bibir dimuncungkan ke arah di mana Darina berada. Serta merta Adam melihat gerangan tersebut. Apabila dia menoleh ke arah gadis itu, dia terkedu. Itu Darina kan? Aik, Rafqi suka adik dia ke? Wah, tak mungkin! Dia salah pandang kut.

"Kau tangkap gambar adik aku dah kenapa? Nak kena sunat?"kasar Adam bertanya. Kalau Rafqi nak mengorat orang lain dia tak kisah tapi ini Darina kut. Habis rosak adik dia nanti.

Rafqi tersenyum sinis.

"Sebelum kau sunatkan aku, kau yang kena sunat dulu."balas Rafqi balik. Telefon pintar itu disimpan ke dalam kocek seluar.

Adam mencebik. Ceh, mentang-mentang pandai silat, ingat dia takut ke? Dia pun boleh silat juga lah! Silat gayung pun boleh.

"Apa motif kau tangkap gambar adik aku ni? Kau nak santau dia eh?"tanya Adam curiga. Matanya dikecilkan cuba menakut-nakutkan Rafqi. Mana lah tahu si rafqi ini ada niat lain. Siapa aje yang tahu kan. Hati orang lain-lain..

Rafqi hanya menjuih bibir. Dia? Nak santau Darina? Rasanya baik dia culik aje si Darina tu daripada santau. Lagipun, buang duit aje. Bukannya dia boleh dapat apa pun kalau dia gunakan kaedah sihir ni.

"Aku kan suka adik kau. Sebab itulah aku tangkap gambar dia. Lagipun, buat apa aku nak santau bakal isteri? Tak elok. Kesian dia kena tanggung sakit"balas Rafqi senada. Wajah terkejut Adam hanya dilihat.

"A-apa?"Adam mula terkejut. Tangannya naik menekup mulut. Tak percaya dengan apa yang lelaki itu katakan tadi. Rafqi suka Darina? Oh no! Dia tak akan sesekali benarkan itu terjadi.

Rafqi tersenyum. Lantas bahu Adam dia tarik.

"Yes bro. I already fall in love with her. "balas Rafqi sambil tersenyum. Bahu Adam ditepuk beberapa kali.

"Kau jangan nak main-main dengan aku. Kalau baba tahu, habis kau dia kerjakan."Adam mengugut. Rafqi pula hanya tayangkan wajah tenang. Lagipun, Haji Hasif baik dengan dia. Jadi, rasanya agak mudah kalau dia beritahu lelaki itu pasal ini.

MR.RAF [COMPLETE]Where stories live. Discover now