BAB 5

207 15 0
                                    

MULUT terkumat kamit berselawat selepas solat. Matanya terpejam seketika. Selang beberapa minit, matanya teralih ke arah telefon bimbit yang berbunyi menandakan ada panggilan masuk.

Darina mengerutkan kening. Jam di dinding dilihat sekilas. Sekarang sudah pukul 3 pagi. Siapa pula yang telefon dia dalam waktu sekarang? Nombor pula tidak dikenali pula tu. Lantak lah. Tak penting rasanya. Telefon canggihnya terus diletakkan di atas katil kembali. Selepas itu, dia terus melipat telekung dan sejadahnya.

TING!

Bunyi notification telefon berbunyi menandakan mesej masuk. Tanpa ragu-ragu Darina terus melihat mesej tersebut. Wajahnya terus pucat melihat isi mesej tersebut. Ya Allah, apa ni!

- Aku rindu kau Darina. Bila kau nak jadi milik aku?

Telefon canggih milik Darina terus dicampak ke arah katilnya. Seram! Naik bulu romanya. Siapa pula yang mesej dia ni?

"Astagfirullah al-Azim. Ya Allah, apa yang dia nak"keluh Darina seorang diri. Tanpa membalas nombor tidak dikenali itu disekat. Dia berharap tiada yang akan ganggu dia lagi selepas ini. Setelah beberapa minit, Darina terus mengelengkan kepalanya. Lupakan saja semua tu. Tak akan ada apa-apa yang terjadi nanti.

"Sabar Darina. Dia tak akan ganggu kau lagi"gumam Darina sendirian. Dia yakin orang itu tak akan lakukan apa-apa. Baru saja dia mahu menapak ke arah pintu, matanya secara tidak langsung teralih ke arah kad yang berada di atas meja bersebelahan dengannya. Keningnya terus bercamtum. Kalau tak salah ingat kad itu dari...

"Ini kad saya. Kalau perlukan bantuan, hubungi saja saya."

Ya. Itu dari doktor lelaki yang selamatkannya pagi tadi. Kad itu pun dia sudah lama dapat. Lebih kurang tahun lepas? Nama yang tertera di lihat. Kening Darina berkerut sedikit saat membaca.

Muhamad Amril Rafqi Haris Bin Muhamad Ahmad.

Nama tersebut dibaca perlahan. Darina menguntum senyuman. Sedap betul nama. Sama macam orangnya. Kacak. Tapi bila dia lihat kembali wajah lelaki itu, dia seperti teringat seseorang. Rasanya dia pernah nampak wajah lelaki itu tapi dia tidak pasti pula di mana dia jumpa. Hmm, mungkin pernah  terserempak? Boleh jadi.

Kad itu hanya dibelek saja. Rasanya tidak penting kut. Lagipun, lelaki itu tidak penting dalam hidupnya. Tapi.. dengan izin Allah, mungkin dia boleh berjumpa lagi dengan doktor lelaki itu?

"In sya Allah kalau ada jodoh kita jumpa lagi Doktor Rafqi."























TELEFON canggih milik Rafqi berbunyi menandakan ada panggilan masuk. Dia merengus kasar. Lantas dia menutup telinga dia menggunakan bantal yang ada di sebelah. Tapi malangnya, telefon itu tidak berhenti berdering daripada tadi.

Secara tidak langsung, Rafqi mengetap kuat gigi. Haish, dia nak tidur pun tak senang. Ada saja benda nak ganggu.Dengan perasaan sebal, panggilan telefon itu dijawab.

"Hello"sapa Rafqi malas. Suara dia kini  tengelam timbul. Mulut dia berat sangat mahu bercakap. Senang kata, dia malas!

"Weh Raf, kau masih tidur lagi ke?"Suara Adam kedengaran di corong telefon. Rafqi hanya mengumam. Mata dia masih tertutup. Mengantuk!

Adam terus mengelengkan kepalanya. Ish, lelaki itu sudah lupa sesuatu ke?

"Oi bodoh. Kau tak ingat ke harini kita sepatutnya pergi mana?"marah Adam. Secara Automatik Rafqi terus menjarakkan telefon dia dari telinga. Bingit!

"Aku datang hospital lambat harini. Aku kan shift malam"suara dia serak basah akibat baru lepas bangun tidur.

Tangan Adam terus menampar dahinya. Aduhai, lelaki itu memang nahas dia kerjakan nanti. Tak sangka pula lelaki itu lupa bahawa hari ini adalah hari penting. Bagaimana mahu memulakan kalau orang penting tiada? Haish, menyusahkan betul lah anak Ahmad ni!

"Oi setan. Sekarang ni kita ada slot dengan sekolah menengah! Kau sudah lupa ke?!"tengking Adam. Suaranya dikuatkan. Lantaklah kalau ada budak anggap dia gila sekalipun. Apa dia kisah? Budak sekolah menengah saja pun!

"Alah slot sekolah mene- eh apa?"terus terbangun Rafqi dibuatnya. Mata dia secara automatik segar. Aduh! Dia lupa pula. Jam di dinding dilihat. Nasib baik baru pukul 8 pagi kalau tidak? Habislah.

"Kau tunggu sana dulu, aku akan gerak sekarang. Tunggu tau! Bye!"kata Rafqi. Panggilan terus diputuskan. Laju tangan diamenyambar tuala. Baju t-shirt yanh tersarung dibadan, terus ditanggalkan.

Apabila melihat ke arah cermin, Rafqi terus membulatkan matanya. Tangan dia secara tidak langsung memegang wajah. Wajah dia yang sepatutnya kacak kini lain pula jadi. Dengan lipstick di bibir. Mata dia pula hitam seperti panda. Comot pula tu! Diatidak pasti ini bahan apa tapi dia kenal ini kerja siapa. Ini tak lain mesti...

"Haish, SUMAIYAH!"bergema suara Rafqi menjerit. Tangan dia cuba memadamkan make-up di wajah tapi tidak berjaya. Apasal susah sangat nak hilang? Ini make up ke arang! Argh, stresnya dia!

"Kau tunggu kau Mayah. Memang nak kena betul lah!"

MR.RAF [COMPLETE]Where stories live. Discover now