BAB 50

211 9 1
                                    

USAI siap menukar baju, terus Rafqi melangkah menuju ke ruang tamu. Kelibat Darina cuba dicari. Takut-takut wanita kesayangan dia ada lakukan sesuatu. Dah berat hati dia mahu pergi. Lagipun bahaya juga bila dia sudah dekat dengan wanita itu sekarang. Seperti tidak mahu rengang langsung.

"Sayang..."seru Rafqi. Tetapi tiada langsung sahutan. Terus keningnya berkerut. Mana pula Darina ni?

"Sayang abang... awak dekat mana?"kaki melangkah pula menuju ke arah dapur. Mana lah tahu Darina memasak sesuatu? Dia perlu pergi segera sekarang. Kalau tidak pasti pekerja di sana akan mula curiga dengannya nanti.

"Sayang.."kaki diatur pula menuju ke arah ruang tamu. Bilik tetamu yang tidak jauh darinya dituju. Buka saja pintu, tubuh kecil itu sedang duduk di atas kerusi. Bibir terus tersenyum.

"Kenapa tak sahut abang panggil tadi sayang?"risau sungguh dia tadi. Kalau Darina keluar rumah tanpa pengetahuan dia tadi memang dia cari satu dunia. Aih, Darina suka buat dia macam ni.

"Abang nak pergi mana?"kening halus itu berkerut apabila pandangannya jatuh ke arah baju. Riak wajah itu seperti tidak suka dengan apa yang berada di hadapan.

Rafqi tersenyum. Kepala itu dibelai lembut. "Abang kena—"

"Abang nak tinggalkan saya lagi?"

Terus Rafqi terdiam. Melihat mata bundar itu mula berkaca, hatinya terasa serba salah. Inilah yang dia tidak gemar. Hati dia mudah goyah bila berdekatan dengan Darina.

"S-sayang.."suara garau itu mula memujuk. Apabila tangannya mahu naik menyentuh pipi mulus itu, Darina terus menempis lembut.

Dari duduk, perlahan-lahan Darina cuba bangkit. Anak matanya menatap wajah kacak itu. Sedikit pun pandangan tidak dialihkan.

"Abang memang tak sayang saya dengan baby ke?"

Rafqi tersentak. Terkebil-kebil matanya memandang ke arah Darina. Mestilah dia sayang isteri dan anak dia. Mustahil perasaan benci mula ada di dalam hati dia.

"Sayang, ab—"

"Kalau abang sayang saya, bagitahu apa yang abang sorokkan dari saya selama ni."bukan permintaan tetapi perintah. Dia tahu, pasti ada sesuatu yang terjadi. Rafqi bukan lelaki seperti ini. Dia kenal suami dia macam mana.

"Tak ada apa yang penting untuk sayang tahu tapi tolong..."perlahan suara itu berkata. Tangan lembut itu ditarik masuk ke dalam gengamannya. Cincin emas yang berkilauan itu ditenung sayu.

"Percaya pada abang.."

Darina mendiamkan diri. Bibir diketap rapat. Jari jemari kasar itu ditenung. Aduhai, kenapa situasi begini terjadi sekarang? Kenapa berat sangat dugaan ini?

"Saya selalu percaya abang.."balasnya perlahan. Tangan besar itu dipegang. Tidak tahu sama ada selepas ini dia dapat menyentuh tangan ini lagi atau tidak.

Rafqi tersenyum nipis. Perlahan-lahan tubuh itu ditarik sehingga masuk ke dalam dakapan. Belakang badan Darina digosok lembut. Melepaskan rindu sekali lagi. Dia tahu selepas ini dia pasti akan rindukan gadis itu.

"Abang janji abang pergi tak lama. Selesai saja masalah, kita akan hidup macam dulu.."lembut suara itu berkata. Darina hanya tersenyum nipis. Dia angkat wajah. Memandang wajah kacak itu.

"Dengan baby kita?"

Rafqi mengangguk perlahan. Rambut yang sedikit kusut itu dibetulkan. Umbun-umbun Darina dicium lembut.

"Ya sayang, dengan baby kita.."

Darina tersenyum. Matanya perlahan-lahan tertutup. Menikmati wangian maskulin milik Rafqi. Rindu sungguh dia dengan wangian ini. Kalau dulu, dia selalu cium baju Rafqi buat lepas rindu. Sekarang, sudah ada lelaki kesayangan di depan mata.

MR.RAF [COMPLETE]Where stories live. Discover now