BAB 44

154 11 0
                                    

TUBUH tegap yang berdiri tegak di hadapan cermin itu dipandang dari belakang. Daripada tadi tubuh tegap itu menilik sesuatu di cermin. Tak akan lah tilik badan sendiri?

"Sayang.."suara maskulin itu menegurnya. Secara tidak langsung, Darina tersentak. Laju pandangannya teralih ke arah suara. Wajah kacak itu dipandang.

"Ya abang.."bibir tersenyum kecil. Tanpa dipinta dia menapak ke arah gerangan tersebut. Kolar baju kemeja itu dibetulkan. Kalau nak cari kerja, mestilah perlu kemas.

Rafqi hanya membiarkan. Tangannya turun melingkari pingang ramping itu. Mata hijau tua itu memerhati tindak tanduk si isteri.

"Abang betul-betul nak pergi sekarang?"Darina bertanya. Tidak tahu kenapa, tetapi dia berasa tidak sedap hati.

Rafqi mengangguk. Dahi licin itu dicium sekilas. "Abang pergi sekejap okay. Kalau tak ada rezeki, abang terus balik"

Darina mengangguk perlahan. Tangan Rafqi disalam terlebih dahulu sebelum kepalanya naik memandang wajah kacak itu buat kali terakhir. Bibir dimuncung kedepan.

Wajah itu ditatap lama. Seperti ini memang benar-benar kali terakhir dia akan menatap wajah itu.

"Abang jangan tinggalkan saya lama-lama "balas Darina. Tangan itu digengam erat. Seperti tidak mahu dilepaskan. Entah kenapa dia bertindak seperti ini.

Rafqi tersenyum. Pipi kiri dan kanan Darina dicium lembut sebelum bibirnya sekali lagi jatuh di dahi Darina. Tidak lama, dia angkat kembali wajahnya.

"Ya sayang, abang pergi sekejap aje."pipi lembut itu diusap perlahan. Kemudian, pandangannya beralih ke arah perut kempis itu. Lama dia tenung ke arah itu.

"Abang tak akan tinggalkan sayang dengan bakal anak kita lama-lama. Kalau ada apa-apa, mesej abang. Okay?"

Lambat-lambat Darina mengangguk. Dia tersenyum nipis.

"Okay abang.."

Pagi tadi..

Itu kali terakhir dia melihat wajah suami dia tersenyum.

Itu kali terakhir dia dapat merasakan kehangatan kasih sayang suami dia.

Dan kenapa?

Rafqi tidak balik daripada tadi? Di hospital ini hanya ada tubuh Adam yang terkaku lemah di dalam bilik ward. Tapi mana tubuh suami dia?

Kenapa Rafqi tidak balik ke pangkuan dia lagi? Rafqi tak rindukan dia ke?

Darina mengetap bibirnya disebalik purdah. Air mata sudah tidak mampu lagi mengeluarkan air mata. Kedua belah tangannya tidak berhenti mencubit sesama sendiri. Cuba menenangkan hati yang sedang gelisah.

Di dalam hati, dia cuba berzikir dan berselawat. Dia tahu, apa yang doktor kata itu tidak benar.

Rafqi masih hidup.

Di dalam gengaman, cincin silver milik Rafqi ditilik. Air mata yang bertakung itu cuba ditahan. Dia tidak boleh lemah. Rafqi sudah janji dengan dia.

Janji yang suami dia akan selalu berada di sisi dia. Dia tahu Rafqi pasti akan kembali padanya. Suami dia..

Tak pernah mungkir janji.

"Darina.."seru Haura perlahan. Wajah yang ditutupi purdah itu dipandang sayu. Habis, purdah Darina basah dek kerana dibasahi oleh air mata. Kasihan Darina, baru saja mendirikan rumah tangga sudah ada pelbagai rintangan.

Darina tersentak kecil. Kepala diangkat memandang ke arah wajah cantik milik gadis itu. Dia tersenyum tipis.

"Eh Haura. Duduklah.."tempat kosong disebelahnya ditepuk perlahan. Menyuruh wanita itu duduk di situ. Lagipun Haura pasti penat. Sudahlah sanggup datang di sini malam-malam begini.

MR.RAF [COMPLETE]Where stories live. Discover now