بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ
Satu kisah gadis yang sanggup berjuang demi keluarganya.
Sebaris namanya menjadi sejarah hidup buat Shah Ismael.
Nur Qamariah diberi. Cantik dan sopan orangnya. Adabnya membuatkan orang disekeliling nya berasa senang dengan Qamariah.
" Bapak. Aku suka akan bulan. Permintaan terakhirku, aku mahu melihat bulan dengan jelas dan dekat. Bawalah aku naik ke atas sana untuk melihat bulan. Sesungguhnya, itu permintaan terakhirku."- Nur Qamariah
Shah Ismael. Demi melangsaikan hutangnya, anak sulungnya menjadi rebutan. Namun, selepas berkali-kali usaha Luqman untuk mendekati Qamariah, namun tidak ada hasilnya. Namun, dia redha setelah Luqman tidak mahu mengambil Qamariah darinya. Itu pun buat dia lega.
Luqman Al-Falaq. Dirinya redha jika tidak dapat gadis itu. Dia percaya kuasa Tuhan. Jadi, dia melepaskan sahaja gadis itu demi kebahagian gadis itu.
Selepas baik hubungan mereka, mereka berjadi kawan. Qamariah selalu mengajar Luqman tentang agama. Namun, dengan sifat hasad dengki manusia, dia dan Luqman difitnah."Bagaimana boleh terjadi begitu? Allahuakbar!"- Nur Qamariah
"Kenapa perlu jatuh, andai kau boleh berdiri semula?"- Luqman Al-Falaq
Bahagianya dulu seorang gadis bernama Qamariah kini hilang kebahagiaannya apabila difitnah. Untuk mengelak fitnah itu mulai tersebar, mereka membuat perhitungan untuk berkahwin.
"Izinkan aku memperbetulkan keadaan ini."- Luqman Al-Falaq
Selepas sahaja kahwin, makin banyak ujian Qamariah pula. Adiknya memfitnahnya, suaminya meninggal dunia, penduduk kampung menghina cacinya dan tinggallah bapaknya sahaja. Dengan itu dan terpaksanya, Shah Ismel perlu menyorokkan Qamariah. Jauh dari kampung mereka dan tempat orang kampung yang susah untuk mencari.
"Wahai anak kesayanganku, Qamariah. Aku harus menyorokkanmu disuatu tempat kerana aku mahu kau hidup tenang tanpa gangguan penduduk kampung."- Shah Ismael.
"Aku tahu akan hal itu, bapak. Tetapi kau mahu sorokkan ku kemana? Bagaimanakah aku mahu melihat bulan lagi?"- Nur Qamariah.
Mendengar hal itu, membuatkan Shah Ismael mengeluh. Dimana dia harus mencari tempat yang tersorok dan Qamariah dapat melihat bulan?
Usai berhari-hari mencari, Shah Ismael mendapat berita dari teman baiknya bahawa ada satu tempat di puncuk gunung yang boleh melihat bulan dengan lebih jelas dan lebih dekat. Di situ terdapat satu gua. Bolehlah Qamariah berteduh disana dan melihat bulan.
"Maafkan aku anakku, Qamariah. Aku hanya mahu kau terlihat bahagia." Shah Ismael
"Tidak mengapa, bapakku. Aku redha dengan takdir ku ini. Sekali-sekala, aku dapat melihat bulan lebih dekat dan lebih jelas walaupun kau tidak dapat menunaikan permintaan terakhir aku iaitu membawaku ke bulan."- Nur Qamariah
Mendengar ujaran itu, air mata Shah Ismael menitis.
بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ
Dengan ini, 𝗚𝗔𝗗𝗜𝗦 𝗣𝗨𝗝𝗔𝗔𝗡 𝗕𝗨𝗟𝗔𝗡 membuka tirai.
Start : 29/9/2023
End : 15/9/2024
Insya Allah saya akan selitkan legenda Mahsuri, legenda Puteri Lindungan Bulan dan legenda Bawang Merah dah Bawang Putih. Pasal agama saya selitkan juga.Happy reading!
YOU ARE READING
𝗚𝗔𝗗𝗜𝗦 𝗣𝗨𝗝𝗔𝗔𝗡 𝗕𝗨𝗟𝗔𝗡
Historical FictionSatu kisah wanita yang sanggup berjuang demi keluarganya sendiri. "Wahai bulan, walaupun seterang mana cahayamu, janganlah engkau sinarkan cahayamu kepada tempat persembunyian anakku." - Shah Ismael "Kalau Qamar sedih, pasti Qamar akan melihat bulan...