26

27 3 2
                                    

"Abang?"

"Mana suami aku pergi ni?" bisik hatinya. Mundar-mandir dia didalam bilik mencari Luqman.

Apabila tidak jumpa Luqman didalam bilik, dia membuat keputusan untuk mencari di ruang tamu.

"Abang?"

Haih! Kenapa suaminya tidur di sini? Baru ingat nak ajak solat Subuh di masjid. Dia sudah bangun awal pagi semata-mata ingin ke masjid bersama suaminya pada hari Jumaat yang barakah ini.

"Abang." sekali lagi dia memanggil suaminya namun tiada sahutan dari Luqman.

Qamariah panik. Takkanlah—

"Abang!" Qamariah menggerak-gerakkan bahu Luqman, namun langsung tiada balasan.

Qamariah menjatuhkan kepala keatas dada Luqman. Dia berharap sangat yang jantung Luqman tidak akan berhenti.

Terduduk Qamariah disisi kusyen. Suaminya! Suaminya sudah tiada.

"Abang! Bangunlah. Kenapa buat Qamar begini. Qamar tak sanggup abang tinggalkan Qamar dekat dunia keseorangan. Abang, bawalah Qamar ikut abang sekali." luah Qamariah di tepi sisi Luqman.

Namun, dia tahu. Setiap apa yang dia luahkan, Luqman takkan dapat membalas kembali.

Air matanya mengalir jua walaupun dia sudah tahan. Dia tak kuat!

'Ya Allah! Aku tak kuat.' bisik hatinya.







"Sabar, Qamar." sedaya upaya Shah Ismael menenangkan anak sulungnya.

"Tak, bapak. Allah dah ambil Luqman. Nanti Allah akan ambil siapa pula?"

Terdiam Shah Ismael.

Selepas arwah Luqman dikuburkan di tanah perkuburan tadi, tidak berhenti air mata Qamariah jatuh kerana orang yang dia cintai.

Dan di rumah Shah Ismael lah dia duduk bagi tidak mengenang kisah mereka di rumah Luqman.

"Qamar. Setiap yang bernyawa pasti akan mati juga. Kita tak boleh tentu ajal kita sendiri. Bapak tahu Qamar perit untuk terima ujian dari Allah ini. Tapi ingatlah! Allah uji kita sebab dia sayang. Luqman bukan milik Qamar, tapi milik Allah. Semuanya datang dari Allah dan kembali kepada Allah. Bapak tahu Qamar sedih sangat dengan pemergian arwah Luqman. Tapi, simpan elok-elok di hati Qamar. Dengan pemergian arwah tak bermakna Qamar tak boleh ingat arwah. Qamar boleh doakan arwah. Qamar tahu kan semua orang yang meninggal akan diputuskan amalannya kecuali ada yang mendoakannya? Dengan itu juga, Qamar boleh doakan arwah agar tanda Qamar ingat arwah. Kematian itu bak 'Alif Lam Mim' yang beerti hanya Allah seorang yang tahu. Tak memandang usia, paras dan waktu. Ingat satu ayat Al-Quran ni. ' Di mana sahaja kamu berada, kematian pasti akan menghampirimu, meski kamu berlindung di dalam sebuah benteng yang sangat tinggi dan kukuh.' - (Q.S Al-Baqarah : 156) " panjang lebar Shah Ismael memujuk anak sulungnya.

"T—terima kasih, bapak. Terima kasih sangat-sangat beri kata-kata yang membuatkan Qamar masih lagi berdiri dekat sini." ucap Qamariah. Dia bersyukur sangat ada ayah yang sangat memahaminya.

Shah Ismael senyum kecil. "Sama-sama, nak. Bapak sentiasa akan ada bersama dengan Qamariah walau Qamar jatuh."

Qamariah senyum nipis.

"Bapak keluar dulu ye? Kalau ada apa-apa, panggil bapak di bilik." ujar Shah Ismael sebelum keluar dari bilik Qamariah.

"Baik, bapak." balas Qamariah

Seketika dia termenung. Dia rindukan Luqman.

Allah. Kenapa terlalu sakit kehilangan orang yang cinta sepenuh mati dekat kita?

'Berbahagialah abang. Qamar disini baik-baik sahaja.'

TBC

Bagi dunia, kamu mungkin seorang billioner, selebriti atau tokoh penting. Tapi, bagi malaikat maut, kamu tidak lain hanyalah sebuah nama yang sudah ada dalam daftar.

fuhh! akhirnya, siap pun bab ni. hehe tak sakit pun part ni 😚

𝗚𝗔𝗗𝗜𝗦 𝗣𝗨𝗝𝗔𝗔𝗡 𝗕𝗨𝗟𝗔𝗡Where stories live. Discover now