24

32 4 0
                                    

"Abang. Abang okay tak ni?" soal Qamariah melihat Luqman sedang muntah didalam singki.

Setelah berkumur-kumur dan mengelap mulutnya, Luqman menjawab soalan sang isteri.

"Abang okay, sayang." jawab Luqman bersama senyuman. Qamariah mengeluh.

"Abang jangan nak tipu saya boleh tak? Qamar risau lah." sayu sahaja ujaran Qamariah.

Luqman senyum manis. Dia mengomol sekejap pipi sang isteri.

"Jangan risau. Abang okay. Biasalah batuk kan?"

"Tapi Qamar risau tentang penyakit abang." terus Luqman senyum pahit.

"Takpa, Qamar. Serahkan semuanya kepada Allah." dia mengelus kepala Qamariah.

Qamariah menghela nafas.

Luqman menepuk bantal yang berada disebelahnya.

Faham dengan tindakan Luqman,  Qamariah terus melabuhkan kepalanya ke bantal yang ditepuk Luqman tadi.

"Abang."

Luqman berpaling kearah Qamariah.

Mata mereka berlanggar seketika. Dalam masa yang sama, Luqman dan Qamariah mengambil sedikit masa untuk merenung sesama sendiri.

Mereka bagaikan di dalam dunia sendiri.

Qamariah menunduk setelah lima minit mereka bertatapan mata seketika tadi.

Berbahang wajahnya manakala Luqman senyum senget.

Malu lah tu!

"Abang, dah lama abang tak kongsi hadis dengan Qamar."

"Oh, ye eh? Itulah, last pun sebulan lalu kan? Hm, kejap. Abang ambil buku nota dengan sketch book abang dahulu."

Qamariah menjungkit kening.

"Abang nak buat apa dengan buku nota dengan sketch book?" soal Qamariah pelik. Ya lah, orang suruh share hadis,  bukannya ambil buku nota dan sketch book.

"Adalah. Kejap eh, sayang."

Qamariah mengangguk kepala sebelum terhenti sekejap kelakuannya.

Eh, sayang? Sayang?!

Merah kedua pipi Qamariah.

Qamariah acah cool setibanya Luqman kembali ke katil.

"Eh? Kenapa ada pen, pensil bagai ni?" tanya Qamariah.

"Hehe. Sketch book untuk lukis muka sayang dan buku nota ni ada banyak hadis yang abang tulis supaya kalau abang takda nanti bolehlah sayang baca, kan?"

Terdiam seketika Qamariah.

"Apa abang cakap ni? Tak baik lah." terasa lain apabila Luqman mengata begitu.

"Yelah, abang nak lain dari orang lain. Selalunya orang lain buat diary kan kalau seseorang tu tinggalkan dia or kata-kata istimewa untuk dia? But, abang buatlah hadis. Baru rare."

Qamariah kerut dahi. "Hisy, abang tak payah nak merepek lah malam ni. Qamar tak suka lah!"

"Iya lah, sayang. Abang tak cakap pasal tu lagi. Tadi sayang kata nak suruh abang share hadis kan? Meh sini abang bacakan." Luqman membuka buku notanya dan membelek kertas buku nota itu.

"Okay, first sekali... “Zuhudlah di dunia, maka Allah akan mencintai dirimu! Dan zuhudlah dengan apa yang telah dimiliki oleh manusia, maka engkau akan dicintai manusia.” (HR. Ibnu Majah, 4/156-157)"

"Eh, kejap! Apa maksud zuhud abang?" celah Qamariah.

"Zuhud tu berpaling daripada sesuatu perkara atau meninggalkan sesuatu perkara yang tidak penting atau menghindari daripada kesusahan atau perkara yang tidak bermanfaat." terang Luqman. Dia tersenyum seketika melihat Qamariah yang sedang mengangguk kepala itu.

Comel!

"Lagi, abang. Lagi dua, hehe."

"Boleh, sayang." sambil-sambil dia membaca hadis, sambil-sambil itulah dia mengambil peluang untuk melukis wajah Qamariah.

"Dari Abu Hurairah, bahwa Rasulullah SAW bersabda, “Jika salah seorang di antara kalian berdoa, maka perbesarlah keinginannya. Sebab tidak ada yang besar di sisi Allah” (HR, Ahmad)"

"Satu lagi... Dari Abu Hurairah, bahwa Rasulullah SAW bersabda, “Tidak ada sesuatu yang lebih mulia di mata Allah berbanding doa.” (HR Ahmad, Tarmidzi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban)”

"Oh! Terima kasih abang, share ilmu dekat Qamar." ceria sahaja suaranya.

"Sama-sama kasih, sayang. Semua buat sayang, abang turuti."

Qamariah senyum malu.

"Okay, dah siap lukisan abang."

"Wah! Cantiknya! Tapi kenapa wajah dia tutup dengan topeng sambil baca buku?"

"Sebab disebalik topeng tersebut, perempuan itu sedang menyorokkan mukanya yang sedang menangis."

"Kenapa dia menangis, abang?" tanya Qamariah.

Luqman senyum lembut, sambil mengelus kepala Qamariah.

"Sebab dia teringat seorang lelaki apabila dia membaca buku tersebut."

"Oh, agak-agaknya, apa lelaki tu tulis eh?"

"Entahlah, sayang. Abang tak terfikir pun tentang tu. Setiap kali abang lukis, wajah sayang je terbayang."

"Eii, sweet talker lah abang ni!"

"Eh, betul lah sayang."

"Siapa?"

"Apa yang siapa?" soal Luqman sambil kerut dahi.

"Siapa tanya! Hahaha." tercetus tawa Qamariah apabila melihat wajah masam Luqman.

"Main-main kan, sayang ni!" terus di geletek perut Qamariah.

"Abang! Janganlah. Hahaha!"

Luqman senyum sahaja.

TBC

akhirnya , update juga HAHAHA. masa tengah tulis, pening betul kepala ni 🙃

𝗚𝗔𝗗𝗜𝗦 𝗣𝗨𝗝𝗔𝗔𝗡 𝗕𝗨𝗟𝗔𝗡Where stories live. Discover now