Sabihah menatap potret keluarganya di dinding. Potret itu memaparkan senyuman mereka sekeluarga yang sangat bahagia. Wajah mereka bersinar dengan kebahagiaan, tetapi Sabihah tahu betapa dia telah menyakiti mereka di masa lalu.
Setiap kali dia melihat gambar itu, rasa bersalah menghantui dirinya seperti bayangan kelam yang tidak mahu hilang.
Dulu, dia sering bersikap kasar terhadap Qamariah dan Shah Ismael dan Sabihah meremehkan kebaikan Shah Ismael serta selalu beradu mulut dengan Qamariah.
Sabihah sering merasa dirinya lebih berhak dan bertindak seolah-olah dunia hanya berputar di sekelilingnya.
Setiap nasihat yang Shah Ismael berikan dianggap lelucon, dan kasih sayang Qamariah selalu dibalas dengan ejekan dingin.
"Aku tak perlukan korang," dulu ayat itulah yang pernah meniti di bibir Sabihah dalam keadaan marah. Suatu kalimat yang kini menghancurkan jiwanya.
Kini, mereka sudah tiada. Shah Ismael yang dulu menjadi pelindungnya, dan Qamariah, kakak yang selalu menjaga aib dan maruah dirinya telah pergi meninggalkan Sabihah buat selama-lamanya.
Kesedihan tidak lagi menjadi beban satu-satunya kepada dia tetapi sebuah penyesalan yang dalam sedang membelit hati Sabihah.
Setiap malam, dia teringatkan semua kata-kata pedas yang dia pernah lontarkan dahulu kepada mereka.
Sabihah berharap dia boleh menarik kembali setiap kata-katanya, tetapi waktu tidak akan pernah memberinya kesempatan tersebut.
Tok
Tok
TokKetukan dari luar rumah menyentakkan lamunan jauh Sabihah. Dengan berat hati, kakinya melangkah ke arah pintu.
Pintu dibuka dan terpampang wajah Ahmad.
"Apa yang kau nak? Kalau nak duit ak-" belum sempat menghabiskan ayatnya, Ahmad terlebih dahulu memotong.
Dia mendapati Sabihah yang duduk di pangkin berdekatan dengan sawah padi yang terbentang luas di hadapan mereka. Dia melihat Sabihah yang menundukkan kepala seolah-olah dunia sudah tidak ada maknanya lagi.
Kesian Sabihah.
"Tak, Biha. Aku cuma nak tanya khabar kau sahaja. Sabihah, bagaimana kau hari ini?" tanya Ahmad lembut.
"Macam yang kau lihat. Aku okay je." Ahmad tahu disebalik ayat tersebut, sebenarnya Sabihah banyak menderita.
Air matanya jatuh mengalir lagi. Seminggu ini, sudah berapa kali air matanya tumpah.
Sabihah mengangkat wajahnya yang lesu berserta mata sembab.
"Aku layak menerima semua ni, Ahmad. Aku selalu jahat pada mereka, Ahmad. Aku tak sempat nak mohon maaf dekat diorang. Kenapa aku tak pernah hargai diorang sikit pun." kesal suara Sabihah.
Ahmad menarik nafas panjang. Dia faham betapa berat beban yang dipikul gadis muda itu.
Dia mendekat lalu duduk di sebelah Sabihah.
"Setiap manusia pernah membuat kesilapan, Biha. Kau tak sendirian dalam dunia ni. Kau ada aku. Namun, yang menyiksa diri kau adalah dengan rasa bersalah tidak akan mengembalikan mereka. Itu je." terang Ahmad. Dia bukan fasih sangat dalam bernasihat, tapi sebagai seorang kawan, dia sudi bantu.
"Aku tahu, tapi... aku rasa aku sudah terlambat untuk tebus segalanya." suara Sabihah pecah dan air matanya mengalir tanpa henti.
Ahmad memegang bahunya dengan lembut. "Kau tak boleh mengubah apa yang sudah berlaku, tetapi kau masih boleh belajar dari kesilapan kau. Apa yang penting sekarang ni adalah bagaimana kau memilih untuk menjalani hidup kau setelah ini. Bapa kau dan Qamariah pasti ingin melihat kau menjadi seseorang yang lebih baik dan seseorang yang mereka bangga dalam hidup diorang." terang Ahmad lebih jelas.
"Aku tak tahu kalau aku boleh buat semua tu. Aku terlalu lemah... sangat lemah." Sabihah menunduk lagi, terasa sukar untuk menatap mata Ahmad. Ayatnya pun seperti tidak kedengaran sahaja.
"Tidak, Sabihah. Kekuatan itu ada dalam diri kau, walaupun kau tidak sedar sekarang. Penyesalan ini boleh menjadi permulaan bagi perubahan. Jadikan kesalahan lalu sebagai pengajaran, dan mulai hargai hidup kau yang masih ada. Jangan biarkan masa lalu menenggelamkan masa depan kau," kata Ahmad dengan penuh keyakinan.
Kata-kata Ahmad itu memberi Sabihah sedikit kelegaan.
Walaupun luka hatinya masih terbuka dan mungkin masih boleh lihat, ada secebis harapannya dalam nasihat itu.
Mungkin, suatu hari nanti, dia boleh menebus kesilapannya.
Bukan dengan kata-kata, tetapi dengan perbuatan yang lebih baik. InsyaAllah.
TBC
YOU ARE READING
𝗚𝗔𝗗𝗜𝗦 𝗣𝗨𝗝𝗔𝗔𝗡 𝗕𝗨𝗟𝗔𝗡
Historical FictionSatu kisah wanita yang sanggup berjuang demi keluarganya sendiri. "Wahai bulan, walaupun seterang mana cahayamu, janganlah engkau sinarkan cahayamu kepada tempat persembunyian anakku." - Shah Ismael "Kalau Qamar sedih, pasti Qamar akan melihat bulan...